Tuesday, 6 July 2010

Cuti - Cuti Malaysia 2010



Aku bukan lah 'pergi bercuti ke tepi pantai dan menikmati desiran ombak menghempas ke pantai lantas mendamaikan jiwa' kind of person. Atau pun 'pulang ke desa untuk menghirup udara segar setelah dihimpit hiruk-pikuk kotaraya lantaran ingin menenangkan fikiran.' Aku memang orang kampung, dan masih tinggal di kampung. Jadi, angin segar di desa atau puputan angin menampar2 ke pipi adalah 'biasa' saja bagiku. No point la nak lari dari kesibukan kota ke haper. Lagi aku pergi ke kota ada lah kot.

Sebab itu, aku mengambil masa yang agak lama untuk memilih tempat untuk bercuti sebab bila orang sebut 'bercuti', biasanya orang gambarkan pulau, pantai dan tanah tinggi. Sebut pulau pulak, yang aku bayangkan, snorkeling. Bila sebut pantai, aku gambarkan sunburn muahahaha. Tanah tinggi, genting aku dah pegi, camer0n aku bayangkan sayur. Aku? Sayur?

Jadi, percutian bagaimanakah yang masuk dalam jiwa aku?

Shopping!

Itulah definisi bercuti dalam kamus hidup aku. Sebab itu aku jarang bercuti (sebab tak banyak duit nak shopping huhuhu). Orang kata, alaaa nak bercuti ni takyah ada duit pun takpe. Yang penting dapat meluangkan masa bersama dengan yang tersayang. Uh! Baik duduk dalam rumah je kalo cenggitu. Kalau dekat2 takpe. Ni kalau sampai ke pulau pandan jauh ke tengah sana tu, tak ke sakit pinggang, sakit kaki, pening kepala segala? Sampai rumah, penat, besok dah keje. Patut lah aku tak ke mana2 sampai sekarang.

Maka, sementara aku ada duit lebih sikit nih, aku pon mengajak suami ku 'shopping'. Kat mana? Nak shopping apa? Henbeg? Kasut? Baju? Pinggan? No! BATIK!

Dan, pada 26hb yang lalu, kami pun pergi ke kb. Kali ni aku tak nak kelam kabut macam selalu. Terkejar2. Jadi, aku stay 3 malam. Cukup lah kot. Sambil2 berehat kan.

Sabtu malam, lebih kurang jam 12am, kami pun bertolak. Lalu ikut ay3r hitam. Konon nak isi minyak, dah tutup pulak. Dekat ay3r hitam, 2-2 p3tronas pon tutup. Ada takde, terpaksa lajak ke jalan kluang sana. Oleh kerana siang tu baru je servis AH, aku pon nak cuba minyak 97 balik. Kan sh3ll ada minyak yang kununnya vp0wer tapi rege 97 kan. Iye lah tu. Tapi, dah lama sangat tak masuk 97 kan. Dah biasa dengan pikap yang lembab tu. Try je lah. Nak jalan jauh kan. Takde la beza sangat regenya. In fact, aku rasa lagi jimat sebab boleh cecah +-600km. Ajaib tu! Biasa 500-550km je. Tapi mungkin la faktor baru servis tu turut menyumbang. Tapi, memang tak rugi lah!

Lepas isi minyak, kami straight je ikut y0ngpeng, segamat, muadzam. Singgah petr0nas muadzam sat, membuang apa yang patut. Bila kami bergerak dari situ je, terus hujan. Dan selepas itu, aku pon melayang2. Sedar2, dah sampai tudm kontan. Huuu sabar je lah. Tak membantu pilot langsung. Selepas itu, aku berjaga, sehingga lah dekat2 marang, aku ketiduran balik. Sedar2 lagi, dah sampai masjid putih. Dah subuh pon. Kami solat di situ dan kemudian, tido zzzzzzzz (dalam kete).


Sedar2 lagi (aku je la, encik hairul baru sekali sedar), dah panas. Buat stretching apa yang patut, kami teruskan perjalanan. Tak mandi pon. Dah jalan tu baru teringat, laaa arini kan tganu cuti menang sukma. Patut lah lengang je jalan. Sepatutnya jammed la waktu ofis kan. Tak jauh dari kt, kami singgah sarap.

Tengah makan, tiba2 bunyi dentuman. Kelihatan seseorang sudah tergolek dan dihempap motosikalnya sendiri. Lorrr eksiden pulak.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan. Slow and steady jer. Sampai di kb kira2 jam 1pm. Belum masa nak check in. So, mandi dulu kat masjid muhamadiah (kot namanya). Oh, ada muzium ek kat situ? Baru ku tau. Panas berdenting betul. Lepas zuhur kami pun pergi lunch. Lepas tu, terus check in. Bilik tak siap lagi pulak. So, baik lah aku pergi survey kain dulu kan.

Jalan 1 pusingan PSK, dah bajet la nak beli yang mana. Tapi, nak beli batik ni kena belek jauh2, dekat2 dulu. Besok2 je lah aku beli. Bak kata tokei kedai cermin mata, "Lu nak pegi mana cepat2. Ini barang beli pakai duit ma. Mesti kena pilih betul2." Betul jugak katanya tu. Sangat menghargai wang ringgit. Lain lah kalau free kan?

Malamnya kami pergi wakaf che'yeh. Makan pun kat sana. Tapi, balik tu, tak beli apa2 pon. Tah, banyak sangat. Bukan rambang mata tak tau nak pilih yang mana. Tapi semua pun nampak tak menarik.



Besoknya kami terus memulakan misi di PSK. Kalau tawaf ni, dah hampir sempurna umrah dah. Hari ni, dapat 3 pasang jer. Pastu kami terus ke rantau panjang. Panas betul. Aku rasa, masuk rumah sesat tu macam masuk gua. Sesak napas. Tapi gua sejuk, ni panas. Menjejeh2 peluh petaniku. Tapi, aku tak beli apa2 pon. Encik hairul je beli jersi. Rupanya ada 2 versi jersi kat sini. Versi cina dan versi siam. Kalau siam punya tu, baik la sikit. Yang cina tu versi cap anak ayam kot.

Tapi, brasil dah kalah :P

Kat sana, aku makan ini.

Tak masuk ler kat tekak aku. Kenapa orang kat sini asik makan suppppppppp je ha?


Eh, cop. Aku ada beli barang la. Periuk kukus ngan bekas air stainless steel. Macam ni agaknya perasaan penyeludup yang bawak masuk rokok dari siam ek? Lalu kat kastam ngan upp pon muka ketat je tahan napas sambil tersenyum manis hahaha. Takut sungguh kena bayar tax uhuhu.

Ada jugak bisnes gini ek?

Malamnya, kami pergi wakaf che'yeh lagi. Tapi makan kat tempat lain dulu. Sambil tengok bola.

Hari seterusnya, pagi2 lagi kami pergi pasar mbkb. Kenapa tah, kali terakhir pergi sini aku boleh tak jumpa pasar ni. Pelik betul. Lepas tu masuk pasar buluh kubu pulak. Kemudian barulah round psk lagi. Selepas psk, kami pergi pengkalan kubur pula. Malangnya, cari meybank, tak jumpa. Duit ada tak sampai 100. Selamat duhet aku. Pergi pengkalan kubur ni yang ngerinya ada adik beradik idaman sur!. Sibbaik takde duit dan terlupa pasal cc. So, terbeli mangkuk marineks je. Lain kali jangan pergi sini la. Tak tau dah aku nak sumbat periuk belanga tu kat mana.

Malam ni, tak kuar ke mana. Tengok bola jer (seperti entry di bawah).

Hari terakhir, kami terus check out dan lunch. Kemudian, buat lawatan terakhir. Tak beli batik dah. Cari tudung pulak. Tak pandang langsung tudung bawal hehe. Lebih kurang pukul 3pm, kami pun balik.

Cantik betul masjid besut ni. Aku rasa terengganu memang suka buat masjid cantik2 la.

Sampai di kt, terus ke pasar payang. Nak beli kopok. Takmo dah beli kopok losong. Takde la sedap mana. Pusing2 tengok batik, kedai pon dah nak tutup. Konon tengok je, sekali tersangkut jugak selai. Sama je la rege kat sini ngan kb.

Pastu, terus balik. Sampai rumah yayu lebih kurang kul 8.30pm. Rehat sekejap, kul 10 kot, kami pon bergerak. Singgah makan kat sebelah shell, tah kat mana tah tu. Lepas jaya gad!ng. Sampai rumah lebih kurang jam 2 pagi kot. Abis.

Up next, tentang batik-batik.

4 komen:

Ogr ganu... said...

Pembetulan... tu bukan masjid besut... Masjid jerteh. Nama nya lupe...

AyunasiA said...

tak kisah lah. janji nampak perkataan besut dekat2 situ.

luna said...

periuk kukus tu dah rasmi ke..

AyunasiA said...

belom... nanti la khatam nak masak pulut kuning ngan rendang ker. nyumnyumnyum