Aku pernah dengar ayat ni masa kat bilik rehat pensyarah 2 tahun lalu,
" Awal nyer gaji bulan nih. Gaji 3 bulan lepas pon aku tak usik lagi. "
Sampai satu peringkat, hutang dah langsai, duit gaji pun dah tak tau nak buat apa. Semalam, gaji dah masuk. Dicepatkan sempena raya aji dan krismas. Hutang si kancil dah settle bulan lepas. Bulan ni, abang la pulak bayo AH. Kebetulan pulak, memang abang yang akan guna AH bermula tahun depan. Aku pakai, aku bayo, abang pakai, abang bayo. No, bukan itu peraturan sebenarnya. Abang yang dah janji nak sambung bayo lepas abis bayo kancil. Aku cuma kena bayo hutang PTPTPu je. Rasanya ada lah dalam 15k lagi balance nyer. Abang bagi cadangan, duit gaji aku sumer bayo PTPTPu kami. Cukup setahun, settle sumer. Ah, tak payah lah. Perjanjian kata 15 tahun, ada lagi 10 tahun, watpe susah2. Tu pon aku bayo double dari ansuran yang dijanjikan. Insya Allah, habis lah tu nanti.
Elaun rumah aku naik? Alhamdulillah. Walau pon RM40 aje, tapi lepas gak duit api air sebulan tuh. Terima kasih gomen! Apa nak beli bulan ni ek? Banyak betul benda yang aku beli bulan lepas. Ada beso, ada kecik. Ingat nak beli saham K lagi, sekalinya dah closed pulak. Kena tunggu tahun depan la nampaknya. Aiyakkk dah kul 12pm, takde idea pulak. Lapar dan mengantuk nih. so, chow cin cau!
Eh, sambung balik la. Dah lepas tido sekejap tadik baru la segar balik. Tadik aku makan nasik ayam. Sedap pulak dah lama tak makan nasik ayam. Kalau dulu2, dalam biodata aku, makanan kegemaran : nasi ayam. Pernah sekali kami berbuka puasa kat CM (kat bumbung tuh)tapi sampai situ lambat, so kedai yang ada nasik ayam sedap tu dah penuh, sanggup merajuk tu. Budus nye lah. Macam la kedai lain takde nasik ayam ek? Tapi memang kedai tu je yang sedap ikut tekak aku. Time kat Dungun plak, ada satu kedai nasik ayam kat depan RH* Bank. Dia bukak tengahari je. Asal rasa nak makan nasi ayam (selalu la maknanya, fevret katakan...), mesti aku gi situ. Selain tu dia jual mee sup ngan mee kari kalo tak silap. Satu lagi yang best kat situ ialah Lai Chi Kang dia. Kalo abang datang Dungun, aku salu bawak makan kat kedai ni lah.
Belah malam plak, sebelah kedai tu ada kedai makan gak. Yes! Satu-satunya kedai makan yang jual CKT kat Dungun. Memang sedap dan pure citarasa Penang nya. Kedai ni pulak boleh dikatakan kekerapannya sama gak la aku pergi ngan kedai nasi ayam tu tadi. Kekadang dah malas sangat masak, aku pegi selang sehari. Takmo nampak kerap sangat. Hihihi. Tak tau lah, tapi aku memang cannot resist la ngan CKT. Tapi masa aku pegi Dungun awal tahun ni, tengok dah tutup dah kedai tu. Sedey ar. Actually masa dia bukak kedai tu, dia ada letak iklan dia kat pigeon hole kitorang. Asalnya menu yang dia highlight kan tu is nasi beriani. Tapi aku tengok ada CKT, tu yang aku try CKT dulu. Pastu dalam seminggu kemudian, aku pegi lah belah siang nak makan beriani, sekali dia tutup sebab ada kematian. Aku suspect tukang masak beriani tu lah yang meninggal sebab lepas tu dia terus tak bukak siang sekaligus tak jual nasi beriani. Gitulah kekdahnya.
Adusss sakit tangan ku. Tadi aku bawak turun beg baju. Dah mula mengangkut balik segala benda. Next week, dari ari raya, sampai la hujung tahun, aku akan bercuti. Tak cuti2 mesia kali nih. 23hb ada wedding sepupu abang, so lepas raya terus balik Muo, merewang. Lepas tu sampai abis tahun, kami nak cuti2 parit raja jek. Iyer! Kami ambik cuti untuk berehat di rumah. Tak lah juga berehat kot. Maybe kena entertain family abang yang mungkin lepak umah kitorang dulu kot. Tak kisah lah. Tapi 28hb tu pulak, akan bermula lah sesi sakit pinggang aku memandu dari parit raja ke shah alam. Abang je lah yang penat sebab mulai 7hb aku akan berada di Shah Alam selama 3 bulan. So, setiap Jumaat malam atau Sabtu pagi, abang akan bertolak ke Shah Alam atau singgah di Nilai. Aku pulak, akan ikut abang ke Nilai selepas abis kelas abang, kira2 petang Sabtu tu lah. So, Ahad, aku balik Shah Alam, abang balik BP semula. Memikirkannya pon dah rasa penat, apatah lagi melaluinya. Tapi, macam tu lah kalau nak cari rezeki, kan? Bukannya senang. Tapi, time masih muda ni lah nak kerja keras pon. Dah berumur sok, lagi lah tak larat. Cuba tanya orang yang mendulang emas tu. Dengar macam best je, 1 gram RM72, tapi nak cecah ke 1 gram tu bukan senang.
Tengah aku meng upload gambo Penang tadik, tah apa yang aku tekan tah, terus ter sign out dari blogger. Sakit ati betul. Dah separuh jalan dah. Jap aku try semula. Kalau tak lepas, sorry kawan, malas dah aku nak ulang banyak2 kali.
Dua hari ni panas pulak. Sebab tu banyak pusat pemindahan banjir ditutup, especially Kluang dan Kota Tinggi. Berita baik untuk aku yang akan lalu Kluang sekejap lagi. Tu pon aku bangun pagi tengok ada basah2 sikit, hujan renyai je kot malam tadi. Yang best nyer, tido malam sungguhlah nyaman. Sejuk. Tapi, bila nak mandi... adoi lah sejuk giler. Pulak tu pepagi air slow, lama la sket duk bawah shower tu. Brrrrrrr
Friday, 14 December 2007
Cara Menghabiskan Duit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment