Wednesday, 7 July 2010

Gila Kain : Edisi Batik


Tak cukup dengan 8 baju raya yang hampir siap, ditambah dengan 3 pasang kain ela yang belum dipotong, kegilaan aku terhadap kain menemui klimaks nya kali ini. Yang bestnya, baju kurung ialah baju rasmi aku ke tempat kerja. Maksud aku, pakaian kebangsaan.

Masa aku tak bekerja dulu, aku buat baju baru cuma pada hari raya. Itu pun, raya bulan 10, bulan 3 lagi aku dah siap jahit. Sempat outdated. Abis, takde tempat nak dilaramkan baju tu. Camno?

Sekarang ni, kiranya buku dah bertemu dengan ruas. Aku dengan obsesi ku terhadap kain pasang, dipadankan pula dengan keje gomen. Menjadi2 la kan. Tapi, satu yang pelik, aku takde pulak berperasaan nak buat baju baru kalau ada kenduri kawen. Sesetengah orang, asal ada 'event' je, mesti nak buat baju baru, kan? Aku buat ikut suka aku je. Rasa2 angin rajin menjahit datang, siap la. Sebab tu kain pasang sentiasa standby je.

Dan seperti yang sedia maklum, aku dah terjebak dengan dunia batik ni sejak ditugaskan di dungun* suatu ketika dulu. Dekat je KT tu. Sejam je dah sampai. Cumanya, masa tu aku takde lah membeli sangat sebab tak berapa mampu. Jadi, bila dibukakan pintu rezeki melalui perniagaan batik suatu ketika dulu, aku terus terjerumus. Yang parahnya, pernah satu ketika, aku berharap2 supaya takde orang yang akan membeli certain2 kain batik yan aku jual sebab aku rasa, cantik sangat sampai sayang nak jual. Kalau takde saper beli, bermakna kain tu akan jatuh ke tangan aku lah kan. Tapi, akhirnya, semua yang aku sayang tu terjual juga. Tinggal la 2-3 lai yang tak laku, sudahnya jadi baju aku. Macam ni punya bisnesman pun ada kerrr.

Antara sebab aku suka batik ialah kerana coraknya nya yang jelas. Kalau bunga, memang nampak bunga. Tapi, aku kurang sikit kalau batik brush sebab dia tak guna canting kot? Dia sapu lilin tu pakai berus kot. Sekarang ni, ada batik digital print pulak. Lagi lah aku tak minat sebab dia tak macam batik dah. Serupa je coraknya dengan kain2 yang berlambak kat kedai kain tu. Bezanya dia print atas kain crepe/chiffon yang biasanya digunakan untuk batik. Tapi, kalau nak pakai batik bunga pakma, digital print adalah pilihan yang tepat. Susah nak jumpa baju dengan corak bunga tersebut.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku cuti seminggu semata2 untuk pergi ke kota bharu untuk membeli batik. Ok, aku tau, itu pembaziran. Eh, tak membazir lah. Aku pakai baju itu untuk menutup aurat apaaa... hehehe. Memang kena pakai batik pon setiap hari khamis. Suami tersayang pula memang menggalakkan. Dia tidak setuju bila saya ingin membeli kain corak ala batik print yang berlambak2 di kedai kain itu. Saya lagilah suka walaupun saya tau hasrat hatinya yang ingin melihat dompet saya rabak. Apa tidaknya, setiap pasang yang saya beli, mesti nak didondonkan dengan kemejanya. Sibbaik saya telah membeli beberapa pasang dari tone warna yang sama. Jadi, secara purata, 3 baju saya = 1 kemeja dia. Jimat sedikit, kan?

Cerita tentang 'percutian' itu dah pun saya ceritakan. Di sini saya cuma nak menunjukkan kepada anda tentang trend batik terkini. Adakah itu bermaksud ingin menunjuk-nunjuk? Ok, saya tukar 'nak menunjukkan' kepada, 'nak memaparkan'. Takde kot istilah memapar-mapar.

Saya pegi ke kb dan kt. Kedua2nya adalah hub batik malaysia kot. Jadi, insya Allah trend ni tak silap. Walau bagaimana pun, batik digital print adalah trend terkini juga. Cuma, saya kurang berminat, jadi tidak lah saya beli.

Corak di bawah ini katanya diberi nama 'ADAMAYA'. Sukati derang la kan nak bagi nama apa pon. Dah derang yang buat. Eh, cop, saya sebenarnya kagum dengan kreativiti batician (boleh?). Macamana derang boleh sekreatif itu eh? Hebat betul daya imaginasi mereka. Tabik spring ah! Ok, sambung balik. Apa yang membezakan corak ini dengan corak yang lain ialah jalur2 kelarai yang merentangi belakang bunga itu. Oh, bunga itu ialah bunga teratai. Saya memang tak boleh tahan melihat batik bunga teratai. Cantik sangat. Cantik la bagi saya. Lain orang lain citarasanya kan.



Ini pula motif bunga orkid. Suka nyaaa... Batik, atas kain crepe, memang terrrrrrrrrbaikkk...



Yang ini, saya dah lupa apa namanya. Kalau tak salah yang ni guna teknik 5 lapis. Tak pernah ada baju kaler hitam, tu yang saya beli, nak try. Saya takut nak pakai baju hitam. Takut mempengaruhi mood pula.



Yang bawah ni tak ingat nama. Tapi versi 5 lapis la. Kalau perasan, trend sekarang banyak jalur2 putih pada kelopak2 bunga. Sesetengah kedai tu, sekali imbas tengok, putih2 je, macam comot. Tapi aku pilih yang kurang sikit putih2 tu. Semak pulak aku tengok. Lagi pon, sekarang ni, dengan teknik up to 18 lapis, kesan canting yang putih2 tu boleh ditindih dengan kaler lain. Kiranya, line putih2 ni kembali ke zaman dulu dengan sentuhan kontemporari (teknik berlapis2). Cewahhh macam majalah fesyen je bunyinya. Selain itu, design ini juga memaparkan teknik shading menjadikan corak lebih kelihatan hidup.


Dua design berikutnya pula ialah rekaan yang diberi nama seri perdana. Kira set2 datin2 la kiranya ni. Ia menggunakan teknik 7 lapis. Apa lapis2 nih? Kalau sesiapa yang tak tau, masa sekolah kan kita belajo canting, pastu kaler, pas kering, rebus kasi lilin tanggal, kan? Ok, itu dikira selapis atau sekali canting sekali mewarna. Kalau 7 lapis tu maknanya dia canting 7 kali dan kaler 7 kali, rebus pun 7 kali la lebih kurang.

Yang menariknya pada design ini ialah, selain bunga-bungaan sebagai tema utama, turut kelihatan di situ ialah corak batang pokok pada belakang bunga2 tersebut. Tak nampak kot kat sini sebab aku tunjuk sipi2 je.

Yang tambah menariknya pula, untuk rekaan ini, bahagian kainnya adalah lebih meriah berbanding bahagian baju. Di mana, kalau biasanya, bahagian kain akan dilukis pada bahagian lutut ke bawah sahaja. Tetapi, untuk design ini, pokok2 bunga itu tumbuh dari kaki, hinggalah ke montot. Memang meriah keliling kain itu dengan bunga2an dan pepohonan. Macam taman bunga berjalan kekdahnya. Aku rasa, memang cantik kalau dibuat kebaya pendek. Tapi kalau buat baju kurung, kenalah buat2 angkat baju tu time nak duduk. Kalau buat baju kebarung agak2 tak tersalah zaman ker?


Batang pokok tu menjalar dari bawah ke atas

Yang ini ala2 buluh tapi berpintal2. Tak tau la apa namanya tu.

Untuk baju lelaki pula, ada gred2 tertentu. Kalau yang design brush tu, derang panggil cap ayam, bawah seratus pon bleh dapat. Tapi kalau yang berteknik 5 lapis tu, mahal la sket. Yang susahnya, baju derang dah ready made. So, kalau takde size, memang kempunan ler.



Selain batik, tudung2 juga mendapat sentuhan berbeza di sana. Kalau kat bp ni, tudung kosong berharga rm25-35. Kat kb, regenya rm15 jek. Yang sulam2 benang gini baru rm20-30. Murah, kan? Tapi, kena lah belek2 dulu sebab kadang2 kualitinya agak kureng. Tak sampai standard ar!an! la.

Cantik kan? Tapi, macam malu lak nak pakai. Macam over jek?



Batik tganu tak banyak bezanya. Cumanya, mereka lebih gemar menampal batu2 pada baju. Sekali pandang, macam meriah. Tapi bila dipandang berkali2, wow! cantik nya! Tak boleh tahan. Aku pon terbeli satu huhuhu.

Yang ini design adamaya versi kt. Ada crystal stone.


Aku suka sebab warnanya pink-hijau. Teringat baju marsya masa final af3 hihi

Tentang harga, aku ambik masa juga membuat survey. First day tu aku pasang telinga ar. Biasa laaa orang luar mesti dia tekan sikit kan. So, bila dengar orang tawar menawar kecek klate, aku pon bajet kepochi pasang telinga. Dapat la aku bajet berapa harganya dalam versi 'jaguh kampung'. Selalunya, tengok design je pon kita dah boleh agak harganya. Tu yang aku study dulu market price sebelum pergi, terutamanya melalui online.

Ok, itu jer. Tak tau apa motif. Harap dapat memberi panduan sahaja. Bila dah siap jadi baju nanti, saya akan gayakan di sini, yea? Pedulik haper, blog haku.

2 komen:

luna said...

baju gambar last tu boleh dipadankan dgn skin blog ko juga,kan?

AyunasiA said...

a'ah la... tajam betul mata.