Thursday, 8 July 2010

Aku Netball Player? Part II


Besok pagi, masing2 merungut sakit badan kaki tangan. Jalan pun dah macam orang lepas bersalin. Aku je lah yang tak berapa sakit sebab main sekejap je. Tapi, aku tak geti main. Takde maknanya! Lepas minum kat kafe, kami terus ke padang. Alahaiii makin teruk keadaan padang. Semalam ada gerimis sikit.




Semi final kami lawan selandar. Aku main semula. Aku adalah ngeri ok. Centre dia jenis aku rasa wakil daerah ke negeri kot. Ligat dan terkangkang2 tergolek2. Aku, nak lari pon elak2 selut huhu. Tapi, peranan centre adalah penting juga ye kawan2. Kami leading pada first half. Second half, aku kasi bip kat kawan sorang lagi. Takmo aku kejar dan dikejar centre dia. Wat sakit badan aku je. Dia suka tolak2, tarik2, langgar2. Akhirnya, kami menang lagi uolsss!!! Lupa lak berapa score nya.

Sebelum semi. Suci je masing2


Persoalannya sekarang, siapakah lawan kami di peringkat akhir? Pasir gudang atau @tecmelaka? Yang pasti, kami dah pernah lawan @tec. Dah tau dah tahap keganasan mereka. Tapi pasir gudang? Juara bertahan. Masa kami lawan selandar, derang sokong kami. Eleh, sebab nak lawan kami lah tu time final. Dan memang betul, seganas2 @tecmelaka, ganas lagi pasir gudang huhu. Derang menang besar. Bukan la ganas mana. Tapi derang memang terror lor. Shooter dia memang terbaik la. Oh, sebenarnya goal derang ni jenis kecik tau. Kira rap2 je bola tu. Kami selalu berlatih gol besar. Tapi, shooter derang, tak pernah tak masuk kot. Sharp giler. Itu pun derang kata, sharp shooter derang pregnant di saat akhir, takleh datang. Kalau yang tak sharp shooter pon dah sharp, kalau yang sharp shooter tu, apatah lagi, kan? Aku adalah surrender. Ainon, ko lah main final. Takmo aku menghampakan pasukan kiter hahaha.


Sebelum final. Rileks jer muka. Dalam hati siapa yang tahu...


Lebih kurang rehat 20 minit gitu, final pun mula. Kontingen lelaki takde langsung datang sokong. Yang derang punya, siap dok belakang gol kami lagi, psycho gs kami. "Eh, tali kasut kak jun tanggal...". Bila kak jun tengok, "Eh, kak jun tertipuuu..." Geram tak? Mula2, derang leading 3-0. Hmmm... Tapi, bila kami dapat satu gol, terus kami potong. Tak ingat pulak aku, tapi first half tu kami dah lead la.

Lepas rehat, derang mula kejar, sehingga lah kami lead 8-6 (kot, lupa dah), ga derang cramp. Simpul biawak kot. Kat jari kaki. Dan derang pun tukar ga-gs. Itu lah rasanya kesilapan besar derang.

Tiba2, eh? GA derang (yang mulanya gs yang terror shoot tu) terbaring. Adoiiiii huaaaaaa. Gitu dia menangis. Lutut dia injured. Dia injured sendiri. Silap landing. Menurut ceritanya, dia memang pernah injured, sebab tu dia diletak di gs sebab gs kan tak banyak lari kan. Jadi, bila dia tukar ngan ga tadi, terpaksa berlari2, abisla. Sementara nenoneno datang, game diteruskan. Derang tukar ga orang lain pulak. Lepas tu, derang dapat score ke-7. Aku adalah over terjerit2 menyokong pasukan ku.

Dan, belum pun sempat derang menyamakan kedudukan, wisel penamat pun ditiup. Dan, KAMI ADALAH JOHAN BOLA JARING STAF ILJTM* WILAYAH SELATAN 2010! :D

Yeay! Kami lah juara...

Suka sangat!

Aksi terbaik dari kami hihihi


Aksi terbaik dari ku pula haha. Poyo jek.

Tapi, sebenarnya, kami tangkap gambar ni sebelum final! Muahahaha macam dah menang je kan?

Habis je main, baru lah datang 2 orang mamat ni, "Wei, korang, aku nak ajar strategi ni." Dah, tak payah. Kami dah menang dah hahahaha. Selepas itu, segalanya tinggal sejarah. Masa nak balik, orang pasir gudang cakap, "piala tu kami bagi pinjam je ekkk. 2 tahun lagi kami nak ambik balik." :P

Habis netball, semi football pulak. Tapi, kalah. Kesimpulannya, lelaki tak menang satu pon :( . dan derang terus balik tengahari tu. Pergi tanpa pesan. Biasa lah, lelaki kan ego sikit. Tak sanggup la nak tunggu closing. Bola sepak habis lebih kurang jam 2pm, tapi closing, jam 5pm. Sempat lah kami tido sekejap. Pukul 4pm, pergi dewan. Encik hairul pun dah datang.

Closing dilakukan oleh pengarah kami. Dia jugak yang menyampaikan hadiah. Tapi, masa umumkan pemenang netball, mc tu tersalah cakap, @tecmelaka. Ehhh... tersasul pulak diaaa. Pengarah kami punya reaksi, "Oh, ada jugak yang menang?" Sebabnya, dia tak nampak bayang lelaki. Dia ingat kami tak menang langsung kot. Ingat, dia nak cakap, "besok team netball takyah datang kerja" ker. Harapannn. Lantak lahhh. Yang penting kami pemecah rekod tak pernah menang netball selama 8 tahun. Sekian.

Lupa nak ambik gambar ambik piala kami.

Gemuknya aku??? Aku pakai baju 2 lapis la... aku masih 42kg.

Seumur hidup aku, ini lah medal pertama yang pernah aku dapat. Sibbaik bukan medal plastik hihi




2 komen:

yayu said...

Kelakar betul ler citer pasal netball ni...sampai tergelak sorang-sorang bila tengok gambar korang gambar melompat-lompat tu..ingatkan dah menang time tu

AyunasiA said...

hahaha saje nak psiko pasir gudang. tak sangka lak menjadik hihi