Kasut2 raya ku. Kasut keje sebenonya. Macam lah nak beraya ke mana.
Kenapa aku suka kasut kaler nih? Aritu kaler ni jugak.
Ni sandal pertama aku tanpa penahan celah jari. Ni mesti kaki aku akan ke depan nanti. Tapi, oleh sebab design dia ala2 klasik, aku pon beli.
Tajuk entry semalam sebenarnya ada kena mengena ngan tajuk arini. Ada pon kat parit raja tu ada satu restoran baru, bisikbisik restaurant and cafe namanya. Kenapa dia pilih nama tuh ek? Masuk situ takleh wat bising kot?
Semalam kami berbuka di situ. Kawan2 abang la ni punya plan. So, balik keje semalam, aku terus mandi siap2 nak ke situ. Alah, tak sampai 5 minit pun dari rumah aku. Sampai kat situ, ramai nyer orang. Dah gaji kan. Bonus lagi.
Dah time buka, kami pon makan lah kan. Adusss sedey nyer. Nama je buffet, tapi takleh nak menambah. Sebabnya, ramai sangat orang dan makanan sudah pon licin pada round pertama lagi. Agaknya dia pon tak expect orang leh ramai hari tu. Makanya, kami balik dengan rasa frust lah jugak. Cam tak berbaloi gitu. Huhuhu sungguh kuciwa. Dah lah tak kenyang, takde pulak makanan lebih untuk moreh or sahur. Pagi tadi sahur telor mata je. Sedap jugak! Eh, bukan makan nasik lauk telor mata tau. Makan telor mata ngan sos cili jek. I like! Kalo cicah sos tomato mesti aku nostalgia zaman kanak2. Pon sedap jugak.
Ni lah sup tulang merah yang aku war-warkan ituh. Ketuk2 sikit, kuarlah isi tulang tu. Fevret ku...
Selepas selesai digigit oleh ku. Bersepah pinggan ek. Tak senonos nyer makan.
Ayam percik biasa jek yang ada.
Errr ni gambo kat kedai kerepek kat simpang parit raja. Aku ambik gambar ni sebab feremfuan tu selamba jek 'merasa' kerepek itu di khalayak ramai. Tau lah uzur kan, tapi sorok2 la sket. Dua orang plak tu yang buat tuh. Hehehe mak saper lah nih.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment