Balik semalam, aku singgah beli makanan buka. Setakat ni nasi tomato kat satu gerai tu kira consistent la dari segi kualiti rasa dia. Kendian beli murtabak best tu 2 keping. Kalo murtabak lain aku beli 1 je, tapi kalo ni kena beli 2 sebab memang sedap dan daging dia agak padat dengan bawang yang dicincang halus. Kalo bawang beso2 tu salu aku terpaksa pilih2 dan tranfer kat abang je. Memang sesuai la tekak aku ngan murtabak tu.
Balik rumah, duduk2 jap dan terus balik umah sewa, angkut mesin basuh. Susah tul nak bukak paip inlet tu. Sebabnya, time pasang pili kat porch dulu, tuan rumah yang pandai ni gi suh orang tu bukak pili utama dan diganti ngan t-junction. Makanya, takde pili yang kawal air masuk ke rumah nih. So, camne nak bukak paip mesin tuh? Senang je, bukak je lah. Dan banjir kan je lah rumah tuh. Kalo kat bilik air senang je, memang basah pon. Oleh kerana tak bawak spanar idup (bleh laras), kami lipat2 kan je paip tu, air pon tak kuar. So, angkut la mesin tu ngan tilam RM3 dan lain2 benda kecik. Nampak macam tak banyak benda, tapi bila dah kumpul tu, 2 trip juga lah AH tu. Time Maghrib, abang bang dan lepas Maghrib baca Yaasin. Aku sediakan air sejag, garam ngan lada hitam. Ustaz yang ajar suh buat sumer tu untuk masuk rumah. Belah malam tu abang on laptop pasang ayat2 al-Quran sampai ke pagi.
Lepas Tarawikh aku angkut lagi bantal2, toto2, baju2, langsir2 dan macam2 lagi lah. Jadi, yang tinggal cuma langsir depan jek. Takleh bukak sebab tak bawak tangga. Aku bukak pakai bangku jek langsir dapo tuh. Ah! Tak best tul la tak beli lagi blind tuh. Terpaksa pakai langsir lama. Tapi tak pe lah, beli lepas raya pon takpe sebab orang belakang rumah ni sumer pindah lepas raya. So, duk dapo memalam pon takde orang. Siang je lah kadang ada orang buat dapo tu. Tu pon dah siap kot. Aku pon gi keje siang. Bagus gak orang sebelah ngan belakang ni buat dapo e'awal. Takde lah aku duduk rumah tu bising grung grang grung grang pecah batu bagai. Yang lain tu jauh sket, kurang ler bising.
Abis angkut2 barang, dah kul 11pm. Huargh!!! Best nyer tido katil baru. Tilam lama, tapi suasana lain ler sket hehehe. Patut lah malam tadi panas, rupanya pagi ni nak hujan. Dah 2-3 hari gak tak hujan. Pagi tadi time aku nak gi keje, hujan lebat sesangat. Ada eksiden pulak kat simpang fujeetsu. Motor kena langgar kete. Teringat abang eksiden dulu. Kesian.
Oh, rupanya semalam abang dah cat kaler oren. Bile masa tah dia cat tuh. Cantik oren nya tapi kena wat lagi se layer kot. Tak rata sangat. Bilik lum cat lagi. Mesti lagi menarik suasana bilik tu nanti bila dah di cat. Lagi la aku kuat tido ekekeke...
Tengahari semalam aku pegi spital, gi melawat anak kawan ni demam panas. Sampai dah tarik tu. Temperature pon dah sampai 40. Sian dia, dah la duk dua beranak je, laki keje kat KL. First time aku masuk wad pediatrik. Ada baby ni, comelllllll sangat. Demam gak. Tapi kes infection.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment