Sebelum membeli DVD player last week, aku telah menetapkan spesifikasi atau features player yang bakal kami beli. Antaranya :
- boleh main karaoke, maknanya ada 2 point mic untuk kami berduet lalala
- control panel yang lengkap supaya still boleh digunakan bila remote controller rosak atau tak rosak tapi betri kong
- boleh main cd pirate of carribean ( memang baru beli dvd ni, tapi maksud di sini ialah cd pirate hihihi)
Okeh, itulah yang kami ambil kira dalam proses membeli tu. Bila sampai kedai pulak, kami pun sebut lah ciri2 tersebut. Untuk ciri pertama tuh, ada 2-3 pilihan tapi cuma jenis yang kami beli ni je yang ada 2 point untuk mic. Yang lain satu jek. Ada jenis lain yang ada, tapi dia jual satu set ngan home theatre, maknanya memang sehsuai la untuk melalak. Tapi rege nya pulak, bleh beli dua bijik yang sekarang ni. Tak pon, ada dua point, tapi tak memenuhi ciri2 yang ke 2 dan ke 3 tuh.
Untuk yang kedua pulak, rasanya yang kami beli ni je ada complete button. Dan untuk yang ketiga tu, haaa ni yang aku nak cite nih. Sejak dahulu kala lagi, aku telah didedahkan dengan fakta bahawa DVD player jenama So*y tak boleh main cd pirate. Sebabnya, entah. Jadi memang jenama ni memang out of list la dari awal lagi. Kebetulan jugak, housmate aku punya memang jenama ni, dan aku memang setuju sebab ada cd 24 yang aku takleh bukak kat situ, tapi ok je bila bukak kat pc. See! Proven kan? Tapi sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan boleh atau tidak main cd pirate tu dipanggil sensitiviti. Kalau dia jenis sensitif, tu yang dia takleh baca cd pirate tuh.
Kisahnya, masa kami tanya salesman tu, dia cakap lah, sekarang punya player memang dah tak berapa sensitif sebabnya, dia ada satu feature yang di panggil DivX. Tengok la mana2 player sekarang, akan ada perkataan ni kat depan panel tu. Maknanya, selain boleh main cd pirate, dia juga boleh baca dari cd yang kite burn dari komputer. Gitu lah lebih kurang maksud nya.
Selain tuh, ada satu lagi feature yang terdapat pada player2 masa kini ialah HDPM (kot gitu lah, aku lupa, tapi depan dia memang huruf H la. H untuk hairul hihihi). Benda ni pulak maksudnya dia compatible dengan LCD projector. Jadik kalau nak buat pawagam sendiri kat rumah, atau beli untuk restoran tomyam dan seafood atau pon kedai mamak, sehsuai la beli yang ada feature nih. Siap dia kasik cable sambung ke projector lagi. Tapi aku tak beli yang ada ni sebab rege dia ada up sket.
So, demikian lah kisah mengenai DVD player versi 2007.
Apa cerita weekend lepas? Ermmm panjang ceritanya, tapi aku cerita yang pendek je dulu. Pagi Sabtu, kami keluar sarapan lontong garenti hit kat kompleks. Pastu kami pegi uni sebab ada urusan sikit kat sana. Selesai urusan, pegi makmal abang, pinjam laptop. Pastu bailk umah. See! Pendek je cerita.
Lepas Zuhur, kami keluar tanpa matlamat yang jitu. Fullamak, macam apa je kena ada matlamat yang jitu pulak nak kuar. Memula kami gi Summit. Makan M dulu. Dah kenyang, pegi kedai buku. Buku aritu dah abis baca satu, karang takde benda pulak nak baca. So, beli lagi satu. Kendian gi kedai kain jepun. Belek punya belek, terbeli 2 pasang. Hihihi kat rumah ada 5 pasang tak jahit2.
Pastu, sebelum kuar, sempat ganti betri jam. Huh! Susah tul hidup tanpa jam tangan. Bile la nak dapat jam baru ek? Jam ni abang bagi pada hari jadi ke 22. jam abang pulak aku kasik pada hari kejadian abang yang ke 22. Cumanya harga jam abang 2 kali ganda dari harga jam aku ni. Huhuhu ngelat. Beli masa tu, tapi bayar baru sekarang sebab baru sekarang kami bayo loan ptptpu wakakakakak. Tak senonos tul. Orang kasik pinjam duit wat beli buku, aku buat beli hadiah kat boifren plak. Sibbaik aku nak bayo, kan.
Abis ganti betri jam yang 8 hengget tu (kalo betri abang, 25 hengget tau! Eee mahal tul) konon nak keluar, tapi dah ter lalu kat area suar jeans plak. Abang pon terbeli lah suar jeans satu. Murah punyer jer, takde lah beli livais punyer.
Kuar dari Summit, hujan pulak. Redah je lah. Dah, kedekut duit parking, kena lah meredah hujan. Kendian, kami gi BPM*ll plak. Solat Asar dulu, kendian baru carik benda nak di shopping kan. Belek2 henbeg, belek2 baju, akhirnya beli 2 lai t-shirt. Sejak 2 tahun yang lalu, aku dah tak beli blouse lagi dah. Pakai t-shirt je, senang, takyah gosok2. Oh, lupa, kat Summit ada kedai blouse baru. Menarik gak pilihan kat situ.
Eh, lupa, masa kat Summit, kami beli sesuatu. Cuba teka. Salahhhhhhh. Benda itu ialah mikrofon. Hihihi. Semangat nak karaoke. Kalau dengan rege tu, gi K-box dapat nyanyi 15 lagu. Balik tu singgah mamak. Sebelum tu sempat beli vcd karaoke. Hihihi beli 2, seri balas ngan koleksi fotograf, may, ekamatra dan ukays. Balik sambung 24 pulak. Dah masuk season 2 dah. Best2.
Ari Ahad pagi, abang gi uni, ada penutup bengkel robocon. Kul 1pm baru abang balik. Aku plak dah standby nak gi uni sebab nak ambik kad kredit. Sekalinya dia kata takleh ambik arini, kena datang bank islam weekday. Tetiba dia tefon, suh datang pulak. So, kul 3pm, kami pon pegi dan dapatlah sekeping duit plastik. Sebetulnya derang datang situ sebab ada pendaftaran student oum. So, kira serampang 3 mata la ni. Lagi satu mata berlaku semalam. Takleh bagitau dulu.
Dah, gitu je cite weekend yang lepas. Semalam, selepas sekian lama tak berasap itu dapur, aku telah memasak sambal udang, kailan dan terubuk masin goreng. Sekian.
Monday, 17 December 2007
DVD Player Masa Kini
Hasil karya AyunasiA pada 9:11 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment