Jumaat lepas, malam yang hening, kedengaran bunyi mesin memecah kesunyian. Sukati mak bapak kitorang je wat bising memalam ek. Alerrr lum ada jiran lagi. Ada umah depan tu pon jauh seberang parit dan jalan. Tak dengar sangat kot. Apa yang bising tuh? Bukan grinder or driller pon. Bunyik water jet tu jek. Dari awal lagi abang cakap nak tembak air sebelum masuk rumah. Tapi aku yang tak sabo ni kan... nak jugak pindah barang sebelum masuk air. Maka, malam tu abang tembak air satu rumah kecuali bilik kami. Dah tembak tu satu hal. Nak menyapu air nyer dah satu hal lagi. Aku la kan yang menyapu tuh. Dekat kul 1am gak la baru siap. Siap basuh porch sekali. Huhuhu fenat ya amat.
Sabtu pagi operasi clearance rumah sewa. Sapu, mop, basuh toilet dan basuh porch. Settle. Tutup buku. Semoga hidupku lebih tenteram selepas nih. Aku tau dia akan kacau lagi, tapi takde sebab untuk jawab sms or call dia lagi. Biarkan dia terjun dengan labu labu nyer.
Tengahari gi BP. Eh, rasanya tak pernah dalam seminggu tu kami tak gi BP ek? memula gi hoeheng, beli heater. Beli yang ada pam je lah. Sekarang ni memang la air laju. Dah, kami je rumah yang dah ada orang. Kalo dah penuh nanti, confirm tekanan pon rendah gak. Kalo tengah malam lagi best, laju giler air tuh. Kendian gi beli makanan kat bazaar dekat pesta. Beli ayam percik madu macam kat blog batupahat tuh. Memang sedap betul. Balik tu singgah BPMall. Sempat beli alas kaki ngan sabun2 jek. Bertambah lagi stok.
Petang Jumaat, kabinet buku dah sampai. Belah malam, aku mengemas buku la pulak. Adeih... baru beli dah penuh, camne nak tambah buku lagi? Yang best nyer biler bukak2 kotak ni, sambil2 tu boleh la nostalgia. Time tu lah jumpa kad raya la, album la, surat la. Hihihi suka suka. Mana tak lambat keje jadi nyer.
Ahad pagi, keje memasang heater. Kendian kemas rumah. Okeh, baru selesa sikit. Dapo dah clear. Bersedia untuk dipasang kabinet. Tapi biler??? Dalam minggu ni lah kot. Tunggu je lah. Dah siap benda tu, baru bleh snap gambo. Sabo je lah ek...
Next, siapkan baju raya la weiii!!!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment