Ingat lagi entry aku membeli raket badminton? Alerrr yang sekali dengan kasut yang sedondon kaler maroon tu. Time piala th0mas tu. Yang aku gigih main pagi2 sabtu dan ahad tu. Ok, ingat la tu kot.
Kan aku cakap, aku terdorong membeli raket itu selepas diprovoke oleh pengerusi kelab. Katanya sukan staf dah dekat, takde player.
Masa tu, aku tak terpikir pon nak join the game. Ada pun aku sememangnya kaki bangku. Selain lembik. Masa sekolah dulu, tak pernah umur aku mewakili sesiapa dalam bidang sukan. Kalau takde sukantara, aku rasa, memang ler aku tak menyumbang apa2 kepada rumah. Itu pun, kalau sukantara tu acaranya lari 100 meter, aku tak lepas minimum masa yang ditetapkan. Jadi, dapatlah dibayangkan betapa lembik nyer aku huhuhu. Eh, cop cop. Tapi aku ada menyumbang point dalam lompat jauh. Itu je lah kot. Bab lompat jauh ni aku kuat sikit. Even atlit sekolah pon takleh lepas melompat kolam kat gunung ledang tu tau, tapi aku lepas ok. Kecik2 selalu lompat2 parit kat rumah wak sam - cik sardi hihihi.
Jadi, memikirkan stamina aku yang ado dan bakat pon takde, aku pon senyap2 je lah. Main pukul2 shuttlecock ngan encik hairul jek. Itu pun dah jarang2.
Tetiba, awal bulan 6 aritu, kapten pasukan netball call aku, ajak main bola. Aiyak? Aku? Boleh percaya ker? Last aku pegang bola netball tu ialah semasa form 3 ok. Perlawanan akhir aktiviti selepas pmr kelas falah lawan ikhlas. Itu pun sekejap je, tak menyumbang apa kot huhu.
Aku pon cakap kat kak jun, aku tak geti ler. Kang kalah, malu. Tapi dia cakap, alaaa kita main team la, bukan sensorang. Ermmm lama jugak aku pikir. Dengan rules nya pun aku dah lupa, stamina tah tak tau la kan. Dan yang paling aku bimbang, aku akan jadi punca kekalahan huhuhu. Negatif sungguh. Tapi, akhirnya, aku setuju untuk mencuba. Lantak lah. Kalau kalah, malu pon, ramai2 kot. Lagi pun, memang dah takde orang dah. Player2 lama ramai dah pindah. Yang ada, pregnant la pulak. Ada takde, yang baru2 ni je lah.
Dan pada 23 Jun 2010 (untuk rekod), aku turun training hakhakhak. Macam pelik pulak aku training sukan. Tapi, yang ado, 6-7 orang je. Masa ni student dah cuti. Sebelum tu derang ada la jugak training ngan student. Boleh la lawan2 kan. Ini, satu team pon semput nak cukup, nak training cemana? Belasah je lah. Main half court. Main baling2 bola. Yang bestnya, kami main indoor hehe. Nak lawan kat padang, tapi training kat dewan. Caner tuh? Yang penting, semangat! Ceh! Siap ada motto tuuu.
Kami sempat training 3 kali je. Itu pon mintak kebenaran ngan boss, main waktu opis, kul 3.30pm. Yang penting keje dah siap, katanya. Tapi, kalau nak kata main 3.30pm tu sebab nak masa yang panjang, tak jugak. Sebab kul 5pm, masing2 dah balik hehehe. Almaklum lah kan, pompuan. Kul 5 dah nak ambik anak, masak2. Jadi, serupa je lah ngan training kul 5pm.
Dan minggu lepas, aku cuti. Bukan aku sorang. Malah hampir semua pun cuti. Jadi, takde training di saat akhir. Pesanan kapten, kita belasah je nanti. Yang penting, semangat! Sekali lagi. Alah, kita tak harap apa2. Dah biasa jadi naib johan katanya. Memang tak pernah johan. Tapi, yang naib johan tu, player2 nya memang atlit2 di zaman sekolah. Ini? Berhenti berharap lerrr. Aku harap2, takde injured, dah cukup bersyukur dah. Stamina? Aku anggap tawaf pasar ct khadijah tu macam jogging la hehehe.
