Aku tak terkejut langsung bila pada suatu hari member seberang dinding belakang meja aku ni bagitau yang beliau terjumpa blog aku ketika mengesearch cara mengira agregat spm. Hahaha nak gelak dulu. Kan aku pernah cerita bahawa hampir setiap hari ada orang masuk blog aku sebab cari cara nak kira agregat spm. Musykil betul aku.
Kenapa aku tak terkejut? Sebab seawal kedatangan aku ke sini lagi member depan meja aku ni dah jumpa blog ni. Agaknya sebab blog ni mengandungi perkataan2 yang biasa digunakan kot. Tu yang senang je nak search. Walau pun tak terkejut, tapi mula2 tu cemas la jugak hihi. Sempat lah aku private kan blog ni selama satu hari. Sehari je pun. Lepas sehari, rasa menyesal pula kerana aku tau ada ramai orang yang akan terseksa jika sehari tak membaca blog aku ni hahaha.
Nak cerita kat sini bahawa hari tu aku tengok ada seseorang ni search 'blog-asiah-aspan'. Adoi! Nak tergelak aku. Aku rasa aku tau orang mana tu, sebab lokasi dia masuk tu sama dengan tempat aku. Tak hagak2 kan taip keyword camtu. Sangat berterus terang di situ.
Selepas ni, lantak lah boss nak baca blog aku pun. Ada aku kesah? Read at your own risk yah!
Ke mana hilangnya sense of humor dalam diri aku ek? Aku perasan yang kebelakangan ni entry aku dah kekurangan unsur lawak dah hihi. Bukan lah selama ni banyak lawak, tapi bila aku baca balik entry aku main bola jaring (sini dan sini)dulu, masih lagi aku boleh gelak tak hengat dibuatnya. Adakah aku sudah menjadi serius? Oh tidak! Eh, ko dah kenapa? Ok bai.
Thursday, 25 July 2013
Ke Hadapan Kawan-Kawan Sepejabat
Hasil karya AyunasiA pada 4:31 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
member depan meja ko...
uish..gugel nama sebenar tu
ngeri gak
emm aku xde letak nama penuh kot
tp kalau gugel nama anak aku konfem jumpa la ye.
read at yr own risk katanya
biarin
Post a Comment