Rezeki, kalau nak datang, dia boleh datang bergolek. Tiba-tiba, tau-tau je dah ada dalam tangan atau dalam akaun bank kite, kan? Aku mengaku, sejak minggu lepas, rezeki dalam bentuk uang, banyak yang terlepas ke tangan orang lain. Hasilnya, bentuk rezeki tu bertukar ke bentuk yang lebih besar lagi. Alhamdulillah. Awal minggu nih, aku tengok akaun kawanku, aiyooo sudah begitu kurang dan tak bleh nak joli la weekend nih. Tapi takpe, aku perabis kan duit tu pun bukan dengan berjoli, tapi untuk memperbaiki taraf hidup. Begitulah tersurat dan tersiratnya.
Cuti dah diluluskan minggu lepas. 28hb-30hb November. Tiket dah siap dibeli semalam. 27hb November, 5.30pm. Aku nak gi mana? Penang!!! Tunggu kedatangan ku okeh? Patutnya aku cuti dari hari Isnin lagi, maknanya cuti seminggu la. Tapi, aku sayang lak cuti ku itu. Tak kisah lah. Takat gi KL je, tak lah teringin sangat. Tu yang aku mintak cuti start dari hari Rabu je. So, 25hb November tu nanti, abang gi KL sensorang dulu. Pastu, ari Selasa petang aku naik bas dari sini gi KL. Sampai je KL, terus gi Penang. Gitu lah plannya. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. So, kami akan stay kat area Batu Feringghi. Takleh kasitau katne, karang kena kejar paparazzi lak. Huhuhu apa kesss.
Minggu lepas ari Rabu, pegawai JPK datang terjah. Terjah, tapi kasitau dulu, takde lah aku tergezut. Saspen gak menunggu dia datang tu. Janjinya kul 9.30am. Tapi kul 10.30am gak baru dia panggil. Kesimpulannya, takde e’apa pun. Cuma dah confirm la aku gi CI*ST 7hb Januari.
Dah.
Eh, lupa nak cite, sebab apa aku letak tajuk di atas tuh. Semalam, dengan jayanya, aku telah menjual saki-baki batik ku sebanyak 2 pasang. Memula aku check kat myfriend. Eh, eh, rasanya tinggal patploh hengget je, nape ada tige ratus lebih nih? Kenapa akak tu bayo tak cukup? Patut dekat2 patratus. Pastu aku tengok akaun bank lagi satu. Wahahahaha kat sini ropanya dia bayo. Rezeki, rezeki. Persoalannya, sape lak yang bagi dua ratus lebih tu kat dalam myfriend. Ooo claim exam aritu kot. Alhamdulillah. Kalo duit tetiba bertambah, takyah ler pertikaikan. Lain ler kalo tetiba duit tu menyusut, barulah kecoh2 kannn...
Sempena dapat duit claim exam tu, aku nak letak gambo frut tart yang aku order ngan kak Sya time nak exam tu arituh.
72 RANCANGAN B
1 week ago
4 komen:
Patutlah tangan kanan ni tetiba cam terbawa2 click ke block Ayu rupa-rupanya ada sebut nama kak sya. Terimakasih sebab order kuih aritu.. sempat gak melihat keta yg cantik..
asia tu kak sya : hehe memang sedap kuih tu. nanti saya duk shah alam 3 bulan, bleh la order lagi ek?
puas akak mencari.. disini rupanya dia..
nanti email atau sms akak yer.. dah tuko nombor ek?
asia to ayu : tak gi memana la kak, akak tu yang lama hilang. no pon masih sama.
Post a Comment