Thursday, 23 October 2008

Api dan Dengki

Wah! Tajuk kemain negatif lagik. Mula2 nak cakap pasal bil api. Bil pertama kami sampai 10 hari selepas pindah. RM2+. Maknanya kalo 30 hari sebulan, darab 3 je lah kan. Malam sebelum bil kedua sampai, aku mimpi bil aku cecah RM800! Uwaaa! Sedih kuciwa aku dibuatnya. Terpaksa tido dengan kipas la nampaknya. Bila bil sampai, abang bebel2, tau tak bil bape? Banyak tau tak? Sekali aku tengok? RM6+ jek. Elehhh macam bil api kat umah abah kat kampung jek. Orang cakap kalo guna ekon, bil akan cecah seratus. Tipu tipu. Tu kalo guna full day la kot. Aku set kan on kul 10pm, off kul 6am. Maknanya 8 jam sehari atau RM2.10 sehari. Ok lah tuh kan. Atau, mungkin juga kerana teknologi inverter turut menyumbang ke atas pengurangan itu? Jadi bertukar lah kepada ekon dengan teknologi inverter. Okeh?

Rupanya aku ni pendengki orangnya. Hitam ke hati ku ek? Nak kena clorox ni nampaknya. Semalam abang balik lambat. Kereta ada, motor pon ada. Tapi orang nyer non ado. Rupanya dia ikut jiran sebelah gi bp. Member ajak beli tiles nak buat dapo. Kan aku ada cite kan, aku beli tiles tu lain dari yang zarafi punyer sebab takmo sama, kan. Tak suka tiru2 nih kan. Sekali tu, abang cakap, member tu pilih tiles untuk table top ngan dinding yang sama sebijik sebijon ngan aku punyer! Huaaa!!! Hangin la aku semalam. Benci benci benci! Tiru! Stereotype! Palagiat! Copycat! Tak suker arrr!!! Rasa nak bom je umah sebelah tuh. Kebabommmmm!!! Busuk ati gak aku ni rupanya ek? Isy isy isy...

0 komen: