Breaking news! Home loan kami dah approved. Aik? Bile masa pulak kami beli rumah? Itu lah kerja kami selama sebulan nih. Ngendap2 rumah depan nih. Memula kami tengok, ada 3 bijik je rumah yang tinggal, tu pon depan rumah sekarang nih. Apa kes nak ngadap mak cik gedik tu pulak kan. So, kami pon abaikan je, unless, ada rumah loan tak approve baris depan parit sana. Tak sampai seminggu, Mr Loh yang fofular seantero wira dan wira jaya nih tefon abang. Ada satu rumah loan tak approve, tapi kena cepat sebab panjang waiting list dia. Tak sangka pulak, kami di ranking pertama waiting list tersebut hihihi. Dia siap kasik tempoh sampai kul 12 tengahari hari Sabtu lagi. Hotspot tul rumah tuh. So, dalam seminggu tu jugak kami berfikir sebelum membuat keputusan. Orang kata, beli rumah ni kena gamble je. Pejam mata je. Akhirnya, selepas pikir panjang, kami pon booking itu rumah pada hari Sabtu 3 November 2007.
Kami dua2 lom confirm, takleh la nak buat loan gomen. Tokei tu boleh2 suh kami buat loan bank harimau. Seminggu dah boleh approve. Dan kami, boleh2 nak loan bank islam atau mana2 bank ngan islamic banking. Kata abang, kalo beli kete guna conventional loan, umpama beli kereta kebal untuk memerangi islam. Kalo beli umah pulak, lebih kurang gitu lah kot. So, hasil survey kami, bank islam menawarkan lebih reasonable rate la untuk islamic banking. Memang la mahal sikit, tapi at least kami melakukannya dengan jalan yang betul. Mudah-mudahan sejuk rumah tu nanti.
Lepas je booking rumah, kami terus terjah rumah yang sedang dibuat itu. Sign satu surat untuk robohkan bilik 4 dan naikkan dinding jadikan stor kecil. Luas sikit la dapur tu jadiknya. Ramai orang roboh je, tapi tak buat stor tu, lagi lah luas kan. Tapi, dah itu abang nyer rekues, aku ikut je lah. Tak lah dia sepah2 bilik 2 tu ngan gajet2 dia kan. So, lepas diskas2 ngan mas dakum, dia caj la skit sebab dinding dah naik. Kalau lum naik dia mintak upah ikat batu je. Ni kena kasik upah pecah batu pulak. Pecah lagi leceh tau! Tak kisah lah. Lagi pon, kalau buat tu time dah masuk rumah nanti, sayang pulak, dan of course lebih mahal berganda4. Reminder, loan tak apply lagi, tapi macam2 kami dah buat ekekek. Buatnya tak approve, padan muka aku. Berani mati nyer decision. Kendian, kami suh dia tebuk lubang ventilating fan sekali. Tu pun berbelah bagi nak tebuk kat mana. Last2 wat kat tengah ngadap lorong ke depan. Rasanya ok lah tu, sebab dari segi fiziknya aku rasa selain udara dapur, udara ruang tengah tu pon dia leh tarik sekali. Hihihi siap masuk bab fizik plak hujah aku nak meyakinkan abang time tu.
Hari yang sama jugak, kami bergegas ke kedai kontraktor elektrik, dekat ngan BPM*ll je. Sebelah kedai perabot fevret aku lak tu. Sempat ninjau2. Hihihi tu yang malu nak cite awal2 sebab takut loan tak approve, malu lak aku, dah siap ninjau perabot huhuhu. Kat situ, kami tambah beberapa point lampu, aerial, soket dan sebagainya. Nilainya, boleh lah tahan meriah. Baru bayo sikit je. Tak habis kat situ, piping pon nak kena tambah. Huhuhu. Bukan apa, aku ni kan kidal dalam certain2 hal seperti pegang span basuh pinggan. So, sinki dia kira terbalik la, tu yang kena pindah paip dapur tu supaya compatible ngan tukang basuh pinggan tuh. Kebetulan, rumah tu sama ngan rumah sewa sekarang. Kalau rumah sebelah tu kan mirror image, tak perlu la pindah sinki tu. Tah paham ke orang baca nih. Pastu pipe shower pon nak kena tarik dari main point sebab heater aku tu takde pump. Nilai tambahan paip tu pon boleh tahan meriah gak. Dah abis bayo pon.
Pastu kononnya nak terus tanam paip ekon terus sementara dia lum plaster lagi ni. Tapi pikir2 kontraktor nyer rate cam tak sehsuai, so tak jadik la. Lagi pon tak sempat dah nak pikir lebih panjang lagi sebab dah nak plaster sangat dinding tu. Tak pe lah.
So, Isnin 5 November 2007 tu juga abang uruskan pasal loan. Siap abang datang Mersing lagi ari Selasa tu nak mintak signature aku. Huhuhu. Hari yang sama gak aku contact HQ mintak surat confirmation. Tapi minggu depannya gak surat tu sampai. Camne pos ari Isnin, ari Selasa mingu depan baru sampai? Aku dah siap bengang2 ngan PPT tu sebab dia pakai pos biasa je. Takleh nak trace. Dah lah dia pos sekali slip gaji aku. Grrrr... kesimpulannya, application kami hanya complete 2 minggu selepas booking. Dan Isnin, 3 Disember 2007, balik dari Penang tu, loan pon approved. Sape cakap bank islam susah nak approve? Mr Loh je la yang cakap tu. Sebenonya dia cakap bank islam ni cerewet sikit. Lawyer pon tak mo loyer cine. Time abang gi bank tu, orang bank siap kasik contact lawyer kawan bukit perdana abang lagi. Tapi kami tak guna dialah sebab kalau dia tau abang beli rumah kat Parit Raja, mesti dia kecewa, sebab masa nak pindah aritu abang cakap, maybe nak beli rumah kat bukit perdana. O ala, yang jadi susahnya, abang dah ada loan kete, so, takleh guna nama abang sorang. Nak guna nama aku sorang, takut tak lepas sebab aku baru keje. So, kami guna nama bersama. Bagus jugak, aku pon rasa secure tak pepasal hihihi. Tapi, tu lah, nak sign agreement bagai nih, aku pon tak tau bile bleh balik week day. Ermmm…
So, satu projek dah berjaya. Belum selesai lagi la, tapi dah lepas la stage memohon tu. Sekarang nih, tiap minggu balik, mesti pegi rumah tu, tengok progress dia. Minggu lepas, dah siap tiles sumer. Tinggal nak cat je. Cepat sangat derang buat keje, sampai tak menyempat kami nak menambah banyak2 lagi.
Oh ya, rumah yang beso aku cite kan kat Senggarang tu pon ada satu loan tak approve, twin ngan rumah kawan abang. Serentak pulak tu ngan rumah ni punya offer. Tapi, dah bukan rezeki kami. Lagi pon, ingat, akan datang nak buat rumah sendiri. Rumah yang dibeli ni bleh sewa kan ker. Gitu lah plannya. So, no regret.
Dan minggu lepas, Sabtu pagi, kami dah pun sign surat offer loan tersebut. Agreement lak tunggu Fatimah Zahrah and co. call la. Seperti orang lain, kami pon dah berangan macam2. Lepas settle agreement sumer, nak apply kuarkan duit kwsp aku. Bukan banyak pon. Lagi pon, nanti confirm pon nak kuar kan jugak kan. Tak kisah lah. Tak usik akaun abang. Lagi pon bukan banyak pon duit dalam tu. Huhuhu kuarkan tak sampai 10k pon. Buat beli perabot baru je. Takde major renovation sebab rumah tu takde tanah lagi dah, memang dia bina sampai belakang. Oleh sebab dapur dah siap2 pecah (bilik 4 dah takde), tinggal nak pasang kitchen cabinet je lah. Kalau ada lebih sket, nak pasang cornice je. Time nak pindah nanti, tak payah la kami sewa lori lagi. Benda kecik leh naik AH. Yang beso lak, bleh je angkut gitu je, bukan jauh pon. Belakang rumah, depan rumah sekarang je. Errr tapi kena mintak tolong orang gak la sket. Mana la aku kuat nak angkat tilam ngan peti ais tu kan. Eh eh, rumah tak siap lagi. Tak yah pikir lagi.
Nampak beam kat belah kiri tu? Kat situ lah dinding bilik 4 yang kami pecah kan tu
Ni lah bilik stor yang asalnya pintu masuk ke bilik 4
Yang best nya seberang jalan rumah tu ada 60 kaki tanah lapang sebelum parit. Menurut kata pemaju, dia takde plan nak buat e’apa kat situ. Yang dia plan nak buat taman permainan kat sebelah rumah 2 tingkat kat umah kongsi tu. Maknanya, selain banyak ruang nak parking boleh la aku main badminton kat situ hehehe. Parit tu pon sehsuai untuk memancing. Ermmm boleh tambah hobi gak tu.
Senyum kambing
Kambing pon takut2 nak pegang
Beso rupanya kambing ni ek. Aku ingat kambing ni kecik je. Baka Jamnapari nih
Tuesday, 18 December 2007
Sidang Akhbar Hari Ini
Hasil karya AyunasiA pada 10:10 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment