Ramai orang kawin lain negeri, mungkin pernah mengalami kekeliruan semasa memasak di malam raya (hari2 lain pon kekadang berlaku gak). Aku turut tidak ketinggalan dalam kes ini. Eh, ke aku sorang jek yang alami cenggini ek?
Aku kan kawin satu negeri, satu daerah, satu zon kan. Tapi aku berdarah banjar, suami ku berdarah jawa. Dan walau pun aku berdarah banjar, mak tiri aku berdarah malbari jugak. Makanya di sini, kalo soal memasak memang la lain2. Memang lah lain tangan, lain rasa makanannya. Sedangkan jiran sebelah rumah pon masak lain dari kiter kan. Tapi, cara memasak tu yang mengkompius kan aku.
Kalo kat umah mertua, derang masak lodeh, sayur tu di potong beso. Kat umah mak, potong kecik2. Tak pepasal kena bebel sebab potong kasar2. Kat umah mertua, sangai kelapa kerisik lite2 jek. Tak sampai coklat kaler nyer. Kat umah mak, kerisik mesti coklat2. Ia memberi kesan terhadap kaler rendang tuh nanti. Kat umah mertua ketupat 'ganal2' dan agaks lembiks. Kat umah mak, abah yang buat, comel macam anak2 nyer (hihihi relevan ker?) dan agak kental.
Apa masalah nyer? Takde masalah pon. Itu time baru setahun dua kawin lah. Sekarang dah tau, takde lah masalah nyer. Apa lah yang aku mengeradau nih...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
2 komen:
Kak sya puas belajar masa baru kawin dulu dan lelama terpengaruh ngan MIL yg pandai masak. Now bila masak kat rumah bapak ikut gaya MIL ramai lak yg suka..
saya ni kalo balik umah mertua, amat jarang mil yang memasak. salu tu, ipar duai jek yang masak. ikut cara masing2. tahun ni nak perati derang masak rendang cili api tu lah...
Post a Comment