Balik2 je dari kb, aku cuti hari khamis. Jumaat tengahari, aku pergi opis untuk pergi ke kejohanan sukan itu. Oh, namanya kejohanan sukan staf ILJTM* wilayah selatan. Aku rasa macam bermimpi. Sampai di opis, dapat jersi2. Eh, syiok eh masuk sport nih? Banyak baju. Janji nya pukul 3pm, tapi, dah dekat2 kul 4pm baru bas jalan. Bas sikit punya besar, tapi yang naik ada la dalam seploh orang kot. Ramai yang pergi bawak kete sendiri.
On the way tu, bas singgah di rnr pag0h. Nampak van ilpmers!ng. Mesti ada kak n0rmah nih. Sampai2 je kat bukit katil, kena mengangkut beg ke asrama. Rehat2 sekejap, kul 9pm, dah mula acara dart. Kononnya kami nak keluar makan, sekali tersangkut kat game tu pulak. Dah ler tengahari tu aku tak makan nasik. Adoiii... Sibbaik ada member kasik pinjam kete. Dapat la aku kuar makan. Tapau sekali untuk derang. Balik dari makan, aku terus balik asrama, tido.
Sabtu pagi, masing2 bersiap2. Huhuhu jakun je rasa pakai jersi. On the way ke padang, jumpa kafe, kami sarapan dulu. Game start kul 9am. Kami pulak tu yang lawan dulu. On the way nak ke padang lagi, jumpa player badminton, "siah, nanti ko main ek, ngan pah. Aku dah bagi nama." Ha??? Giler ko. Aku tak geti lah. Nak main camner ni? "Kiter main team, kalau single ngan double laki menang, ko tak yah main pon takpe. Doa2 je lah kami menang," katanya. Tapi aku tak bawak raket. Hehehe sebenarnya aku sengaja tak bawak raket sebab takmo kena paksa main huhu. "Takpe, aku ada banyak." Cesss!!!
Pastu, aku pun turun lah ke padang netball. Sekarang ni memang musim hujan, padang adalah lumpur. Alerrr takde padang baik sikit ker? Tiang gol pon jenis pacak, takleh alih2. Padang bola sepak ok pulak rumput penuh.
Game pertama, kami lawan @tecmelaka. Tengok badan masing2, mak aiii kami ni semua kerempeng2. Derang semua bagak2. Sibbaik ada reserve sorang centre. Oh, lupa nak cakap, aku jadi centre uolsss hehehe. Sepatutnya centre ni kena lah yang ligat2, lari laju kan? Tapi, dah takde orang lain, terima je lah aku seadanya hahaha. Reserve tu pon sama gak la cam aku, last main masa form 3 hakhakhak. Yang penting apa? Bukan kerjasama. Kali ni, semangat!
Game ni aku main penuh. Ala, 10-3-10 minit je. Tapi, aku adalah semput huhuhu. Bukan la semput yang macam sesak napas tu. Tetapi, hongeh. Pulak tu, centre dia ganas giler. Main langgar2 tolak2 je. Dah ler badan dia besar. Aku pulak, lemah lembut je. Tak kosser aku nak lari laju2. Takut jatuh. Tengok je lah padang tu. Usah ler ko nak ligat2 sangat. Tangkap bola pon tak digalakkan melompat sebab confirm akan jatuh. Kawan2 aku semua tergolek2 dalam lumpur tu. First half, aku mencatat rekod 'tanpa jatuh'. Kira bersih la lagi.
Masuk second half, aku kena tolak dan jatuh. Adoi! Korang ni, main macam sukan 0limpik la. Beriya2 nak menang. Lek arrr. Kami yang kununnya nak main slow pon terikut2 dengan rentak derang yang pantas itu. Tapi aku, still dengan lemah gemalai ku. Oh, sebelum main tu, aku dah cakap, aku rasa, aku akan pegang bola tu sekali je lah kot. Masa nak mula (itu pun sebab gilir2, kan). Pastu, mesti derang takmo kasi bola kat aku huhuhu. Memang betul pon hahaha. Sepanjang 1 game tu, sekali je aku dapat bola selepas mula. 2 kali sebenarnya, tapi yang first tu terlepas kehkehkeh. Bola licin lorrr. Kan aku dah kata, aku tak menyumbang apa2 pon. Tapi, setiap perjalanan yang jauh, bermula dari langkah pertama, kan? Kiranya, balingan pertama dan terakhir ku itu adalah penyumbang kejayaan jua. Kami menang 3-2 hehehe. Aku dah saspen sebab ingat 2-2. Sekali tengok derang lompat2 suka, oh, menang ek? Hihihi.
Second game, kami lawan ilpled@ng. Ngeri2. Aku rasa semua team pun memiliki centre yang ganas dan berani. Berani la kan sebab boleh buat slide2 dalam lumpur tu. Tak takut jatuh seperti ku huhu. Tapi, aku tak main game ni sebab aku dah mengah. Sekali lagi, aku adalah lembik.
Eh, bukan sebab sekali main je aku dah lembik ok. Lepas menang yang pertama tu derang panggil aku main badminton pulak huahuahua. Mak aiii... bajet atlit serba boleh tuuu. Tidakkah kau merasa bangga? Ceh! Rentikan lah. Takde maknanya nak bangga kalau kalah besarrr. Tak fight langsung!
Gini citernya. Kan aku main double kan. Kan aku selalu main pukul2 je kan. Bererti, bila aku pukul ke belah sana, aku target, encik hairul akan sambut dan rally akan berlaku. Tak de berlatih nak matikan servis. Lagi lama rally, lagi aku suka. Ada, aku try smash, tapi susah sungguh nak jatuh menjunam. Asik laaa tinggi.
Jadi, kalau dah main pun pukul2 je, takde lah aku nak tau cemana peraturan permainan ke haper. Selalu tengok derang main double, ganti2 servis je ngan kawan kan. Tak lah aku tau kena silang2 gilir2 genap ganji ganjil genap. Apa tu? Tah, aku pun tak tau hahaha. Tiba2 je, tengah2 main, umpire tu suh tukar servis. Kenapa? Off court. Ha? Terpinga2 aku dan partner ku. Hampeh! Dia pun 2x5 jugak haha.
Rupa2nya, selain gilir2 ambik servis, masa servis tu pon kiter kena pindah2 court kiri dan kanan ek? Dan kiter kena hantar bulu tu menyilang court. Kalau kiter servis dari court kiri, kiter kena hantar ke court kiri lawan. Dan orang yang berada di court tesebut je yang boleh sambut bulu itu. Yang aku, main belasah servis kat satu court je, hantar pun ikut suka kat mana2. Masa terima servis pun, asal tercapai dek raket aku, aku main ambik je, padahal orang tu serve ke kawan aku huhu. Huru hara la jugak game itu. Siap umpire terangkan lagi cemana nak main. Tu pon still kompius lagik. Setiap kali nak serve, tanya, saper punya? Kat court mana? Sini? Sini?Lawak giler aku rasa. Hilang dah rasa malu sebab kami gelak2 jer. Team lain kemain lagi serius. Akhirnya kami kalah tebal. Tak tipis ok. Dah, banyak mata hilang kat kes2 di atas. Sori ch0ngwei, sebab memalukan sukan badminton negara :( .
Abis badminton, aku turun padang balik untuk lawan ledang. Tapi, aku dah tak larat. Bagus! Reserve plak main. Aku pulak dah turun dari ketujuhan pertama. Aku lak jadi reserve pasnih. Oh, lupa nak cerita format permainan. Kami bermain liga. Nasib baik, dalam group kami ada 3 team. Group lagi satu ada 4. Tak fair, kan? Tapi, ia memihak kepada kami. So, no comment.
