Harga minyak dunia telah jatuh di bawah 100 dolar setong. Entah Pokleh ni tak tau ke, buat2 tak tau. Bila nak meeting ngan pokcik rambut putih tu lagi?
Balik keje semalam, aku menonong masukkan kete. Abang tengah kat umah zarafi. Sabtu lepas zarafi sensorang buat fitting lampu. Kesian aku menengoknya. Eh, abang pon wat sensorang jugak, tapi aku tak nampak. Tapi kebanyakannya aku meneman (baca:tukang komen), so takde lah kesian sangat. Abang pon pasang lampu tu guna kekdah try and error. Aku suh mulakan dari bilik belakang dulu sebagai eksperimen. Kalo tak cantik pon tak nampak sangat. Bila dah try banyak kali, baru lah datang skill tuh. Makanya weekend ni abang kena lah tolong zarafi tu memasang lampu.
Tak lama tu, abang ngan zarafi n wife datang umah aku. Nak mengambik kayu. Kisahnya abang beli kayu 2x2 inci tu 2 batang potong 2 sama dengan 4 batang. Dah guna 2 batang untuk kipas, ada lebih 2. Bagus gak pindah umah dekat ngan kengkawan, leh jual kalo terlebih. Pasir kami pon ada lebih jual kat dia gak. Tapi cam tak jadik je sebab orang belakang tu asik rembat je pasir kami. Dah tinggal sikit je aku tengok.
Oh, aku tak perasan pon yang meter air dah dipasang kat rumah aku. Rumah sebelah takde pulak? Boleh pulak dia selang seli. Agaknya paip tu tak fit kot. Dah gitu, aku pon apa lagi, terus la mengetest. Cop cop cop! Matikan dulu. Pili kat porch tu pulak dicabut malam semalam. Memancut2 ler air tuh. Sejak menjak nak pindah ni, satu satu benda rosak kat umah sewa. Pili je dah boleh dikatakan semua rosak. Tombol pintu. Semalam pulak, kunci sliding door. Saje je kan?
Pili dalam toilet takleh nak test sebab air tangki lum ada. Yang penting nak test air kat shower sebab nak beli heater untuk bilik kami. Kalo tekanan tak kuat kena beli jenis pam. Lepas pasang pili kat porch, aku pun suh abang bukak air semula. Aku masuk rumah je, kedengaran bunyi air. Abang! Abang! Tutup balik! Tutup balik! Hihihihi kekdahnya, paip sinki dapur lum sambung lagik. Semalam kami sambung paip drainer tu jek. Hikhikhik abis banjir dapur ku. Sibbaik lum pasang pintu. Huhuhu haru. Elok lah jugak banjir tu. Takyah aku basuh dapur tu banyak kali lagi. Dah siap sambung paip tu, baru lah bleh test. Aler... banyak angin la pulak. Kena tunggu beberapa hari la ni baru leh tau tekanan sebenar. Tapi setakat ni cam ok. Air pancuran tu kira memancur la jugak.
Semalam hari Rabu, so aku suh abang try tengok kalo2 ada bubur lambuk kat masjid. Tahun lepas nyer sedap sangat. Isy, teringat bubur lambuk hari Ahad kat bukit perdana. Best sangat sebab ada gear box tu... Isy isy isy ada ni karang aku gi bukit perdana ari ahad nanti hihihi.
Buka semalam kat rumah sewa. Aku panggil rumah tu rumah kongsi sebab rupanya dah macam rumah kongsi. Dengan tilam single nyer, kain baju dalam beg. Memang tak best langsung. Malam ni, malam Jumaat, baca Yaasin kat rumah baru dan boleh la tido sana malam nih. Yeay! Petang ni angkut mesin basuh dan segala yang tertinggal.
Malam pulak, aku kemas dapur sikit sebab nampak gaya macam kitchen cabinet hampir siap. Rasanya next week kot dia nak pasang. Last week pintu tabletop dah siap. Tinggal kabinet atas je tak siap lagi. Kendian aku gosok baju. Aritu aku gosok untuk 3 hari je sebab kelas aku kan sampai ari Rabu je. Maknanya lepas ari Rabu tu fikiran lapang la sket dan boleh gosok baju dengan tenang. Ada pulak cenggitu ek? Pastu aku sambung jahit kain baju semalam. Alerrr sempat jahit kelim kat bawah tu je dah ngantuk. Baik aku rasmikan dapo. Goreng popia otak2 sket dan kami pon bermoreh. Tak best tengok dapo tu lum siap berpintu. Nyampah. Okeh. Dah, biar cerita tergantung. Chow!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment