Aku seorang spy. Siapa percaya? Tak perlu percaya kerana aku pun tak percaya. Itu lah yang aku pegang sebelum diarahkan membuat attachment di sini. Seringkali juga aku dengar diorang meng’censor’ kata2 mereka dari didengar oleh ku, takut aku pecah rahsia kat boss aku nanti. Tapi aku buat tak tau sebab aku tak rasa aku bertindak sebagai spy kepada boss aku. Sehingga lah ke hujung2 masa aku kat sini, aku masih begitu. Tapi, semalam...
Sebelum aku cerita pasal semalam, baik lah aku jelaskan serba sedikit, nature of business jabatan aku dan kaitannya dengan kes semalam. Secara umum nya, kami bertindak sebagai pemantau. Kami memberi tauliah kepada pusat2 latihan yang ingin melakukan kursus kemahiran, samada awam atau swasta. Contoh awam tu seperti ILP dan ADTEC. Swasta plak, susah aku nak bagi contoh, banyak sangat. Janji kalau nampak kat bangunan tu ada tulis, Pusat Bertauliah JPK/MLVK, jabatan kami lah yang memberi pentauliahan tersebut.
Selain tu, kami juga mengeluarkan sijil kepada semua mereka yang tamat latihan. Ya, pusat latihan tersebut tidak mengeluarkan sijil sendiri. Mereka mesti memohon dari kami. Tak habis disitu, kami juga mengeluarkan kurikulum latihan. Bermakna, semua pusat latihan mesti mengikut silibus yang telah ditetapkan.
Aku ke sini untuk mendapat latihan, sama seperti pelatih2 lain di institut ini. Tugas mengajar yang diberikan hanya lah mengikut budi bicara pengarah di sini. In fact, kebanyakan kawan2 seperjuangan aku tak langsung diarahkan mengajar, sebaliknya concentrate mengikuti latihan. Tapi aku tak perlu masuk kelas, duduk mendengar lecture. Buat assignment, amali dan ujian. Dan itu lah yang aku lakukan semalam. Menduduki final exam. Exam amali. Tak duduk, tapi berdiri.
Semalam aku dikehendaki membuat straight jointing atas tiang. Siapa yang kerja telekom maybe tahu apa ke benda jointing tuh. No, aku tak perlu panjat tiang. Untuk latihan, tiang dibina kontot setinggi bahu aku je. Giler apa nak panjat bebetul? Actually, aku belajo buat mende tu masa kursus yang aku ikuti minggu2 pertama aku ke sini. Kira aku datang sini langkah kanan yang tersadung lah. Tersadung sebab abang jatuh aritu lah. Langkah kanan sebab kursus tu merangkumi hampir 50% daripada keperluan aku di sini. Maknanya, aku tak perlu attend kelas yang 50% tuh. In fact, pengajar pon belajo benda yang dia kena ajar tu, time kursus tu lah. So, tahap pengetahuan dia lebih kurang sama je lah ngan aku sebenonya. Cuma, skill dia lebih la sket kot sebab lelaki kan, dia lah yang panjat tiang tu, pasang aksesori sumer.
Ok, berbalik pada semalam, aku buat ujian tu berempat, 3 lagi adalah student. Student diajar oleh pengajar, sementara aku dan pengajar diajar oleh pensyarah kursus. Sepatutnya ilmunya sama lah kan? Tapi ia tidak berlaku semalam.
Sebelah pagi, aku tengok je satu group ni buat amali, aku nyer belah petang. Ala, bukan aku nak tiru pon. Amali ni, walau soalan bocor pun, kalau takleh buat, tetap takleh buat. Hands-on kan. So, pagi tu aku tengok, derang buat lain dari yang aku akan buat. Erm... kot2 derang lupa kot sebab derang belajo tu sebelum pose aritu. Dah lama kan. Tak kisah lah.
Tiba turn aku belah petang, mulanya smooth je. Tiba part nak joint cable, berlaku perselisihan faham. Aku nak buat cara aku sebab aku belajo gitu dan aku confirm, nota pon tulis cenggitu. Tak mungkin aku silap sebab masa kursus aritu, aku dan yang pempuan2 yang buat kerja tu, yang lelaki buat kerja yang ganas2 sket. Student bertiga sebulat suara dengan fahaman derang. In fact, group lain sefahaman sebab derang belajar ngan pengajar yang sama. Aku sorang je, cemana aku nak menang? Nak ikut fahaman derang, aku takut salah sebab memang salah. Aku sangat yakin. Kalau ikut fahaman aku, 3 orang student tu dah takut fail. Derang mestilah rasa takkan lah aku bleh salah, tapi derang belajo lain. Tanya pengajar, dia pon lain fahaman dari aku. Pot pet pot pet, buang masa tul la bebudak ni. Last2 kami proceed dengan cara aku, walau pon aku tengok derang cam berat ati je sebab yang menilai tu nanti, pengajar tu jugak. Aku plak, bagi jaminan, aku akan tunjuk bukti kebenaran tu nanti (kalau derang still tak puas ati la). Gedebuk gedebak, akhirnya kami menyiapkan kerja tersebut sebagai yang pertama antara 4 group tuh.
Sementara tu, tengah kami buat benda tu, di pihak pengawas exam dan pengajar nih aku dengar ada sebut2 nama aku. Derang ni mesti cakap pasal benda tu tadik nih. Lantak la. Berani kerana benar.
Lepas abis, aku pon balik ke opis. Aku jumpa KB dan sorang lagi pengajar dan tanya pasal benda tu. Dan mereka semua setuju ngan aku. Derang pon faham sama cam aku. Tapi bila aku tanya kat pengawas dan penilai luaran tadi, dia cakap, cara aku tu betul, tapi kalau nak buat cenggitu, alamat sampai esok la baru siap dan tak siap2 la orang telekom buat kerja tu. Camne aku boleh siap tak tunggu esok pon? Sebab? Sebab yang aku buat tu proper sangat. Kena teliti dan memang cantik la. What? Abis yang derang yang lain tu buat betul la? Betul gak, kata dia. What??? Apa nih? We talk about training. About standard procedure. Kalau dari pusat latihan lagi derang dah tak dilatih untuk ikut standard, camne kalau derang dah kerja sok? Katakan derang keje kontraktor telekom, pastu bila buat kerja jointing tu, derang ikut cara derang tu. Memang lah kabel tu tetap bersambung. Aku tak nafikan. Dan talian tetap akan complete. Tapi, still, tak ikut standard. Apa ni? Ini ke student yang akan jabatan aku bagi sijil SKM tahap 2 nanti? Pastu katakan dia sambung tahap 3, 4 dan 5, kemudian dia jadi pengajar pulak. Apa akan jadik?
Agak2 lesen derang akan ditarik bali tak kalo aku adukan kat boss aku? Huhuhu kejam nyer aku. Takde lah sampai ke situ. Tapi memang aku tak puas ati. Help!!!
Dan, tiba2 aku terasa aku nak jadik spy.
Wednesday, 12 December 2007
I Spy
Hasil karya AyunasiA pada 9:37 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Mungkin kedua-dua cara boleh guna. Standard tak semestinya satu cara sahaja.
tok rimau : no lah... lagi pon ni bukan standard 'cara melakukan', tapi standard 'peraturan'. contohnya, kalau peraturan kawad kata berbaris dalam 3 barisan, mesti ada 3 barisan, tak kira lah berapa ramai dan berapa panjang pon, janji ada 3 barisan tak boleh lah beratur dalam 1 barisan ke 2 barisan ke kan. ni dia buat, dalam keadaan masa yang terhad, boleh je berbaris dalam 1 barisan. yang sedey nyer, derang ni tak tau pon apa peraturan yang sebenarnya.
waktu latihan gini lah patut ajar benda yang betul. yang ikut buku. da keje sok, nak buat cara sendiri, dia punya pasal.
Post a Comment