Lawan ledang, kami menang lagi, 8-0. Sekaligus menjadikan kami juara kumpulan A. Caya tak caya? Caya lah. @tecmelaka pula naib juara. Kumpulan B pula, dijuarai juara bertahan, pasir gudang dan naib juaranya ialah selandar. Ya, selandar lah lawan kami pada peringkat semi final besok. Melihat pada selandar, kami tersandar. Boleh ker? Tapi, kami berpegang kepada motto. Yang penting, semangat! Sibbaik tak kena lawan pasir gudang, kan? Kalau kena, lagi terbongkang memikirkan cemana nak menang.
Habis peringkat saringan, kami balik asrama macam baru balik dari membajak sawah. Haaa satu lagi alasan kalah badminton tadi ialah, derang tak main campur2. Badminton, badminton je, netball, netball je dll. Kami, semuanya pulun. Yang itulah main netball, yang itu jugak main badminton, pingpong, dart. Yang laki pon sama. Satu orang, semua main. Eh, perlu ke bagi alasan nih?
Eh, sebelum balik asrama tu aku singgah badminton la. Derang suh lawan lagi. Main liga jugak. Aku pon dah nebes giler. Dalam hati, mintak2 la derang kalah, senang aku takyah lawan. Oh, lupa, sekali lagi. Yang mula2 tadi kami lawan bukit katil. Masa tu dah seri 1-1. Kiranya kami penentu lah. Harapan negara. Punah!
Kali kedua ni derang lawan mersing. Aku teringat tahun lepas masa sukan student, staff yang main untuk pompuan tu kawan aku. Alahaiii malunya nak lawan. Sekali, 2-2 pon kalah. Derang tanya, nak main tak. Demi semangat kesukanan jer. Tak kosser! Baik lah aku simpan tenaga.
Balik tu lalu kat kafe, lauk dah habis. Member yang dah balik dulu pun tak makan lagi. Lepas semua dah wangi, barulah masing2 sibuk, nak makan apa nih? Masing2 tak bawak kete. Yang ada kete, lelaki, takde pon ajak makan. Sudahnya, kami tertido dalam kelaparan. Sedih, tak? Kesian kak nab. Dia ada migrain. Lambat makan, alamatnya, tau2 je lah kan. Dekat2 pukul 4pm, barulah kami pegi makan. Tu pun selepas kitorang kecoh2 ngan pengerusi kelab. Memang lah derang dah kasi elaun makan. Tapi, kalau dah takde kenderaan, nak makan cemana?
Petang, lebih kurang pukul 6.30pm, kami pergi ke mahk0ta parad3 untuk game bowling pulak. Sampai2 tu, jalan2 dulu. Sempat lah menerai kerusi urut jintel. Best. 3 minit singgit, 15 minit rm5, seploh hengget, tak ingat berapa lama. Sebelum game start, aku yang tak main ni gi makan dulu. Balik, derang dah masuk 2nd game. Wah! Terror gak derang ni eh? Tapi, tak sangka pulak yang laki tak perform (lain macam pulak bunyinya huhu). Pompuan yang banyak bantu. Tapi, susah nak jumpa yang betul2 terror. Tak sampai 200 pon. Teringat dulu, encik hairul terror gak main bowling. Takat 200 tu memang biasa. Tapi, selepas eksiden tu, terus takleh main. Boleh, tapi tak seterror dulu la. Bola pon dia dah tak boleh leret sangat. Selalu terhempas je atas lane. Aku tau, wrist dia dah tak kuat sangat nak lepaskan bola dengan cara meleret. Tapi, sehempas2 dia, hampeh lagi aku huhuhu. Last time main aku rasa 50 je satu frame. Lupakan je lah.
Urut badan dulu
Balik dari bowling, kami singgah drive thru' mekdi kat mana tah, depan padang sebelah jasko lama tu. Majlis ke tu? Tapi, sampai asrama, semua terus tido. Tengok lah tu. Macamana nak main besok ni? Main bowling dah tentu lah sakit kaki tangan gak kan. Player harapan pulak tu yang main bowling. Redah je lah.
0 komen:
Post a Comment