Orang baru belajo photoshop hahaha
Dah masuk hari ke-22 rupanya kiter berpuasa ek. Setakat ni lum tinggal tarawikh lagi. Kalo tak dapat kat surau, wat kat rumah jek. Aku mula kenal tarawikh ni pon agak lewat. Bukan la kenal tu maknanya baru tau. Tau dah lama, cuma membuat nya tu je baru jek lagi. Aku mula buat tarawikh ni time kat asrama semejay dulu. Time tu kan ala2 wajib gitu kan. Pulak tu buat 20 rakaat kalo aku tak silap. Jenuh nya nak abis. Time tu jugak waktu prep sekejap sangat. Suker! Stress tau gi prep nih. Stress biler tengok kengkawan pulun study. Aku ni dah la malas study, terpaksa buat2 rajin jugak. Tapi sebenarnya lebih kepada mengarang surat cinta hehehe. Tapi prep petang memang study betul eh. Eh, apa kes nyer tadik? Ooo pasal tarawikh. Kekdahnya time tu buat tarawikh kat asrama jek. Balik kampung, hancus. Langsung takde. Abis sekolah, masuk asrama jugak, tapi memang tak pernah nyer aku gi buat tarawikh ni. Entah ler, tak dapat hidayah lagik kot? Hampeh betul la aku zaman study kat kau-aku-t-m dulu. Biler dah keje kat situ, baru lah datang ilham nak gi tarawikh.
Tahun 2003 aku buat kat surau seksyen 7 bawah (area jalan turmalin). Tahun 2004 kat surau sura tengah. Masa tu aku ngan kak Yan gilir2 bawak kete gi surau yang jauhnya lebih kurang 200 meter je dari rumah sewa kami. Hihihi malas tul eksesais. Tarawikh kat sini memang best sebab imamnya hafiz. Kalo tak salah aku ada cite pasal dia baca surat al-Qadr tu best sangat part min al fishahr. Tahun 2005 pon aku wat kat sini gak. Selipo aku hilang kat sini waktu tu. Sape la main sarung jek selipo aku tuh. Tahun tu jugak abang ada datang sana. Puasa tahun pertama kawin. Kendian, tahun 2006 aku tak keje. So, buat kat bukit perdana. Time tu best jek pose tak keje. Tapi sibuk menjahit baju raya ngan langsir.
Tahun 2007, tahun lepas, aku tarawikh kat surau ilpmersing. Weekend buat kat surau parit jambul (tempat fevret sekarang). Dan tahun ni pernah kat masjid at5 dan masjid kau-thm (semalam). Tahun lepas ada gak gi masjid pintas puding tuh. Tapi awal2 pose arituh makcik gedik tu cakap dia ada gi situ, terus aku tak pegi. Masjid tu ok, tempat wuduk dia ada kat tingkat atas. Ok, dah abis kes tarawikh.
Sabtu lepas abang mengecat bilik tido kami dengan kaler hijau epal. Aku suka epal hijau. Ni kira hijau epal masak la. Cat se layer dari pagi sampai ler kul 4.30. Lepas Asar kami kuar ke bp. Kali ni pegi summit. Senang nak carik kasut kat situ. Banyak pilihan. Memula gi booking order kat P. Carik2 kasut, jumpa yang berkenan kat kedai baru. Glemer nama kedainya. Beli satu kasut tutup depan bukak belakang ngan satu sandal. Pastu gi nagoiya beli kain kotak2 nak buat bantal ngan alas meja. Pastu gi store. Pilih2 frame, tak sedo dah kul 7pm. Tengah beratur nak bayo, tengok2 dah kul 7.10pm. Alamak, dah buka. Terus letak frame, gi buka dulu. Dah lama aku tak makan p ni habis. Salu mesti ada lebih sekeping bawak balik. Abis berbuka, gi solat kat atas. Ooo dah ada pintu la tempat wuduk dia. Aritu kan aku tak suka solat kat sini sebab tempat wuduk dia terdedah. Lain kali dah boleh la.
Abis tuh, sambung bayo frame. Sibbaik dia tak susun balik. Kalo tak, jenuh nak memilih lagi. Pastu, turun bawah pulak. Pusing punya pusing, terbeli la baju melayu abang. Jumpa pon kaler oren yang tak nala. Dah dekat2 nak krim tapi masih nampak oren. Terbeli jugak tshirt abang ngan fil. Aku lak, tengok2 handbag. Cantik2 la design polo tuh. Tapi lupakan dulu lah. Abis kat situ, turun kat supermarket pulak. Banyak lah jugak ter shopping. Balik dah kul 10pm. Sampai rumah dah 10.30pm. Pas mandi2 baru wat tarawikh ngan abang.
Ahad pagi, celik2 mata, abang tengah nak mengecat seken layer. Huaaa tak cukup 8 jam lagi la. Hehehe macam baby tak cukup tido pulak. Aku kan kena jaga suara. Cari makan maaa. Mesti la ikut petua ct nurhalija. Dalam ngantuk2 tu, bangun lah jugak. Eh, lupa nak cite. Aku suka sangat sabtu pagi. Sebabnya? Sebab ada fullamak carta sms sinar! Ah, best betul la layan carta tuh. 3 jam tu kira layan nostalgia lah. Masyuk tul lah. Ahad pagi tak dengar carta era tu pon tak per.
Abang abis mengecat tengahari, aku abis mengemas. Lepas solat, kami kuar ke ayer hitam. Konon nak carik blind. Ngan nak carik pasu dan bunga. Singgah perabot lagi. Beli katil double decker. Gi kedai lagi satu, beli tilam pulak. Dah, cukup lah tu setakat nih. Kalo takat couple datang ngan anak 2 orang kira dah ada tempat tido yang proper lah. Persediaan untuk raya nanti. Dah tentu lah derang balk muo akan singgah umah kami kan.
Kat ayer hitam, takde pon blind. Pasu dan bunga memang banyak, tapi tak kena ngan selera aku haritu. So, just beli sarung kotak tisu ngan pemegang peti ais garfiled. Pemegang peti ais tu asalnya untuk seat belt, tapi kira masuk lah juga kat peti ais tuh. Kedai tu tengah promotion buy 1 free 1. Dah beli pemegang tu, tak tau nak beli apa. Tu yang beli je sarung kotak tisu tu. Comel lah jugak. Balik tu beli barang mentah, terus masak nasik ayam. Ulin pun datang. Ingat nak antar je rumah dia, sekali dia tengah kat bazaar, tu yang terus datang tuh. Dekat2 nak buka, suh abang gi anto nasik ayam kat jiran lama, cikgu kamal. Dia ingat dah start 'ngunjung'. Sebenonya nak pulang pinggan dia. Lenkali nak kasik apa2 kat jiran, bungkus dalam plastik or poliserin jek ek. Lepas maghrib gi anto ulin, terus gi masjid ito. Ok lah (baca:laju lah) jugak tarawikh kat situ. Balik tu baru iron baju. Iron untuk 6 hari. Termasuk hari isnin lepas raya. Hehehe dah tau, nanti raya sakan, mesti balik raya tak larat nak iron baju. Aku lak cuti Jumaat nih. Baju raya baru siap 2 pasang. Dah basuh pon. Tinggal 5 pasang kain jek. Baju dah siap cantum sumer. Huaaargh!!! Larat ke nak jahit malam nih?
p/s hanginnya aku ngan toyolta sebis nih! aku dah gi report bulan 6. dia cakap kalo hq approve, takyah bayo sebab under 1 year warranty lagik. sampai ke sudah dia tak call2, tepon tak angkat2. sekarang biler kiter yang call dia, dia cakap hq dah approve, tapi kena bayo laks sebab dah bulan 9. wachaaaa!!!!!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment