Apa kes! Dah bawak kemre, kabel lak tak bawak. Camne nak transfer? Dush dush dushum! Alamat nya basi lah gambar jom jalan-jalan tu nanti. Anyway, yang lepas, biarkan lepas.
Weekend nih sangat lah meletihkan. Letih marathon 24 sebenonya kihkihkih. Benarlah kata orang, kita selalu lupa menghargai benda yang ada depan mata. Bila dah hilang di mata, baru lah rasa rindu dan terasa kehilangannya. Gitu lah berlaku pada ku. Actually, selama nih DVD player kat rumah tu, adik ipar aku yang punya. Abang yang pinjam sejak 3 tahun lebih yang lalu. DVD tu dimenangi semasa lucky draw annual dinner kilang ape tah. Alkisah nak dijadikan cerita, time abang gi KL arituh, abang telah memulangkannya ke rumah Semenchu. So, cemana aku nak tau apa kesudahan kisah the longest day in my life oleh Jack Bauer? Nak tengok kat laptop/ PC, baik tak payah. Madaaang sangkut.
Makanya, tengahari Sabtu, kami pon keluar untuk menyelesaikan misi president Palmer assassination itu dengan menuju ke BP. Memula singgah kat factory outlet Claytan. Saje je nak tau, apa la yang ada kat situ agaknya. Pengaruh dari blog akak tu lah nih. Ok, dah tau dah. Puas ati aku. Cukup lah dah tau tukan. Bukan nak beli e’apa pon.
Pastu terus pegi BPM*ll. Tengok ATM kat depan P, offline. Pegi yang kat belah belakang Takas*ma plak, mak ai, panjangnyer. Aku ni kalau ikut kan memang dah serik kuarkan duit kat sini. Sebabnya, ramai sangat warga asing. Ramai tu tak kisah sangat, ni dia bleh beratur reramai, pastu time turn kawan dia, keromon reramai kat ATM. Pastu kalau kuar duit tu ok lagi, ni asik cucuk je, duitnya tak kuar jugak. Lepas sorang, sorang, sampai semua tu abis cucuk. Pastu ada sekali tu, aku tengah beratur, dia bleh selamba diri depan aku. Time tu depan aku ada 2 orang aweks sekampung dia. Dah lah tak mo tunggu giliran, yang tambah kan meluat tu, dia bleh sengih2 plak. Nak je aku dush dush dushum kat situ gak. Pa’kal je lelaki, aku takut sket la. Karang dia buat apa2 kang naya aku. So, nak dijadikan cerita, bila tiba je turn aku, mesin tu terus out of service. Wachaaa!!! Geram nyerrr. Penat aje. Dahlah time beratur tu pon aku dah sakit ati. Cite nya gini, ATM tu terletak kat depan kedai alat2 eksesais dan urutan Takas*ma. Tetiba, sedang aku melilau2 melihat gelagat orang, datang sekumpulan budak. Rasanya dalam umur 8-10 tahun gitu. Kecik2 je. Tak kisah la dia nak gi shopping complex kecik2 kan. Mak bapak dia kasik kot. Yang jadik masalahnya, dia bleh ramai2 panjat alat2 eksesais tu. Apa ke benda lah nama alat tu yang tempat jogging2 ngan kayuh2 tu. Apa ek??? Lupa lah. Ha benda tu lah. Ok lah, dia naik tu kayuh2 tak pe lagi. Ni dia boleh siap buat wili2 (camne tah ejaannya) lagi. Orang jaga kedai tu ada la tegur sekali and derang pon blah. Tapi tak lama tu dia datang balik. Eee aku plak yang over geram. Ok, dah, itu je kisah cucuk duit.
Sambil2 aku cucuk duit, abang tunggu kat kedai fofular. Lepas keciwa tak dapat kuar duit, aku pon naik ke kedai tu. Carik2 novel, jumpa 2 karya Abdul Rahim Awang. Aku memang suka tulisan dia. Takde lah jiwang karat sangat. Dia salu tulis cite kehidupan. Tak kisah lah novel tu dah lama, janji ada bahan bacaan aku lepas nih. Maklum ler, minggu ni la last aku menyudahkan SKM ku. Pagi tadi dah selesai satu amali. Petang nih ada satu, petang esok ada satu lagi. Lepas bayo buku, (best, dapat diskaun 15%) kami pergi kedai elektrik S*nQ. Saje nak survey rege DVD player. Pastu survey kat Pa*ific plak. Pas tu kami pon keluar. Oh, sebelum tu, kami shopping barang dapur sikit. Sikit sangat, tak penuh bakul pon, tapi regenya mencecah RM70. Zaman sekarang, troli penuh bleh cecah 3-4 ratus. Oleh sebab duit tak dapat kuar, terpaksa lah gesek biola. Lepas aje bayo, seperti biasa, bila beli barang sikit, aku akan check resit. Lenkali, beli banyak pon kena check okeh? Memula dia scan dua kali krim olay tuh. Pastu dia cancel. Tapi, camne pilfresh tu bleh jadik RM7.70? Kemain lagi mahal??? Masa ambik tadik memang dah tengok RM6.30. Tu pon kira mahal la, kalo nak banding rege offer arituh RM5.90. Tapi tak kisah lagi, masih underbudget. Tapi ni dah over banget. Beza RM1.40 tuh... So, kami pon suh dia check. Huhahuha kami memang betul. Pas settle, kami terus blah. Sampai kete, tengok2, laaa tak ambik pulak pilfresh tu tadik kat kaunter. Patah balik, dia dah simpan bawah meja dia dah. Tengok dia tampal kat plastic tu, ‘customer melayu’. Senang la nanti kalo jadik cam Yayu aritu, leh kenal sape punya barang.
Pas selesai kat situ, kami gi survey lagi kat K4 plak. Tak menarik. Kami terus gi pusat bandar. Gi survey kat H*L, ok, dah ada yang kenan. Tapi tak beli dulu, nak tengok harga kat hoeheng plak. Konon pastu nak gi S*ngHeng plak, tengok2 dah tutup/pindah plak. Tah ke mana tah dia pegi. Pastu pegi hoeheng, tengok brand yang dah kenan tadik, lagi mahal banyak! So, kami pon patah balik ke H*L dan terus beli.
Opsss lepas pegi H*L kali pertama tu, kami singgah ke satu ekspo PKS kat dewan Jubli Intan. Best nyer, banyak gerai2. Pegi kat satu booth kambing. Hihihi memang kambing la aku nih, Siap posing2 ngan kambing lagi. Gambo senyum kambing pon aku ambik. Minggu depan lah aku letak gambo nyer. Akhirnya, beli jajan miow2 jek. Kilang dia kat jalan nak ke Parit Yaani, salu lalu kalo nak gi hiway Yong Peng.
Abis membeli DVD player, pegi masjid lama. Asar dan Maghrib terus kat situ. Lepas Maghrib, kami pegi makan sup Sitam. Nyam nyam sedap nya kambing. Kambing lagi! Dah lama dah tak pegi situ. Masih sedap seperti selalu. Minggu lepas abang ada gi situ sensorang. Budak waiter tu tegur, ’sorang je?’. Kali ni, dia tegur lagi, ’arinih berdua’. Jumpa gak kawan abang kat situ. Macam familiar je muka pempuan tuh? Laaa... rupanya dia customer aku, patut la cam kenal hihihi. ’Couple induksi’.
Pas makan, balik singgah beli keropok lekor kat pasar malam. Balik terus goreng sambil erk erk erk tengok 24. Eh, tengok majalah tige dulu. Hihihi cite mendulang emas rupanya. Sehati berdansa pon tak tengok sangat.
Semalam plak, dari pagi ke petang, petang ke malam, tak abis2 pon satu season. Kata 24 jam? Nape 24 jam tak abis2 ek? Dah, asik berenti2 je. Masak la, makan la, kemas rumah la, tido la. Kesimpulannya, season 1, Jack lum terror lagi. Lambat je aku rasa. Sekarang, sampai sakit2 perut ngeri pulak aku tengok season 6 tuh. Arini aku nak try abiskan season 1. Huargh!!! Tak sedo diri tol.
Pagi tadik, aku balik Mersing cam biasa. Tiba dekat2 sebelum penjara, baru aku teringat, minyak abisss!!! Terus aku brek dan berenti kat tepi dan u turn. Sibbaik 2km je dari stesen minyak terakhir, C*ltex. Fuh! Leganyer... Sorry bang, isi minyak selain Pet*onas. Sibbaik bawak duit. Kalo last week, aku ada RM30 je, tak ke naya. Oleh sebab terpaksa berenti isi minyak, terpaksa la aku tekan minyak kuat sikit. Sampai ILP kul 7.50am. Pergh! Sibbaik tak banyak lori. Time nak u turn tu aku dah pikir amali aku je. Hihihi sempat sangat. Ok, itu je. Cau cin cau.
Monday, 10 December 2007
24, DVD, Sup, Kambing, Minyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
movie marathon ni... sempena sukan SEA ka? ke ke ke....
sempena ulang tahun sultan selangor, bleh? tah apa kaitan tah
Post a Comment