Ada satu entry terpaksa diperap seketika untuk mendapat approval dari Encik Hairul. Semalam, aku kena jaga pekse atau bahasa omputihnya invigilate. Pagi aku jadi ketua, petang jadi orang biasa. Tengah2 jaga exam sambil berangan tuh, mata pon melilau la keliling kelas. Tetiba terpandang papan notis kat belakang kelas. Background kain kaler purple, gambo miki n mini mouse. Maklum ler... budak lepas sekolah. Langsung teringat papan notis kat belakang kelas masa sekolah2 dulu. Ada column2 untuk setiap subjek. Yang paling best part Pendidikan Seni. Lukisan yang dapat bintang, atau markah tinggi, akan ditampal kat situ. Aku nyer lukisan? Haram... tak pernah kena tampal. Langsung tak berseni ar tangan aku nih. Sekolah sekarang masih cenggitu tak? Tah pape yang aku pikir ni tah.
Semalam jugak, parent housemate ku telah kembali ke kampung nyer. Maka, malam tadi, aku berpeluang menonton 24 dengan aman. Tak juga aman, sebab kena berenti2 sebab kilat dan petir sabung menyabung. Almaklum lah, baca sotkabo arini pon dah cite pasal banjir. Kat sini takde la banjir, cuma pagi tadik nak masuk kete, kena la pijak air bertakung berlumpur sket. Cuma risau gak nak balik BP petang nih. Baca kat paper, ada jalan tutup on the way tuh. Tutup kepada kenderaan ringan. Agak2, AH tu ringan tak?
Berbalik kepada 24 tadik, setiap ari minggu nih, aku stay back tau. Bukan setakat tak dapat tengok spa Q, depan TV pon aku tak duduk, segan. So, petang2 tu aku bukak la DVD kat PC. Hahaha menyalahgunakan harta kerajaan. Abis, tulis blog ni tak salah guna? Erk...
So, malam tadik, abis dah aku tengok season 6 yang tengah tayang kat NTVtujuh ari Isnin tengah malam. Sape suh dia tukar waktu siaran. Aritu ari Jumaat kul 10.45pm, aku leh tengok lagi. Ni dah tengah malam buta, tak kose aku nak berjaga. Kesudahan cite nyer... uhuk uhuk Jack, you are my hero. Syian dia, kena pisah ngan Audrey. Bapak Audrey tu plak dah jadik ala2 cite Natasya la pulak. Dia bleh cakap gini,
“You are cursed, Jack. Everybody you touched, end up dead.”
Gitu la lebih kurang. Aku bukan geti beno nak menangkap dia cakap. Tapi lebih kurang gitu la. Tak ke sebijik cam si Tipah tu kan? Hihihi sape tiru sape ni ek?
Kesimpulannya, aku akan carik lagi DVD season 3, 4 & 5 untuk kenang-kenangan. Paling best season 3 la kot, sebab aku mula jatuh chenta ngan Jack ni time season tuh. Huhuhu. Ada sesape nak pegi Batu Feringghi? Bleh kirim tak? Entah, kenapa aku tak beli terus je aritu ek? Heee nyesal pulak. Bile plak nak tengok cite Hindustan om shanti om tu ek? Ada Shah Rukh Khan tuh. Dengarnya dia ada 6 packs sekarang kikiki. Baru lah betul. Sebelum ni, dia kan ala2 tak kurus tak gemuk tapi tak tough la body dia. Apa ke hey aku belek body dia plak ek?
Portfolio aku dah penuh. Tak muat lagi. Ada beberapa task lagi takleh masuk. Camno? Adakah aku terlebih terampil? Atau aku sangat skillful? Yang pasti aku tengah nervous nak final amali next week. Kawan lain sumer dah lepas amali, tinggal aku sorang je terkulat2 tunggu giliran. Jangan ler hujan petang Selasa tu nanti. Ada kang aku buat keje dalam hujan tu nanti. Demi pengalaman, pakai kotor tidak mengapa. Ada kaitan tak?
Friday, 7 December 2007
Jack Bauer My TV Hero
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
baru nak tanya tak kena banjir ke? ke ke ke... tgk majalah 3 cerita pasal mendulang emas teringat ada org tu nak pi mendulang sampai pinjam kuali orang ha ha ha.... ;) oklah tu mencuba rezeki kan kan kan?
alinlai: ces ces ces sampai sekarang tak rasa lagi camne perasaan mendulang emas.
harap2 tak kena la banjir, at least sampai raya aji nanti. tapi jalan dah banyak lobang, takleh drive lelaju dah.
jangan balik raya nanti banjir besar kat kota tinggi sudah la... tak pernah lagi raya aji di perantauan (macam la jauh bebeno hehe)
Post a Comment