Jun datang dan pergi tanpa disedari. Sibuk bebeno gamaknya. Tapi yang aku alert dalam bulan jun ialah agm kpf! Fil cakap 26hb jun. Maka malam 26hb tu, aku pun duduk lah mengadap buletinutama. Sekali kuar citer pasal fgv. Lorrr bukan agm kpf, tapi fgv ropanya. Ceh! Potong stim betul. So, bila kpf punya? Tengok kat website, 7hb julai. Lambat la pulak nak kena tunggu. Sempat tengok bola dulu (ok, terlanjur sebut bola ni, baik aku cerita pasal bola dulu).
Selepas final piala fa itu, maka liga super juga sudah sampai ke penghujungnya. Anti climax betul liga super nih. Mana taknya, dah la kiter dah tau juaranya sebelum habis kesemua perlawanan, dapat pulak kat team singapore, celebrate pun kat sana.
Tapi, sebagai penyokong tegar jdt yang memegang prinsip 'tetap sokong dikala menang atau kalah', perlawanan terakhir pada 6hb julai itu tidak patut diabaikan. Lagi pun, perlawanan tu akan jadi penentuan tempat kedua dan ketiga sekaligus menentukan siapa yang layak ke piala afc tahun depan. Sebenarnya aku tengok bola ni bukan mengharapkan menang sangat pun. Tapi lebih kepada untuk beriadah dan sedikit release tension kot. Boleh lupa segala masalah. Masa tu lah. Balik rumah masalah tu (jika ada) tetap ada. Dah habis ni, takde lah lagi aktiviti menapak 1km. Piala mesia lambat lagi kot.
Perlawanan terakhir ini melawan selangor. Sebelum tu, hari selasanya lawan n9, menang. Jadi, dari segi mata, jdt seri dengan selangor 39 mata. Jdt mesti kena menang, tak boleh seri sebab dari segi gol, selangor lagi banyak. Aku menjangkakan penyokong selangor akan menggamatkan stadium seperti selalu. Tapi rupanya derang tak bawak team gendang. Takat pakai anak tekak, dah komfemlah tenggelam.
Pagi tu kami pergi awal sebab nak beli tiket sendiri. Aritu masa duk kat grandsrand, kami irim kat budak alip tu. Tapi kali ni, hari jumaat lagi tiket grandsrand dah sold out. So, sampai stadium terus tuju ke kaunter tiket. Aik? Mana orang? Lorrr ropanya dia dah pindah kaunter tiket kat depan. Proper ar sket kaunternya, ala2 kaunter tiket bas. Sebelum ni ala2 majlis mesyuarat tingkap jek. Agaknya dia dah start guna kaunter tu masa jual tiket final itu ari kot.
|
Menonong berjalan ke belakang, padahal kat depan tu melingkor2 line orang beratur. Fokus! |
|
Kenapa lengang jek? |
Maka beratur lah pulak untuk beli tiket. Kami beli 5 keping sebab ada member kirim.
|
Umangaih! Jauhnya lagi. Dah lah panas terik! |
|
Dah ada 4 kaunter. Selesa la. |
|
Tapi sebenarnya tak lah lama sangat beratur sebab proses membeli tiket tu very direct. 30 saat sorang kot. |
|
Lima! Ok, tak sampai 15 saat. |
Selepas berpeluh keti membeli tiket, kami pun pergi makan. Dah lama lalu restoran ni, tapi selalu tak kena masa. Kali ni memang betul masa makan. So, kita cuba try test nasi beriyani di jb pula. Adakah setanding beriyani batu pahat, atau lebih spesifik lagi, beriyanimatbond? Mari kita saksikan...
|
Terletak di tampoi, dekat simpang traffic light hospitalbahagia, dekat maidin. |
|
Gam kambing. Sedap. Pedas sikit. |
Lepas makan, kami terus ke jaskobukitindah. Konon nak membunuh masa dengan menonton wayang. Sekali sampai, siap solat segala, tinggal tiket seterusnya pukul 4-5 ke atas. So, jenjalan je lah tengok tingkap. Pukul 5, kami terus ke stadium. Cari tempat kat tengah, tapi dapat belah bawah jer, ngadap pagar. Boleh lah... Kat bawah scoreboard masih kosong, tapi cukup lah 2 kali aku duduk situ, bola pun nampak sayup2 jer.
|
Lebih kurang pukul 6. |
|
Elok kat tengah, tapi boleh main acah2 dengan tiang pagar. |
|
Sekejap je dah penuh. |
Masa waktu maghrib, tetiba satu lampu limpah padam. Aiyak! Jangan postpone sudah. Masa tu ramai orang pasang torchlight henpon memasing, cantik jadinya. Dan permainan pun dimulakan seperti biasa. Eh, cop! Sebelum mula tu ada 3 orang mamat dari pbnj kot, datang kat tempat kami, panggil sorang mamat ni. Derang nak suruh mamat ni bagitau kat kami semua, nanti lepas habis lagu kedua (negaraku) kiter nak nyanyi lagu besdei tmj. Aritu tak sempat. Masa kat bukit jalil kan besoknya besdei dia. Lagi pun takkan nak nyanyi kat sana kan.
|
Husnuzon... semua musafir kot. |
Maka, lepas lagu negaraku, sepatutnya kiter nyanyi lah Allah selamatkan kamu...Tapi, masing2 sibuk nak baling resit bagai. Pastu baru nak nyanyi. Sepatutnya kiter follow BOS, tapi masing2 nyanyi ikut area masing2 jek. Dah huru hara jadinya hahaha. Tapi nampak lah tmj tak duduk sampai lah lagu2 itu habis. Sebak pulak rasa. Macam lah derang nyanyi untuk besdei ko!
Dan permainan pun dimulakan seperti biasa. Player jdt yang diturunkan lebih kurang masa lawan felda itu ari. Kecuali aidil la kot. Mula2 dah lead 1-0. Tetiba selangor gol pulak tanpa disangka. Free kick. Tapi alhafiz pun macam terpaku tokleh buat apa. Selepas2 tu, jdt banyak menyerang, tapi semua tak masuk. Memang bukan rezeki kan... Dan keputusannya seri 1-1, tapi selangor menang kerana gol dia lagi banyak.
Ok, abis cerita bola.
Balik cerita pasal kpf. Maka pada malam 7hb tu, sekali lagi aku mengadap buletinutama, tapi takde apa2. Ye lah, fgv kan glemer, masuk lah berita. Siapa lah kpf sob sob sob. Oh, masa meeting fgv tu derang umum dividen pada peneroka sebanyak rm550. Oleh kerana takde dalam berita, aku pun menggugel. Aku rasa kpf ni takde webmaster kot. Ada website pun setahun sekali jek update. Tu pun lambat. Dan aku pun terjumpa moving display kat website kpf yang mengatakan mesyuarat agong ke 29 bersetuju mengumumkan dividen 10% dan bonus 4%. Owh! 14% jek? Maka dengan kompidennya aku menerima hakikat bahawa dividen+bonus tahun ni ialah 14%.
Dan pada malam 1 ramadhan, ada sorang member sekampung ni update status dia, dividen 10% dah masuk akaun. Maka dengan sepantas halaju cahaya, aku pun terus mengecheck. Opocot! Terkejut aku tengok baki akaun aku. Sebenarnya aku sengaja tak pindahkan dividen tahun lepas ke mana2 akaun sebab nak rasa macam banyak duit hahaha. Poyo! Patutnya tambah lah syer ke haper kan? Tapi kan aku kata, aku tak berapa kompiden dengan kpf ni sejak kes fgv tu. Lepas ni lah kot aku top up. Simpan kat maybenk pun bukan dapat pa per pun kan.
Sebenarnya member tu pun tak tau berapa % dividen+bonus tu. Maka aku dengan kompidennya aku bagitau apa yang aku tau, iaitu 14%, merujuk moving display pada website kpf yang aku jumpa itu. Tapi member tu kata, itu mesyuarat agong kali ke 29, padahal yang 7hb tu yang mesyuarat kali ke 32! Aku pun baru perasan. So, maknanya bukan 14% lah? Ok... kiranya sekarang ni masih misteri lah. Ada satu blog ni kata, 16.5%. Tak tau dia dengar dari mana. Buat masa ni, terima je lah 14% tu tadi. Yang pasti, 10% plus plus.
Maka misteri nusantara pun sudah berakhir. Hari ini
website kpf dah update tentang mesyuarat agong itu hari. Keputusannya ialah 16.5%, yeay!
0 komen:
Post a Comment