BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 30 July 2010

Hub vs Switch

Pagi tadi dengar kat sinar, emosi seorang suami beristeri dua yang isteri keduanya mula demand, tak mahu berkongsi kasih sayang suami. Kononnya dia sayangkan si suami 100%, sedangkan suaminya 50-50 sahaja. Terus aku teringatkan fungsi hub dan switch dalam sistem rangkaian.

Kedua-dua hub dan switch mempunyai fungsi yang sama, tetapi kalau kelajuan penghantaran data itu adalah 100Mbps, bagi hub, kelajuan setiap node akan dibahagikan bergantung kepada jumlah node. Sedangkan switch tetap mengekalkan kelajuan 100Mbps bagi setiap node tanpa mengira berapa pun node/port nya.

Moral of the story, para suami patut mencontohi ciri switch ini, bukan sahaja kepada isteri2 mereka (if applicable), tetapi kalau pun tidak beristeri2, patut juga diaplikasikan kepada isteri, anak2, ibu bapa dan saudara.

0 komen: