Ke mana aku pergi? Sebagaimana yang telah aku war-warkan aritu, aku telah pergi ke Penang. Penat dan tak puas bercuti. Itu lah kesimpulannya. Sebelum aku cerita pasal cuti-cuti mesia tersebut, baik lah aku cerita sikit pasal emas.
Iyer... emas yang orang pakai kat tangan, leher, jari, telinga dan lain2 bahagian badan tu lah. Apa kena mengenanya ngan aku? Adakah aku mengikuti perkembangan sukan c di korat? Tidak. Adakah aku baru membeli seutas rantai berloket berlian? Juga tidak. Adakah aku mendulang emas? Errr hampir2.
Actually, minggu yang kecoh pasal emas di Mersing aritu, semua sudut di opis ni bercerita pasal emas tersebut. Hari Isnin lagi, aku dah terdengar sok sek emas sok sek dulang. Gitu lah lebih kurang. Mula2 tu aku buat dek je. Tak kuasa lak aku nak ambik tau. Apatah lagi, aku bukan lah penggemar barang kemas. Orang kasik pon aku berani selamba tolak. Camne aku tak tolak, dah kalau orang itu adalah abang. Of course la abang akan guna duit dia untuk membeli tu kan. Tapi, oleh sebab aku memegang prinsip, duitku duitku jua, duitmu duitku jua, aku rela tak ber’rantai’ emas daripada mendapat sad ending pada hujung buku cerita abang. Hehehe, ada ke orang takmo barang kemas ek? Hihihi, boleh lah dikatakan, aku lebih mata duitan daripada mata emas. Huhuhu. Apa dah aku melalut nih tah.
Hari Selasa tu, makin galak derang bercerita. Sikit sebanyak aku dah faham dah jalan ceritanya. Tapi, still, aku tak ambik pot. Tak kose! Hari Rabu tiba, kawan aku dah plan nak joint the mendulang session itu. Aku? Lagi tak kose. Baik aku tengok CSI hihihi. Tapi, bile esok tu, Yayu, Eita dah start cucuk, ditambah pulak ngan kawan yang pergi malam semalam tu bawak balik emas sebesar taik mata, aku pon dengan paksa rela mengoffer diri nak joint the session Khamis malam Jumaat tuh. Khamis malam Jumaat? Gilo ko opo?
Makanya petang tu, balik je keje, aku bagitau Kak Nisak yang aku nak pinjam kuali dia. Wakakakak lawak je, tak pernah umur pinjam kuali tu, bagitau dia. Salu bile nak masak, guna je lah, dia dah kasik permission e’awal. Alkisahnya, dia langsung tak tau menahu cite pasal emas tu. Blur je. Ketinggalan flight sungguh. Makanya, bile aku cite kat dia, dia pon excited nak ngikot. Hihihi demi pengalaman, pakaian kotor, tidak mengapa. Gitu lah lebih kurang harapan kami dengan lawatan sambil belajar tersebut.
Nak dijadikkan cerita, masa balik petang tu, kawan yang nak pegi sekali tu dah cakap, dia ngantuk. Semalam balik kul 1am. Tak berbaloi lak tu, dapat nye sebeso taik mata, pergi tu bawak anak2, abis duit makan kat luar je. Aku pon masa dah kul 8pm tu, dah mamai sket. Harap2 gak tak jadik gi. Makanya kul 8.30pm tu, member tefon bagitau tak jadik pegi. Maka, lebur lah harapan aku nak gi mendulang emas. Maka takde lah gambo pendulang emas di waktu malam dalam ini entry. Okeh? Nak tengok kalu, carik sotkabo arituh. Sekian terima kasih.
Demikianlah cerita mendulang yang tak jadik. Dalam pada itu, abang Epet yang bermastautin di Mersing pon tahu pasal tu selepas Eita beritahu. Lerrr rumah dia takde estero, tak dapat tv3, mana nak tau cite. Sotkabo pon tak beli. So, minggu lepas baru abang Epet berpeluang pegi mendulang. Boleh tahan la dapat 7 ketul beso taik mata sehari. At least ’ada’.
Ok, cite pasal Penang plak. Ari Isnin lepas, aku tefon abang Epet, nak mintak tolong dia jemput aku ke bus stand. Bas kul 5.30pm, tak sempat kalo aku nak datang umah dia letak kete. Kena lah dia datang sini. So, ari Selasa tu, lepas mandi, salin baju, aku pon gi punch. Tengah punch tu, abang Epet tefon, on the way nih. Suspen gak, kot2 on the way tu baru kuar dari rumah? Tak ke tak sempat tu nanti? So, aku pun park kete kat kuarters dan tunggu kat tepi bengkel. Alamak... 5.15pm baru abang Epet sampai. Dengan kain pelikat? Wahahaha dia baru balik mendulang. Pre-occupied sangat, sampai tak sedar dah kul 5pm. Dia ingat Sri Pantai ke ILP ni 5 minit je. So, aku pon terus tefon kaunter bas, bagitau aku lambat sket. 5 minit je dia kasik. Dalam kete, aku asik tengok jam je. Tak leh laju plak tu sebab tayar botak plus jalan licin lepas ujan. Fuh! Sampai bus stand tepat kul 5.30pm. 5 minit kemudian, bas pon jalan.
Hujan lebat sepanjang jalan. Lori balak pon banyak. Makanya, tak sempat lah aku berjalan2 kat BCB Plaza. Sampai Kluang, 7.15pm. Turun bas, gi toilet, beli ati ngan pedal goreng plus kopok basah. Tukar bas ke KL pulak. Bas tadik gi Muar-Melaka. Sejuknyer dalam bas. Sibbaik pakai stokin ngan bawak track top. On the way, abang suh turun kat hentian Nilai je, sebab abang kat umah Ngah. Bagus gak. Bas berenti sekejap kat hentian Tangkak. Lepas exit Elite, aku pon bagitau driver untuk drop aku kat hentian Nilai. Waktu tu baru kul 10.30pm. Abang dah tunggu kat situ. Dari situ, kami terus ke utara melalui KL dan kuar tol Duta. Perjalanan lancar. Kami berenti sekali je kat Gunung Semanggol. Dah dekat sangat ngan exit Jawi.
Sampai umah Yayu dalam kul 2.30am gitu. Laju nyerrr... pas mandi, terus tidooo.
Orang Johor di Penang. Ni masa sampai umah Yayu. Ada 4 bijik sederet camnih.
Esok paginya, tak terus gerak. Kul 11am gitu, kami gi Parit Buntar. Niat asal nak gi Tabung Haji. Tapi terlajak ke kedai2 baju pulak. Yayu ikot gak tu. Macam tak keje je gayanya. Sedar2 dah dekat kul 1pm. So, kami terus lunch kat P. 1.45pm, balik semula dan siap2 nak gerak ke pulau. Lalu jalan biasa je. Sampai hotel around 3.30pm. Lepas abang register, terus check in. Best nyer lepak2 cenggini. Tak yah pikir nak gi keje. Tapi aku bawak nota gak, minggu ni ada exam. Tapi, bawak je lah. Bacanya tidak.
Tol jambatan Penang
Bilik kami. Dalam dia sumer cat kaler oren. Cantik.
Lepas Asar, kami keluar ke Komtar. Tak lah dekat, tapi tak jugak jauh. Sampai situ, terus cari pasar Chowrasta. Susah betul jalan one way nih. Memula park kat Komtar. Pastu pusing7 (sebut pusing 7 kali tau), akhirnya jumpa lah juga. Beli la sesikit jeruk. Tak bleh bebanyak, karang makan pon banyak, terus bungol otak aku. Dah lah nak exam nih. Pas beli2 tu, masuk Prangin Mall. Time tu dah Maghrib. Pusing8 carik kasut, tapi tak jumpa yang kenan. Aku rasa ada lebih 10 kedai kasut aku masuk. Last sekali dah kenan, takde saiz pulak. Selalu gitu. Nyampah!
Tengok penimbang tu. Percaya tak, lepas makan pasemboq, berat aku naik sekilo huhuhu
Kuar dari situ, kami gi cari Padang Kota. Pusing9, jumpa akhirnya. Saje nak try pasemboq kat situ. Tak pernah try kat memana pon. Balik tu kekenyangan macam ular. Jalan pon dah tak larat. So, lepas hirup udara laut sikit, kami pon balik. Tido duduk la cenggini.
Suka lah camni. Kalo buat kat rumah mesti best
Esok pagi, turun breakfast kat bawah. Aler... ingat abang ambik bilik sharing, rupanya single. So, aku sorang je lah yang makan. Abang makan conference punya breakfast. Ada perasmian pagi tu oleh, ketua menteri Penang. Pas sarap, aku pon naik atas untuk 24 marathon. Oh, lupa lak, balik dari Padang Kota malam tadik, kami sempat beli DVD 24 season 6 kat luar hotel. Yeay! Tapi bukak guna laptop, asik sangkut je. Sakit ati betul.
Jamban pon nak ambik gambo.
Tengahari, abang balik bawak kupon makan kawan dia yang tak jadik datang. Memang rezeki aku lah tu. So, kami pon turun lunch kat bawah. Tu pon dah lambat, dekat2 kul 3pm baru turun. Dah nak kemas pon. Tapi sempat la makan dengan kenyang.
Comel je gasing ni duk dalam frame
Dalam pada tu, time lunch tu, kami duduk ngan sorang mamat nih. Bile nampak aku je, dia terus cakap, macam kenal. Aku ngan blur2 nyer, pikir2, kat mana la kau kenal mamat nih. Nak kata sama U, dia grad UKM. Last2 dia tanya aku sekolah mana. Hah! Kat situ lah dia sekolah gak. Hahaha. Junior aku rupanya. Mana aku nak cam. Dulu dia kecik, kurus, pakai songkok dan aku dengar selalu dibuli. Sekarang, tengah buat PhD tu. Dasat mamat nih. Tak banyak yang dapat aku sembang ngan dia sebab aku kan low profile kat sekolah dulu. Tak kenal sangat junior2 nih. Takde kakak angkat, adik angkat. Tapi aku sedar la kewujudan dia.
Esok nak makan kat sana ek
Pas lunch, aku sambung marathon. Tu pon sakit ati je asik sangkut2. Petang tu, turun pantai, ronda2 je. Tengok orang naik para sailing, naik kuda, jet ski. Semua tu aku takkan naik, melainkan jet ski la aku rasa cam ok sket. Kalo suh aku terbang tu, bagi 1 juta baru aku pikir. Pikir tu tau, bukan naik lagi. Gayat wooo.
Malam, kami pergi dinner. Lambat tul nak makan. Minum je sampai terkencing2. Rasanya kul 10pm lebih baru makan. Alhamdulillah, kenyang sangat. Jumpa Farid, kawan UiTMCT. Pas abis makan (kami yang last sekali kuar untuk meja tu, dasar tekak gajah!) kami gi carik DVD lagi. Akhirnya beli 24 season 1 & 2 ngan Pirate of Carribean 3. Sonoknya! Tak sabar nak tengok. Sampai waktu nih, baru tengok 3 cd season 6. Bile nak abis da…
Balik bilik, takleh sambung marathon sebab abang lum siap power point untuk present esok petang. Pagi, aku malas nak turun sarapan. Abang pon tak singgah sarap. Tetiba kul 11am gitu, abang balik, bagitau dia dah abis present. Lerrr boleh lah balik cepat cenggitu. So, kul 12pm kami check out dan terus lunch. Sedap pulak lunch arini. Maybe sebab awal lagi dan tak perlu rushing.
Posing kat banner sebelum balik
Lepas lunch, abang gi solat Jumaat kat masjid berhampiran. Tak sedap pulak dah dengar khutbah, tapi tak pergi. Musafir, musafir jugak, kan? So, aku tunggu abang kat lobi sambil tengok 24 hehehe. Lepas tu kami pon meninggalkan batu Feringghi. Singgah isi minyak kat Petr*nas, aku solat kat situ. Pastu kami pergi carik Queen*bay Mall. Sesat lah jugak, sampai ke Bukit Jambul. Akhirnya jumpa jugak. Parking kat luar je RM1 sekali masuk. Masuk Jusc*, terus jumpa kasut dan terus beli. Pastu dah malas nak jalan lagi. Pusing2 lebih kurang, terus kuar.
Pra pelancaran Pesta Boria Belia di Queensbay Mall.
Nak buat macamana, kuar time orang opis balik. Jammed teruk la jugak menghala ke jambatan. Fenin!!! Tapi kami tak lalu jambatan. Pegi dah naik jambatan, balik kite naik feri lah pulak. Hehehe. Lepas je jambatan tu, terus lega. Tapi kat jeti pon jammed juga. Cuma taklah sefening kat jambatan tuh. Lepas masuk parking lot jeti, sempat lah aku gi berkameh sat. Yeay! Aku dah naik feri. Jakun plak.
Kelako je ayat dia. Jumpa ni tengah2 queue nak masuk jeti
Sampai jeti, park dulu, tunggu feri. Sempat ler nak ke tandas ke, beli jeruk ker
Pastikan lorong anda!
Mana datang orang ramai2 nih? Muat ke feri tu? Ingat feri cam feri gi Langkawi ker
Terus je, tau2 dah ada atas feri
Bye bye pulau!
Sampai Butterworth, terus gi Sg Dua. Yeay! Tak sesat. Untuk makluman bagi yang belum pernah sampai ke restoran mee udang itu, baik aku kasik clear picture cemana nak pegi situ. Jika anda dari Butterworth aka highway Bukit Assam (ke apa assam tah, lupa lak), anda perlu terus sahaja. Jangan kuar exit Jalan Sg Dua tuh. Kalo dari arah selatan Plus, kuar exit Sg Dua dan belok kanan, manakala dari utara belok kiri. Memula akan jumpa restoran char kuey tiow telur dibasuh. Memang sedap CKT di sini, tapi boleh diabaikan sekiranya niat asal anda adalah nak makan mee udang. Dari situ, terussssssss je sampai jumpa jambatan yang diwar-warkan itu. Memang takde jumpa jambatan selain yang itu sebelum tuh. Jadi memang takkan confuse. Jaraknya dari exit tadik, dalam 5km kot, tapi memang kurang dari 10km. Lepas je jambatan tu, terus lepas minyak, tekan brek, ambik bearing sikit, dan belok di simpang bersudut 225 darjah tersebut dan restoran itu telah berada di hadapan anda. Sebelum jambatan tu pon ada restoran mee udang gak, tapi yang lepas jambatan nih yang ada plak JJCM okeh?
Semangkuk mee udang. Ingat kan terlebih2, rupanya ala2 tak cukup plak hihi
Kami makan udang kertas 7 ekor. Dengan mee kuah. Sedap nyam nyam sekali. Lebih sedap kalau makan tanpa fikir, berapa kena caj nanti. Hehehe. Tapi oleh kerana kami dah makan free je sepanjang kat Pulau tu, so tak kisahlah mamak pasemboq tu tekan ke atau makcik mee udang ni tekan. Kira boleh cover la tu. Lepas kenyang, kami pon balik umah Yayu.
Tengok tu, sedapnyaaa.
Sampai rumah Yayu around 10pm gitu, tah tak perasan sangat. Yayu tido, aku pon sambung marathon bisu 24. Sebab apa bisu? Sebab remote control DVD player tu takde betri. So takleh on audio dia. Tapi sound effect ada plak. Bleh tau lah, time tumbuk2, sound effect je lebih. Habis dah cd 1 & 2 season 6.
Terowong Ipoh
Asbab jammed
Penambah jammed
Esok pagi, lepas sarap, siap2 nak balik. Yayu nak gi Zoo Tepeng. Memula nak ikut jugak. Sekali masa kat hiway, jalan jammed pulak. Terus tak jadik. So, kami terus balik. Singgah solat kat Tapah. Beli jambu. Singgah makan kat R&R Sg Buluh. Makan sate samuri. Sambil tengok semi final, Chong Wei masuk final hongkong open. Dari situ, dah takde berenti dah. Sampai rumah kul 7.30pm. Hiyargh! Keletup keletup (bunyik otot). Lepas sehati berdansa, kuar makan kat soto warisan. Takler power mana soto dia. Ok, itu je ceritanya. Dah sakit bahu nak menaip lagi. Chow!
Budak kenit yang nak pegi zoo
Balik lalu sini pulak
Lalu sini juga
Tuesday, 4 December 2007
Tak Puas Bercuti
Hasil karya AyunasiA pada 2:12 pm
Label: Cuti-cuti Mesia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment