Abstract : Cuti 4 hari ni betul2 memenatkan.
Jumaat, balik keje, api dah masuk, tapi tak kuar. Ehehehe apa kes pulak? Sebenarnya dia dah pasang meter ngan MCB tu. Lampu kat meter pon dah nyala, tapi lampu aku yang takmo menyala hekhek. Makanya, terpaksa lah mintak api kat umah sebelah untuk pasang awning. Lagipon memang pasang awning tu share ngan jiran sebelah pon kan. Dah redup kat depan tuh. Petang tuh jugak abang meneruskan misi memasang lampu dan kipas. Macam tak habis2 la pulak. Malam pulak, sebelum makan, singgah kedai 497 lagi. Nak bagitau dia suh anto katil ari Khamis (esok) dan nak tengok2 kabinet buku. Tapi tak beli pon. Nak survey tempat lain dulu lah.
Esoknya pulak, seawal jam 8am kami mula bekerja. Isi air dalam tong dan bawak ke rumah. Dapatlah basuh dapur ngan bilik stor. Tu pon baru basuh guna ajax je, lom guna asid. Rasanya lagi bagus basuh guna sabun dulu, untuk gosok segala kotoran. Biler dah bersih, baru basuh ngan asid plak. Yang tu takyah gosok2 lagi dah. Berenti keje kul 2pm. Lepas siap2, keluar gi BP. Alahai, kena gi lagi kedai kitchen tuh. Lemah tul.
Sampai BP, terus gi makan beriani super. Sedap betul dia masak arinih. Tu pon dia kasik nasik sikit je. Kambing pun dapat kecik jek. Salu tu banyak sampai tak terhabis. Ni, licin macam tak cukup la pulak.
Lepas makan baru gi kedai kitchen. Huhahuha, pegi bank pulak. Parking kat tepi dataran, tengok orang berlatih menari zapin. Untuk malam ni atau esok? Entah ler. Tak boleh pulak membayo kc arini. Entah biler nak gi lagi. Masaklahnyer kalo bank harimau or siaiembi tu ada je kat parit raja. Ni nak kena gi BP jugak.
Pastu, kami gi pulak kedai bilik mandi yang beli tap arituh. Beli la pulak paip cebok kat situ. Kendian gi thestore jalan rogayah. Carikan drypers nurin. Aku ni dari dulu keje menengokkan drypers budak kecik nih. Biler tah nak kencing cakap.
Abis tu, terus la balik. Singgah jap kat pasar malam pesta. Beli benda biasa. Memang kalo gi situ aku akan beli benda yang sama je. Tahu panas ngan air soya, kebab daging (tak pernah jumpa tempat lain sesedap kat sini punya) ngan popia sambal. Cukup lah buat makan malam nih. Mana tak kudut.
Sampai rumah, tengah lepak2, sambil2 tu, aku bukak ler wallet abang. Spot check? Hehehe. Alamak! Nak tau tak? Lesen memandu abang dah expired 5hb Ogos yang lalu! Maknanya, sebelum abang gi KL lagi tuh. Selamba je ek. Oleh kerana dah tau, dah rasa tak sedap la pulak. Maknanya juga, aku la yang kena drive balik kampung esok. Huaaa!!!
Oleh sebab dah penat gi BP, malam tu cancel la nak sambung operasi. Konon dah ada lampu, boleh la wat keje memalam. Ye sangat la tuh. Malam tu jugak, In tefon cakap nak datang. Aiyak? Dia ingat kami nak pindah dah. Kan aritu plan nak pindah 31 Ogos. Tapi dia still nak datang tolong2 pasang lampu yang tak sudah2 tu. Derang sampai dalam kul 11pm lebih gitu. Oh, ari sabtu tu jugak ada orang tolong adjust kan DB kami dan rumah kami pon dah berapi.
Esok pepagi, sarapan donut jek. Boleh tahan ke nak wat keje berat nih? Pagi2 lagi, orang baru nak berkawad perbarisan hari kebangsaan, kami dah mula kerja lagi. Kali ni aku ada assistant. Tapi takleh lah suh dia wat keje berat sebab dia baru lepas operate aritu. Di akhir operasi, kami dah selesai membasuh satu rumah. Yeay! Kira ok lah dengan takde air, tak siap wiring lagi. Adoiyai... Elok jugak aku menggosok arini sebab esok dah pose kan. Karang takde tenaga la pulak.
Tengahari, kami pun balik. Kemas2 baju dan siap2 sumer, kami pun bertolak balik kota. Singgah makan kat nasi ayam hj ali. Aritu aku pergi tak sedap, hari ni sedap la pulak. Ke sebab tengah lapar giler? So, lenkali boleh pegi lagi. Aritu macam dah takmo pegi dah.
Sepanjang perjalanan, takde problem. Singgah asar kat masjid kota. Kendian, pegi cari mesin basuh pulak. Sakit kaki ku berpusing satu kota tuh. Last2 beli tempat yang pertama jugak. Lagi pon banyak kedai tutup. Boleh la. Aku pulak, sempat beli telekung. Hehehe memang dah niat nak beli telekung lagi satu untuk dalam kete. Yang ada sekarang ni kena pindah2 kete. Akibatnya, aku terlupa pindahkan dari kancil. Pendek citenya, aku tak bawak telekung lah. Cantik gak telekung tuh. Sulam kaler pepel. Bersemangat lah aku nak bertarawikh camnih. Maghrib pulak kat pasak. Tak best la surau tu. Aku ni memang cerewet bab sembahyang kat surau. Spec aku, tempat wuduk, mesti tertutup. Pastu, mesti bersih dan dekat ngan tempat solat muslimah. Setakat nih, aku suka surau petrolnas. Ada gak petronas lama yang suraunya satu dan tempat wuduk kat luar. Tapi kebanyakannya sekarang memenuhi spesifikasi aku.
Malam tu kami terus balik AT5. Kira keajaiban dunia no. 8 la kalo balik AT5 dulu nih. Tu pun sebab yayu dah nak balik esok pagi. Ramai jugak orang kat rumah. Ada along anak beranak, ina ngan mama (nenek derang). Sampai2 je, terus makan. Mak masak laksa ngan sup daging. Sedapnya... Pagi, aku bangun sahur.
Esok nya, aku membuat misi menjahit tulang belut. Dari pagi sampai ke petang, siap la 3 pasang. Baju sendiri memang aku tak buat mata lalat. Perasaannya macam gatal je leher. Hehehe ngengada. Teringat masa kecik2 dulu, arwah mak salu jahit tepi guna jahitan zigzag. Aku selalu nangis2 sebab rasa gatal badan terkena jahitan tuh. Tak tau lah time tu memang gatal ker, aku yang ngengada hehehe.
Buka puasa pertama, mak masak ( ditekankan di sini, memang mak yang masak. aku memang pemalas biler balik kampung ) rendang ayam tua ngan siput sedut masak lemak ngan keladi. Wah wah wah, dah macam raya la pulak kan. Along pulak dari pagi lagi dah kelekung kelekang kat dapo membuat karipap untuk jualan kat bazaar kota.
Lepas buka, tarawikh. Lepas tarawikh, balik semenchu. Sampai2, In pulak dah nak balik. Apa da... orang cuti 2 ari, dia keje sehari je. Dah la ari sabtu pon keje sekerat ari. Kaya la tokei kilang tu ek.
Hari kedua puasa, aku tak bangun sahur. Rugi rugi.
Semalam, pagi, mak gi tadarus, aku sambung jahit. Tak sampai 2 pasang siap. Lebih kurang kul 12pm, mesin basuh pon sampai. Pasni, barulah aku boleh membasuh baju kat kampung. Kalo tak, samada basuh kat AT5, atau bawak balik. Kalo sehari dua bawak balik, ok lah lagi. Kalo seminggu? Lu pikir la sendiri...
Lepas Zuhur, kami pon beransur pulang. Oleh sebab aku yang drive, terpaksalah cancel plan nak balik lepas buka. Kononnya kalo balik lepas buka, lepas tarawikh, aku boleh tido sepanjang jalan. Banyak ler...
Singgah kota jap, tengok2 blind. Tak ingat pulak rege kat nilai tuh. Apa da. Takpe lah. Kalo tak jumpa jugak kat tempat lain, balik raya nanti lah beli kat situ. Kendian kami gi JB. Cari barang2 toilet. Huhahuha, complete dah toilet kami. Tinggal nak beli heater je. Tunggu air masuk.
On the way balik, singgah beli otak2 kempas. Waaa dah mahal ler. Dulu doplosen je satu. Sekarang dah 25 sen. Maknanya kalau makan kt kedai tu 50 sen, kira dua kali ganda ler ngan harga mentah. Banyak gak abang beli. Boleh la kalo nk bukak gerai kat bazaar Ramadhan tu sehari. Tapi kami buat makan sendiri jek. Beli gak yang versi popia. Senang buat sahur. Sambil pejam mata pon boleh goreng. Hehehe sayang nak bukak mata.
Takut tak sempat sampai sebelum buka, kami beli murtabak ngan air katira n soya kat kempas tu. Malas pulak nak lalu dalam. Ikut hiway je lah. Sampai parit raja, baru kul 6.30pm. Singgah bazaar bulat ( ada 2 tempat, satu bulat, satu lagi panjang ), beli nasi tomato. Untuk 3 orang makan, habis RM18. Huhuhu manyak mahal ooo. Esok2 kita masak la ek...
Sebelum gi tarawikh, gi anto ulin balik umah sewa dia. Kami tarawikh kat surau fevret tahun lepas. Waaa best ar surau tu dah ada ekon. Karpet, cat pon baru. Hadiah pilihanraya dari YB parlimen sri gading yang fofular tu.
Balik surau, singgah rumah. Hehehe aritu lum try bukak lampu memalam. Hmmm cantik. Terang. Best.
Tadi kul 11am, abang call, hoeheng dah datang, tengah pasang ekon. Malam ni kiter angkut tilam tido umah baru nak? Hehehe musim hujan, tak perlu ler kot. Kipas bukak 2 je pun dah berselubung ngan selimut. Selamat mengkayakan ti en bi!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment