Tuesday 27 July 2010

Penghulu Segala Hari

Eh, aku dah cakap ke belum ek? Bahawa aku telah dilimpahi rahmat bahagia, Tuhan kurniakan kerana takde kelas pada hari Jumaat? Belum ek? Sekarang, sudah. Iyerrr. Buat julung2 kalinya, aku dapat menikmati 1 hari cuti walau pun kena pergi kerja jugak. Namun yang pasti, nikmat syurga pastinya lebih hebat dari ini. Oh, insaf.

Sungguh pun begitu, aku adalah sesak pada setiap hari selasa rabu dan khamis. Gini, meh aku cerita pasal jadual aku. Kang korang kata aku ni takde keje asik online je kan. Dah, takde kelas, aku duk la kat bilik ni. Dah duk kat kusi empuk ni, takkan nak menung je tengok tingkap. Jadi, aku on la pc. Dah on tu, buat apa aku buang2 karen tak online. Benda dah ada. Kang dia putuskan network kang baru nak nangis, sia2 je. Oleh kerana gomen pon tak mampu nak sediakan pc untuk aku, aku pakai la laptop sendiri ni. Akibatnya, keje ke, personal ke, semua dalam satu harddisc, satu masa. Eh, apa yang aku nak sampaikan ni sebenarnya?

Ok, pada asalnya, jadual aku adalah biasa2 sahaja. Kira sama macam semester lepas (19.5 jam seminggu). Semua orang pun dapat dalam 18-22 jam gitu. Sekali, selepas budak baru habis daftar, tak cukup pun dua kelas. Jadi, kita buka 1 kelas je untuk budak baru. Jadual asal ada 2 kelas. Maknanya, sape2 yang ajar budak baru untung lah, kan, kurang banyak kelas. Aku yang mendengar pun jeles sebab derang dah hepi2 banyak free. Mana boleh??? Derang nyer contact hour cuma 12 jam jek. Cannot! Jadi, kb ku rombak jadual. Dan 1 subjek = 3 jam aku dah diambil orang lain, menjadikan jam aku tinggal 16.5 jam sahaja. Derang2 tu pun dalam 15 jam gitu. Ok lah, kira lebih kurang je lah. Boleh diterima.

Sungguhpun demikian (susah giler nak cari perkataan penyambung nih), terdapat seorang rakan sekerja ku yang sedang cuti sakit 2 bulan. Macam beranak je cuti dia, kan? Jadi, aku telah diamanahkan untuk mengganti tempat dia selama itu. Lebih kurang sampai raya la kot. Jadi, aku akan cover waktu dia dengan menghabiskan silibus aku untuk 1 subjek tu. Bermakna, aku kena pulun la habiskan sepanjang 3 bulan ni. Dan jam aku bertambah lagi 4.5 jam untuk tujuan itu. Bermakna, contact hour aku sekarang ialah 21 jam seminggu. Jadi, selasa rabu dan khamis aku nyer kelas adalah dari 8-5. Uhuk uhuk perit tekak aku.


Eh, tapi bukan semuanya bercakap pun. Ada banyak kerja amali. Apa kata pepatah? Berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian? Haaa itu lah sahaja yang menyedapkan hati aku sekarang nih. Selepas raya nanti, atau pun bulan 10 la lebih tepatnya, jam aku tinggal ermmm jap, nak kira 9 jam je seminggu. Best, kan? Jangan jeles kawan2! Masa tu nanti, jangan sesekali ko senang2 hati nak cuti la, pegi situ la, pegi sini lah dan suruh aku ganti ek. Itu dinamakan kawan ketawa senang dicari, kawan menangis, susah dicari lah kot. Eh, macam tak kena pulak. Kenapa aku asik nak guna peribahasa melayu je nih? Tak perlu kot.

Isy, jangan cakap. Ni, aku belum lagi bersenang senang kemudian, jantung sentiasa berdebar2 kalau2 ada yang akan mengambil kesempatan ke atas 'cuti' hari jumaat ku itu. Ye lah, bagi diri aku, opkos la aku suka sebab boleh cuti sesuka hati. Tapi, bagi orang lain, mesti derang pun tumpang hepi sekali dengan mengendeng2 mintak aku ganti kelas kalau2 derang nak cuti ari jumaat, kan? Cis! Teruk kan? Aku, semester lepas takde pun hari yang free dan aku takde pun ambik cuti sesuka. Aku cuti time budak cuti je tau.

Ok, sebenarnya nak cerita kat sini, jumaat lepas aku cuti. Tak menyempat2 kan? Cerita selanjutnya selepas ini. Jangan ke mana2. Kami akan kembali, seketika nanti.





0 komen: