Terpaksa aku post dua kali arini sebab teremosi pulak tadik. Meh sambung cite pasal aktiviti harian. Semalam balik kije, seperti biasa akhir2 nih, aku terus je terjah rumah baru. Pas dah pindah nanti baru aku leh panggil rumah ni as 'rumah' okeh? Tengok2, abang tengah menyambung paip sinki dapo. Semalam tengah buat2, dah buka. Langsung terbengkalai. Lepas siap, aku pon apa lagi, terus la mengetest. Kot2 ada kebocoran ke kan. Memang menguji kesabaran tul la nak masuk rumah baru nih. Ada je pasal nak bertekak. Aku la tu. Hihihi. Kendian pasang hos dapo gas pulak. Test jugak. Best best. Dah boleh goreng otak2 arinih. Pastu abang cakap ada perubahan kat toilet. Tengok2, pemaju dah ganti tile yang pecah. Terus nampak cantik. Kalo tak tu, nyampah aku nak tengok toilet tuh.
Eh, lupa nak cite. Ari Isnin aku tefon esejey. Dia cakap, dia dah uruskan, tinggal tunggu plumber datang ambik pasang je meter air tuh. Eee sape la plumber tu kan? Lempun tul. Dia cakap dalam minggu ni jugak la air masuk. Ye lah tu.
Dah siap tu, kami pon keluar ke bazaar Ramadhan. Cari punya cari, akhirnya jumpa gerai murtabak sedap tahun lepas. Aku ingat2 lupa muka mamat tuh. Sibbaik abang ingat. Beli murtabak 2 keping ngan nasi beriani kambing plus air tebu. Mula abang nak nasi tomato (yang aku war2 kan sedap hingga abang terpengaruh tu), sekali nya dah abis pulak. Ye lah, dah dekat kul 7 pon. Banyak gerai dah bungkus. Sebelum tu singgah beli impiana kat trafik lite. Tebal sket, edisi raya. Aku bawak arinih, lupa lak nak baca. Balik tu saje lalu area bazaar raya. Hmmm banyak nyer baju2 tudung2 bunga2 dan segala tok nenek benda persiapan raya lah. Mainan pun banyak. Tu kira persiapan raya gak ke? Tengok je dulu. Cam takde benda nak beli. Balik tu, dari jauh abang nampak, genting yang dibuka ari ahad lepas untuk pasang astro ngan lampu depan terlupa nak pasang balik. Sibbaik tak hujan 2 ari nih. Aku memang tak perasan sebab belah tepi. Tengok dari jauh baru nampak. Isy isy. Cepat2 ambik tangga, terus panjat. Huhuhu selamat rumah aku.
Hari ni buka kat umah sewa. Semalam buka kat umah baru. Lepas tarawikh, terus gi umah baru. Jahit baju raya. Sempat jahit sepasang jek. Bukan sepasang sebenarnya. Bahagian baju dari sepasang jek. Kira cantum selai baju je lah. Arini rasanya leh cantum kain nyer ngan sepasang lagi baju. Tu lah baru sepasang baju aku yang hampir siap. Yang dah siap tulang belut ada 5, 1 masih on progress. Lagi 2 lum tebuk leher sebab lum cantum bahu. Yang dah siap tu tak sambung bahu, so lepas potong bleh terus tebuk leher. Alerrr aku nak pakai baju opel tu raya nanti. Tapi malas tul nak cantum bahu dia. Ni baru masuk gear satu nih. Arini aku masuk gear dua, tiga dan empat. Weeekend terus gear lima. Berkobar2 betul. Susah betul kete susah nak start nih.
Semalam abang dah order kabinet buku. Mendapat pengajaran daripada kabinet tv, kami beli yang tak full solid. Kabinet tv tu berat nak mampos! Aku rasa sampai bebila la dia duduk kat situ. Melainkan ada orang datang nak tolong alihkan.
Eh, baca tak sotkabo arini pasal samun kat shah alam tu? Terbayang2 aku tempat tuh. Yang suspen tu, dia orang pertama yang duduk taman baru tu. Umah lain lum ada orang. Aku pon bakal orang pertama duduk umah baris depan tuh. Takut la pulak. Baris belakang dah ada 2 rumah berpenghuni. Tapi orang jahat tak sampai sini lagi kot. Isy, jahat tul lah penyemun tarbus tuh. Indons lak tuh. Mujur dah dinyahkan dari muka bumi ini. Rasanya derang tu penyamun versi tak tengok csi kot. Macam tak well prepared jek. Eh, dah lah, malas nak cite pasal nih.
p/s aku baru perasan, kalo buker puasa kiter tak sebut buka tu baku, kalo bukak pintu tu baku kan? Hah kau, tunggang langgang buka baku bukak buker...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment