AIDIL ADHA DI KOTA TINGGI
Kali ni, raya haji kami di Kota. Tahun lepas kat Kota gak tapi lebih kepada nak balik Mersing sebab ada korban ngan kenduri arwah sekali.
Pagi Jumaat, kena amik mak kat Parit Yusof dulu. Tak pagi jugak. Lepas kul 11 baru pegi. Sampai, ada ramai orang. Famili Kak Pah singgah situ. Langkah kanan. Derang dah siap masak. Tinggal makan jek. Mak dah siap2. Lepas makan, lebih kurang kul 12.45 pm, kami pun bergerak balik.
Sampai BP betul2 nak mula solat Jumaat. Singgah masjid besar, abang gi solat. Kami duk dalam kete, sebelah kilang Pau Pesta. Ada satu beca jual roti ngan jajan parking sebelah kete kitorang. Eh, kitorang yang parking sebelah dia. Tengah tunggu tu, ada la kucing yang usik2 roti. Ada satu roti tu, macam kena gigit. Aku ingat tokei tu sambil kayuh beskal, sambil cubit roti. Bila tokei tu balik, dia mengeluh la, kucing makan roti dia. La... aku ingat... Memang aku dah halau kucing yang panjat beca dia, tapi yang dah kena gigit tu memang sebelum kedatangan kami.
Abis abang solat Jumaat, kami meneruskan perjalanan. Kami tak solat dulu. Abang dah siap2 call balai polis Kluang ngan Kota. Jalan clear.
Sepanjang jalan, banyak lubang. Hujan yang berterusan dah merosakkan jalan. Kalau jalan malam ni, memang tak leh elak ler. Jalan siang pun, kalau dah besar lubang nya, nak elak ke mana lak kan.
Sampai Kota, singgah masjid kota. Kami solat pulak. Ada kesan orang yang dipindah kan waktu banjir. Lepas solat, konon nak singgah bandar, katanya ada lelong bagai. Sampai depan Kota Point, dah takleh lalu. Air pasang, so air naik semula. Tapi tak dalam sangat, sebab tak hujan. Try ikut jalan tepi Shell, pun ditutup. Satu hal pulak nak u turn dalam kesesakan. Masuk balik ikut post office. Ok, jalan clear. Yayu suh try tengok kat Kota Kecil, ada orang bagi2 baju. Gi tengok, non ado! Bayang baju pun tak de. Baju hanyut tengah jalan ada lah. Lalu kat nurseri dekat belakang Petronas tu, semua pokok bunga kertas mati. Pasu tergolek2. Padahal kalau lalu situ selalu admire ngan bunga kertas yang cantik2, macam tak pernah tak berbunga. Kami keluar dari bandar Kota, sambil meninjau2 kesan banjir di kedai2. Ada kedai hardware tu, tengah menjemur paku2 dan barang2 derang. Dah karat2 paku2 tu terendam dalam air beberapa hari. Bengkel kete pun jemur barang derang gak. Kalau benda yang boleh basuh cenggitu, tak kisah lah kan. Tak turun sangat pun nilai nya.
Sepanjang jalan Desaru, banyak tanah runtuh. Yang paling besar rasanya kat simpang AT5. Tu pun dah siap dialihkan tanah nya. Kat ’belakang’ pun ada tanah runtuh. Aku tau cite disebalik tanah runtuh ni. Masa aku kecik2 dulu, sekolah rendah la kot, orang blok aku ni, dah buat operasi mengambik batu penahan hakisan kat tebing2 jalan ni. Yang paling banyak, Pak Mail la. Sampai penuh laman derang. Bukan batu yang besar2 tu, yang sekarang derang bungkus ngan kawat tu. Ni macam simen kot, empat segi tepat, dalam 2x4 kaki besarnya. Yang rajin tu angkut banyak2 pakai motor. Abah ada ambik, tapi tak banyak kot. Tak sampai 10 kot. Rasanya ada lagi kalau tengok kat rumah2 semua.
Makanya, tebing jalan Desaru tu memang tak berapa tahan hakisan la. Masa dulu2 tu, derang bukan pikir tu semua. Sekarang baru dapat kesannya. Banyak tebing runtuh antara AT5 ngan Semenchu. Agaknya JKR tengok pun terkejut kot. Ye lah, mesti lah derang tahu dulu masa buat jalan tu dah di pasang batu bagai. Sekali runtuh, tengok non ado batu nya.
Sampai Semenchu, abah tengah baru nak mula menganyam ketupat. Malam tu, kami makan lauk kari ayam masakan Ila. Siap bertambah masing2. Malam tu jugak, tido agak lewat, menganyam ketupat. Yayu kata kat AT5 makan sup tulang. Sedapnya...
Esok paginya, aku pun tunjuk skill memasak puri. Hehehe sibbaik menjadik. Gemuk2 puri tu naik. Pas sarap, potong2 daging, ayam untuk masak raya. Tengahari, pergi AT5.
Sampai AT5, mak tengah masak ngan Along. Tolong sesikit. Masak sambal udang. Sedap banget. Along masak kek ’bodoh’. Sedap la pulak. Sekali ngadap je dah langsai. Makan tengahari sekali ngan Yayu ngan abah. Petang melepak je. Abang tido kat sofa. Petang abang kuar. Rupanya dia balik Semenchu. Tension jek. Entah apa2 entah perangai.
Malam masak rendang daging ngan kari ayam. Rupanya selama ni mak masak kari raya tu ayam tua. Patut sedap. Potong sayur lodeh, masak pagi. Makan malam lambat, lepas siap masak rendang ngan kari. Abang TP sampai dari Mersing lepas Isyak. Dia cite, Kak Ani mabuk lagi. Murah rezeki.
Pagi raya, biasa jek. Raya aji memang gini. Tak macam raya pose, sibuk nak beraya. Raya aji duk rumah jek. Abang balik masjid, kami makan reramai. Aku pulun lodeh abis2an. Tak nak kempunan cam raya pose aritu. Tengahari sebelum gi Semenchu pun aku pulun lagi sekali. Karang dah gi sana, komfem tak merasa..
Kat Semenchu lagi lah tak macam raya. Semua dah tukar baju biasa. Makan lagi. Kan betul. Kuah lodeh dah dicampur sekali cam raya ari tu.
Petang, lepas Asar, kami bertolak balik BP. Esok nak jalan jauh. Karang banyak lagi baju nak dibasuh. Kalau balik ari ni, sempat lah basuh baju seround dua. Singgah Kota jap, try tengok apa yang dilelong. Dah macam pasar lambak pulak. Siap ada peniaga air, burger, kebab. Masuk dalam kedai kain, takde apa pun yang murah. Sama jek. Orang macam ulat. Entah dari mana orang2 ni datang. Sesak. Tengok sekitar Kota, macam tak caya je tempat tu banjir.
Dari AT5 saing Yayu, dia nak balik Muo. Sampai Kota, dia jalan dulu. Maghrib kat Bandar Tenggara. Dekat nak sampai Kluang, ada satu kete ni potong belah kiri. Dengo dia cakap, macam ”dompet!” Tapi tengok, ada je dompet. Ke, pintu tak ketat? Jumpa Petronas, berenti, tengok apa benda yang tak kena. La... nombor plat kete dah takde. Terbang ke mana entah. Patut la masa kat rumah tadi aku macam nak suh abang tekan2 sket nombor plat tu. Lepas xcden ari tu, derang ganti plat yang tak di skru. Patut skru je lah kan. Dah kena ganti yang baru pulak esok.
Sampai tu aku terus on mesin basuh. Makan je apa yang dibawak dari Kota. Kendian kemas2 lagi benda yang nak dibawa esok dan tido. Sekian berakhirnya Hari Raya Aidil Adha kedua tahun ini.
72 RANCANGAN B
1 week ago
0 komen:
Post a Comment