Syian dier… aku tak sabar tunggu setiap kali dia menang. Dia akan bertepuk sebelah tangan. Sebelah lagi guna raket dan terus pergi kepada coach dan memeluknya. Macam anak dan bapak. Aku suka tengok saat2 begitu. Sejak ermmm 2 atau 3 tahun yang lepas. Aku sangat suka saat dia kalahkan Lin Dan pada Terbuka Mesia tahun lepas. So sweet! Walaupun Mew Choo kalahkan No. 1 Dunia semalam, ianya tak semanis kemenangan dia kepada Lin Dan itu. Masa 2002, aku minat giler kat Hafiz Hashim. Dah lah hensem, juara All England plak tuh (2003). Tapi dia tak consistent. Sekejap je terer nya. Pastu dah senyap. Tau2 dah kawin. Ada la sekali dia menang beberapa minggu lepas, tapi dah tak heran dah. Sekarang nih, aku minat dia pulak. Kali ni bukan sebab dia hensem. Comel la dia! Tapi sebab dia terer, yeay!
Tapi semalam, dia tewas. Ini bukan pertama kali dia kalah. Dah banyak kali. Tengah tahun ni je, dah berkali-kali dia kalah. Tak masuk final pon dah banyak kali. Tengah tahun ni memang zaman gelap dia. Kalo tak silap, masa tu ada krisis kat bam dan coach dia ditukar sape tah. Tak lama, krisis pon selesai, dan dia kembali kepada coach asal. Akhir2 ni baru lah dia bangkit semula. Tu pon sejak open2 yang berturut2 nih. Next week Hong Kong Open plak.
Apa yang aku sedih sangat, bukan lah sebab dia kalah kepada Chun Lai. Dah selalu sangat dia kalah ngan mamat hensem tonjang nih. Tapi semalam, dia banyak dikecewakan oleh penjaga garisan dan umpire. Sampai satu masa tu, dia dah campak raket dan buat gaya, Owh! Tidak! gitu. Dah gaduh2 ngan umpire dah. 4 kali dia dibuli. Syian dier. Kalau ikut kan, sebelum kejadian pertama tuh, mata derang boleh dikatakan selang seli gitu. Maknanya dua2 ada peluang seimbang. Tak ler ketinggalan jauh. Biler jadik gitu, bukan sahaja dia terpaksa memberi mata kepada lawan, tetapi juga mental dia dah tak stabil. Nampak sangat dia dah hilang fokus. Aku lak yang macam nak nangis. Syian dia. Sabo ye Lee Chong Wei...
Monday, 26 November 2007
Wira Malaya ku
Hasil karya AyunasiA pada 10:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment