Kalo di kira2, dekat sebulan jugak aku cuti masak. Sejak puasa memang lah langsung tak pernah. Rindu lak nak makan sambal udang ngan sayur kailan. Daripada aku komplen2 makanan tak sedap kat bazaar ramadhan tu, eloklah aku mula memasak petang nih. Ye laaa aritu bukannya aku malas pon. Dapo tu yang tak sesuai untuk memasak. Dapo lama dah bungkus dalam kotak. Dapo baru sayang nak guna sebab lom siap sempurna ruang daponyer. So, petang ni, menu berbuka nasi putih ngan sambal udang dan sayur kailan. Side dish, otak2 la apa lagi. Penuh lagi freezer tu ngan otak2 kempas. Pastu kalo rajin nak masak dadih. Oh, sedapnya makan dadih sejuk2 tu waktu buka. Nak wat dadih kapucino. Kendian nak goreng telo dadar ngan ikan kering terubuk. Pastu nak wat air teh o mango. Ramai dah orang yang datang umah aku tanya2, air apa nih? Hehehe sungguh enak air itu, kan?
Semalam petang, balik2 tu abang tutup mata aku. Hihihi macam drama swasta pulak. Terus dibawaknya aku ke dapo. Taraaa! Siap pon dapo aku. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
1. Satu pintu takde sebab tak fit. Puncanya, laci tu beso, jadi takleh masuk la pintu sebelah dia.
2. Pintu kaca yang aku mintak tu tak ikut spec aku la pulak. Aku nak kaca transparent. Dia kasik frosted punyer. Camne nak menunjuk2 pinggan kat dalam tuh kan? Lum beli pinggan tapi kabinet dah stand by hikhikhik.
Itu je lah masaklah nyer. Tadi abang dah komplen, next week dia pasang pintu tu sekali ngan tukar kaca. Malam tadi terbengkalai lagi baju raya aku. Kemas dapo sampai tahap sedia untuk memasak lah kiranya. Baju raya baru siap sepasang lor... Malam ni kena gigih siapkan at least sepasang. Kelmarin aku jahit sarung kusyen. Dah setahun aku beli kain langsir tu, baru kelmarin siap sarung kusyen yang sedondon dengannya. Dah nak beli langsir baru dah pon huhuhu. Kalo leh siap lagi 3 pasang baju pon dah kira ok. Sebabnya, aku mintak cuti dari 26hb September ( Jumaat untuk kemas rumah dan siapkan baju raya lagi ) sampai 5hb Oktober. Maknanya sampai raya ke 5 la. So, kalo baju 4 pasang tu dah kira ok lah. Kalo lebih lagi baik. Alah... pasni jadi baju keje jugak. Watpe beli lemari beso2 kalo takde baju kan.
Hari ni ada presentation untuk final project proposal. Student yang aku jadi supervisor nyer turn kul 8.30am tadi. Aku pun gi lah. Pastu ada satu group lagi, tapi aku ingat kul 3pm ni turn dia. Rupanya dah lepas kul 11am tadi. Dahhh aku tak gi lah. Kesian derang. Esok ada satu group lagi. Kena gi nih...
Kawan aku kat japan tu dah nak balik bulan 12 nih. Patut dia balik lagi setahun lebih. Dah bohsan katanya,tu yang dia ajak laki dia balik. Patutnya sambung lagi setahun lagi. Isy, tak seronok ker dia kat sana? Tiap ari shopping pon tak syok ek? Kekdahnya, aku dah cakap kat dia kirim pinggan biler dia nak balik sok. Alamaksss camne nih? Nak pinggan tu kerrr tak ek??? Duit bonus? Nak beli sofa dulu. Pikir 88x dulu okeh...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment