Sabtu lepas, kami singgah kedai elektronik depan ofis lama abang, ofis yusin. Konon nak tengok2 je, sekali terus terbeli. Beli apa? Alah, apa ke nama nyer benda tu. Harap je minah karen, tapi nama benda tu pon tak tau. Takpe, aku kasi nama dia wired infra red control for estro decoder. Sukati aku je. Meh aku jelaskan.
Estro ni kan ada output yang boleh sambung kepada 2 tv kan. Maknanya, kalo kita pasang pada 2 tv, kalo nak tukar channel, kiter kena gi kat depan decoder tu untuk tukar. Kalo tv kedua tu duk kat tingkat atas, decoder lak kat bawah, kena turun bawah baru leh tukar channel. Sangat tidak convinient kan. So, with this device, we are enable to change tv channel kat kedua-dua tv. Kekdahnya, alat ni diletak kat tv yang takde decoder, bersambung pada aerial input. Dari situ, kita tarik cable aerial ni ke aerial input tv pertama. Tu yang jadi nama dia wired tuh. Kat decoder plak, ada sebijik tranceiver yang perlu dilekatkan pada depan led (yang menyala bila kita tekan2 remote control tuh. Dan disambung pada 2nd output decoder (1st output gi ke tv pertama). Kesimpulannya, bila kita tekan remote menghala ke device ni, isyarat tersebut akan dihantar melalui aerial cable tu terus ke tranceiver dan decoder pon akan buat la apa yang kita tekan tu. Kalo kuatkan sore, dia kuat la 2-2 tv (sebenarnya dia kuat kan kat decoder tu, tv nyer sore leh kuatkan guna remote tv ek), kalo tengok info, 2-2 tv pon tengok info. Dan proses in berlaku vice versa (kalo kita tekan remote kat depan decoder) sebab benda sebijik tadi tu kan tranceiver. Cumanya, tranceiver tu takleh dilekatkan betul2 direct kat depan led tu. Kena ke bawah atau ke tepi atau ke atas sikit sebab kalo direct gitu, decoder tu pulak tak leh baca isyarat controller sebab tertutup dek tranceiver tuh. Ini melalui try and error lah. Tokei kedai tu siap ajar satu persatu lagi cara nak pasang.
Kisahnya tv kat rumah tu ada 2 je. Yang kedua tu pulak kecik cinonet jek. Point aerial yang telah sedia, ada 3. Satu kat hall, satu kat tengah dan satu lagi dalam bilik. Memula aku nak suh abang tarik cable tu ke ruang tengah. Aku kan, suka gosok baju kat situ, takyah la aku jerit2, abang, apa jadik? berita apa? dah menang belum? time tengah gosok baju tuh. Sebabnya, volume tv tu telah ditetapkan takleh kuat2 (boleh, tapi dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan rumah tersebut). Aku pulak gosok baju dengan membukak kipas selaju tidak. Harus la tak leh dengar suara kat tv tuh. Pastu dari dapo pon leh nampak tv tu kan. So, ari Ahad tu, abang pon panjat ler bumbung nak tarik cable tuh. Alahai... kontraktor elektrik ni pon kan, nak buat conduit tu bio lah straight, baru lah cable leh masuk senang je. Ni, dia buat selekoh 90 darjah you! Dari selekoh tu pulak, ada la dalam 2 kaki gitu baru jumpa point. Camno? Akhirnya misi tersebut gagal. Siap tuang minyak masak lagi nak kasi laluan tu licin, namun gagal jua untuk membelokkan cable tersebut. Adeh! Last2, tarik masuk kat bilik je lah. So, sekarang ni, tv tu duduk dalam bilik la pulak. Hehehe. Nanti nak beli cable lagi, tarik kat dapo plak. Kot2 nanti boleh pindahkan tv tu kat dapo, best jugak. Next time okeh?
Oh, harganya RM75 sahaja. Kalo ada yang beli benda yang sama tapi lebih murah, aku ingin menyatakan sekali lagi, aku memang tak beli benda2 murah nih huhuhuhuhuhuhhuhu... Keji.
p/s Kalo nak yang wireless punya pon ada, tapi rege 2++ la.
Eh, boleh ke sambung lepas p/s? Sukati aku lah kan.
Semalam balik keje aku singgah beli udang dan sotong. Semangat nak memasak nih. Sampai2 rumah, dengan berpakaian lengkap, aku terus memasak. Takleh bukak2 sebab tingkap takde langsir/blind. Aritu dah pasang langsir lama, tapi terpaksa bukak rail sebab pasang kabinet tu rapat gak ngan tingkap. Baru nak mula, abang call.
"Order order"
Kan tiap2 ari kami buka beli je kan. So, arini turn abang beli, tu yang dia suh order tuh.
"Aler... orang nak masak la. Tak baca blog la nih"
Ade ke communicate guna blog, apa kesss...
"Aler, abang dah beli air tahu ngan bubur ayam."
"Okeh, takpe, dah, balik balik."
Makanya siaplah aku memasak sambal udang dan sayur kailan with oyster sauce (kasik nama gempak sket). Pastu, tak jadik goreng telo ngan ikan kering terubuk sebabnya abang kan dah beli bubur ayam, sure dia tak makan nasik punyer.
Pastu, jerang air, buat dadih. Tak buat kapucino sebab ada separuh lagi honeydew punyer dah bukak. Tengah aku menuang ke dalam bekas comel tu, baru teringat, aku tak letak gula lagi. Gula buah tu pun tak taruk. Hehehe tuang balik dalam periuk. Siap.
Malam, sempat jahit sepasang baju je. Kain dia tak sempat jahit. Abang tu lah sibuk nak susun frame. Sibbaik beli majalah bulan ni ada panduan susun frame berlainan saiz. Sangat membantu. Kami nak gantung gambo konvo je. Tapi gambo konvo aku ada satu je. Konvo diploma nyer gambo aku tak ambik pun kat fssr. Takde duit. Tapi konvo abang ada 3. Makanya, banyak gambo abang je lah. Huh! Giler kuasa.
Pagi tadi sahur lauk yang aku masak tadik. Okeh, nak tido jap. Kroh kroh kroh...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment