Friday, 9 July 2010

Trafik Prit Prittt!!!


Tak tau apa motif tiupkan wisel tu. Mungkin pengaruh piala d0nia kot. Oh, mungkin juga pengaruh juara netball kot huhuhu. Tak abis lagi riak takabbur dan bongkak nih. Sikit jam je lagi nak abis aura melompat2 gembira ni sebab selepas jamuan ngan bos kelab tengahari nanti, semua orang pasti akan melupakan semua ini, sehinggalah 2 tahun lagi, time nak hangkut piala pusingan tu ke kejohanan seterusnya di mersing uhuk uhuk. Mesti sedih sebab kami bukan ct nurhalija yang senang2 je mengekalkan popularitinya. Tekanan juara bertahan kan ihihi.

Baik lah, motif sebenarnya nak bercerita tentang trafik ke blog ini. Huuuuuuuuuuuuu sedih lah! Sejak akhir2 ini, bilangan unique visitor telah berkurang sebanyak 50%. Sudden avalanche kekdahnya. Nak kata aku tak update, update. Cuma tidak lah tercapai satu sehari tu. Dua hari sekali la lebih kurang puratanya. Tapi, menengokkan keadaan sekarang, time aku update, macam time aku tak update dulu. Dan time tak update, macam time aku dah tutup blog je ropanya huhuhu.

Jadi, sebagai statistician tak bertauliah, aku pun membuat analisa berpandukan analytics nanang, f33djit traffic, sitemeter dan juga statcounter. Rajin lah pulak aku memonitor ek? Dan akhirnya, aku telah mendapat kesimpulan. Berikut adalah laporan analisa tersebut.

Daripada fidjit, aku mendapati bahawa bilangan yang tersesat melalui gugel atau yahu search telah berkurang. Mungkin kah aku kurang menulis tentang isu semasa? Selain itu, bilangan yang masuk secara direct adalah consistent. Ini mesti peminat setia huhuhu. Aku lah salah sorang daripadanya tu. Tapi, yang paling ketara ialah, bilangan yang 'arrive from blablabla.blogspot.com' adalah sangat berkurangan. Ini disokong oleh statistic referral pada nanang juga. Ini lah point utama entry ini sebenarnya.

Melalui kesemua statistik yang terkumpul dari pelbagai sumber itu, dapatlah aku simpulkan bahawa, pengurangan trafik ini berlaku akibat kurangnya visitor yang masuk melalui blog orang lain. Puncanya, tak ramai yang letak link aku dalam blog derang. Dan yang paling ketara sekali, blog yang ada link aku pula, dia sendiri dah lama tak update.

Ok, di sini aku mendapat lebih penjelasan daripada nanang di mana, referral yang dulunya merekodkan bilangan terbanyak mengelinkkan ke blog aku, kini mengalami kejatuhan mendadak. Mungkin orang lain tak tau, siapakah yang selalu menjadi pintu gerbang ke blog ini, tetapi aku tau. Yang menyedihkan, punca kejadian ini ialah kerana pintu gerbang itu sudah lama bersawang huuuuuuuu.

Ok, memang lah pintu gerbang itu dulunya adalah blog yang glemer. Ramai follower dan heavy juga trafik nya. Tapi, kalau pon ramai follower, tapi tak update, camno? Orang sekarang banyak bergantung kepada 'most recently update' status. Memang ada certain blog yang tak masuk senarai ini (biasanya duduk kat bawah senarai), tapi sentiasa update. Atau pun, dia update, tapi kat list tu tak naik ke atas sebab dia lupa nak tukar waktu publish selepas menyimpan entry as draft sebelumnya. Dalam kes ni, biasanya dalam hari yang sama, cuma waktu dia draft tu pagi, tapi dia publish petang, contohnya. So, kiter tak perasan. Itu pun jarang2. Tapi yang ini, memang komfem tak update. Tak boleh nak buat apa.

Aku tak salah kan sesiapa. Cuma aku tengah dok pikir, apa nak buat ek? Tak boleh la nak paksa orang update semata2 sebab ini, kan? Tapi, tak pe lah. Nak buat macamana kan? Aku ni bukannya rajin nak menonjol2kan diri mengomen kat blog orang supaya orang nampak link aku. Jadi, pasrah je lah. Ok, lega dah sebab dapat melepaskan perasaan di sini. Selamat beramal.


4 komen:

luna said...

pintu gerbang tu aku ke not.. *hehe perasannya aku


aku ada update not..cuma lum terbuka lagi pintunya...nak tunggu 10 entry camtu baru bukak hehehe..tp mmg betul,aku ada update..tunggu sattttt je lagi

not, ce ko wat entry ala2 'org tu' 'hari ni takde update apa' ataupun ko wat peraduan pastu ko bg hadiah hehehe

AyunasiA said...

eh, tak terpikir lak aku yg pintu gerbang tu ialah kau. :P *frankly speaking.

nak buat cenggitu kena lah aku cukup 2 syarat, 1) menggedik 2) beranak .

ada ke peserta peraduan??? hadiah jahit baju free ok x? hihi

Anonymous said...

saya masuk blog ayunasia melalui blog sya-like unto ...../maniszarif.lama sya tak update blognya.terus-terang nihhhhh.

AyunasiA said...

anon: 100 markah!