Friday, 9 November 2007

Happy Diwali, Shah Rukh Khan!

Apa laaa nak jadik aku ni kan. Dah derang tak block blogger, tak mo plak update hari2. Karang derang dah block, baru sibuk nak suh Yayu update kan.

Cuti Deepavali yang tak disangkakan. Boleh la aku katakan begitu ngan cuti diwali nih. Aku dah tune diwali ni 11hb, tup tup, 8hb la pulak. Tah kalendar tahun biler tah yang aku tengok tuh. Aku tau tu pun masa aku nampak sorang student india nih nak balik kampung ari Isnin arituh. Sibbaik aku tak ponteng kelas tu, kalo tak, harus aku tak balik cuti semalam.

So, ari Rabu lepas keje, aku terus balik. Masa tunggu punch card tu, cik Supaat tegur, dia baru tau Yayu tu kakak aku. Dulu dia kat ADT*CBP. Anak dia pulak, sekolah kat sekolah Arab, kenal la ngan abang Epet. Gitu lah.

Lepas Isyak, abang gi Marhaban. Aku, bakar ayam lebih aritu. Terhangus la pulak kuah dia. Tapi masih bleh makan lagi ayamnya.

Cuti ari Khamis, kami gi bandar. Mulanya konon nak makan jek. Nak try pizza mexican tuuu kat Bukit Pasir. Tetiba, lalu depan beriani super, terus tak jadik makan pizza. Dah takde beriani biasa kat situ. Tinggal gam jek. Sedappp nyerrr kambinggg...

Pas makan, plannya nak gi urut kaki. Tapi, tah cemana, kami dua-dua lupa. Pegi bank masukkan duit roadtax, kendian gi BPM*ll. Lamaaaaaa sangat kat kedai buku. Last2 beli novel jek. Ngan register membership. Pastu masuk Pacific, beli stokin. Abang pon sambar slack satu. Cantiknyaaa baju oren tu… (nanti ayang belikan abang baju tu ek...) Pastu turun beli ayam sekor. Dah kemaruk bakar ayam la pulak.

Balik tu terus marinate ayam. Abang lak gi kenduri akikah. Makan sensorang je lahhh. Time orang dah kenyang, ada plak bontrot nyer. Semalam orang lapo, lenggang kangkung pulak. Malam ni marhaban rumah kami plak. Abang dah order satey, kami sediakan air je. Marhaban deret rumah kami, makan kat rumah last. Nyum nyum makan satey le kite malam nih. Chow!

0 komen: