Tema baju raya kami pada tahun ini kununnya hijau mint. Alaaa kan sekarang orang duk sibuk2 dengan kaler hijau mint ni kan. Tapi, adalah susah ok nak cari kain warna ni di pasaran. Sebab aku nak kaler yang lembut. Ada, jumpa kat jakel, tapi jenis fabriknya pulak aku tak berkenan. Ada tu pulak, dah berkenan fabrik, tapi regenya pulak tak berkenan hikhikhik. Bukan apa, kalau dah rege kain plus rege upah jahit je dah dekat 300, tak ke mahal tu? Tak eh? Tah, bagi aku mahal la. Tak biasa beli baju raya mahal2 ni. Kalau baju batik takpe hehe. Sudahnya, kita lupakan hal nak tempah baju melayu. Beli siap je besok2.
Maka, aku beli je baju aku dulu. Itu pun kira rezeki aku lah, boleh jumpa 2 helai baju kaler tu. Cuma tak mencapai tahap warna lembut la. Agak pekat di situ. Tapi boleh la. Asalkan tonanya sama. Dan bila sil tanya pasal tema baju raya, aku pun tak tau nak cakap macamana. Sehingga lah kami menonton tivi alhijrah. Haaa hijau alhijrah laaa... Boleh pulak. Dan selepas aku beli baju melayu encik suami itu hari, baru lah aku perasan bahawa warna tersebut juga boleh diberi nama hijau petr0nas. Ok, selesai masalah. Kiranya, warna ni sempena aku yang baru balik dari kursus di inst3p dan terjun ke dalam bidang OnG la. Nampak tak kaitannya?
(Tiba2 aku terpikir, kenapa aku kena terangkan tentang tema warna baju raya aku eh?)
|
Nak cerita jugak. Masa aku soping kat kedai kemboja itu ari, aku ternampak baju aku ni dipakaikan pada patung di kedai di mana aku membeli kainnya ini. Apa maknanya? Maknanya baju ni cantek la kan??? hihihi |
So, pada pagi hari raya, balik dari masjid, kami pun makan bersama2. Tahun ni aku rasa semuanya sedap2 belaka. Mungkin sebab tahun ni je aku sihat sepenuhnya pada hari raya. Selalu asik la demam, sakit tekak, selesema dan batuk di hari raya. Tak best langsung. Alhamdulillah... tahun ni aku jaga betul2 pemakanan dan aktiviti sebelum raya. Tak minum ais, tak minum air soya secara laju2, tak bekerja kuat sangat, tak terdedah kepada debu dan panas yang terlampau dan sebagainya. Dah lepas raya, hamek kaw! Balik kerja pun sempat singgah lagi coolblog kikiki. Eh, pearl tu dah komfem tak halal eh?
|
Seperti biasa, menu raya ialah ketupat/nasi impit, rendang daging, kari ayam, sayur lodeh dan sambal kacang. Ada tambahan, rendang hati lembu. |
Selepas solat raya, mereka pun pergi baraan. Tahun ni ramai yang tak ikut, termasuk lah encik suami. Rupanya, semua orang pun macam tu. Maka, tak ramai lah orang yang join baraan itu. Kira separuh dari biasa kot.
Sementara orang baraan sampai, kami pun menggoreng puri. Ada beberapa versi rupanya puri ni. Aritu dalam masterchefselebriti derang ada masak puri yang diuli dengan minyak sapi. Semalam pulak aku pegi beraya rumah jiran, dia buat roti puri, tapi macam jejemput ropa eh. Manis pula tu. Tapi puri versi mak ni lebih kurang versi masterchef la, cuma mak tak guna minyak sapi, cuma mintak masak jek. Tapi, semua anak2 mengaku bahawa sekuat mana kami mencuba, namun tak pernah dapat roti puri seperti roti puri mak. Tah, mak punya dah macam roti canai rasanya. Lembut, rangup. Kalau aku punya, macam epok2 jek rasa dia. Kembung dah kembung dah. Entah di mana silapnya. Air tangan mak la kot.
|
3 orang mengadap plus sorang lagi tukang leperkan. |
|
Aksi aku memasukkan tepung ke dalam kuali. Macam gaya menari tarian tudung saji time sekolah rendah dulu pulak. |
|
Fokus! Eh, tengok tu, warna baju sama dengan warna tong gas petr0nas! hihi |
|
Kalau diperhatikan, puri mak ada tekstur menggelembung kecik2 di permukaannya. Tu yang susah nak capai tu. |
|
Mari menghidang. |
|
Aku yang suruh buat gaya camtu huhuhu. |
|
Bila sampai je orang baraan, belum masuk pintu lagi dah kedengaran, "mak siti, nak makan puri!" Boleh? Derang pun dah tau, kalau tahun lepas roti canai, tahun ni mesti puri. |
Seterusnya sesi bermaafan dan bergambar. Tapi, takde gambar beramai2. Gambo ikut keluarga masing2 jek.
|
Suka sangat pakai sampin tentera tu. Aku dah pesan bawak sampin pepel sebab baju aku bunga pepel. Pun samping tentera ni jugak yang dibawaknya. Grrrrrrr |
|
Yayu & Najib |
|
Najib, Naim, NorYayu, Nadhirah dan Nurin (nak jugak semua N walau pun tak hihihi) |
|
Yeay! Dhirah pandai tengok kemre! |
|
Ok, yang kecik2 ni ialah gambar guna henfon. Kat henfon je terang. Masuk blog langsung pecah bila di-Xlarge-kan. Salah setting rupanya. |
|
Amir, Azam dan Eita. Alanis tengah tido. |
|
Hafiz, Nisak, Amin, KakAni, Syasya dan AbangEpet. |
|
Si bujang. |
|
Nampak berbeza baju cekak musang dengan teluk belanga. Hidup mati Johor! Tiba2. |
Akhir sekali, ialah kuih raya yang aku bawa balik iaitu kerepek JDT hehehe. Bukan nama sebenar. Sebenarnya ni kerepek pagoda je, cuma setiap kali pergi stadium tengok bola, aku akan bawak kerepek ni untuk dimakan ketika rehat separuh masa. Sila lah beli di sallehfoodsupplies! Sedap tau! Pedas2 gitu.
Belah petang baru lah kami balik semencu. Makanan raya dah habis. Maka tiadalah aku merasa ketupat rendang di sana. Ada derang hantar ke eto5, tapi, tah, dah banyak sangat orang hantar, tak tau yang mana satu dari semencu. Malamnya balik eto5 semula. Besok nak balik kampung. Lompat mula lagi!
2 komen:
slm syawal
puri tu makan mcm papedom tu ke?
hihihi makan macam roti canai la... dengan kari.
Post a Comment