Lepas baca entry2 kakak2 ini, ini dan ini, aku rasa terpanggil untuk tompang sekaki sket. Walau pun masing2 punya cerita dan latar belakang berbeza, tapi kami ada satu persamaan yang tak payah lah aku terangkan berulang kali kat sini.
Ini pendirian aku. Pendirian aku tetap sama. Cuba bayangkan anda tak bekerja tetapi mempunyai anak yang ramai. Atau anda bekerja, tapi gaji cukup makan dan anak ramai. Atau apa pun pendapatan anda, yang penting anak ramai. Ok, tak yah ramai pon takpe, anak sorang pon cukup lah. Apa perasaan anda bile dengar kawan anda atau sesape la yang anda kenal atau tak kenal yang takde anak, baru beli kete? Katakan dia baru beli Honda Civic la (aku nak kete ni laaa!!!). Apa reaksi anda? Adakah anda cakap begini:
- Alhamdulillah... murah rezeki dia. best nyer, dia beli kete baru, bleh aku tumpang sekaki dua (bagusnya kawan ni... jeles pon tidak)
- ermmm kete baru? boleh la... anak takde, duit tak tau nak buat apa. tengok la nanti dah ada anak, ikat perut ler nak bayo kete tu nanti. tah2 tolak kedai 2nd hand je
- alahai... bile la aku nak merasa naik kete tu. tu baru naik, beli apatah lagi.
- eleh... aku pun bleh beli cam dia gak, lagi beso pon mampu (apa tunggu lagi? pi lah order cepat? tak cukup duit down payment ke?)
- eee nape dia beli kete beso2 gitu? bukan nak bawak sesape pon? duk berdua je pon nak beli kete beso2 (nak tompang ke?)
Aku tau, ada yang memberi reaksi pertama tuh. Tapi... mesti ada yang lain, tak ramai, sorang dua, yang bereaksi no 2-5 tu kan? Apa relevannya ngan aku? Yang confirm, reaksi no 2 tu la yang paling ramai kan? Huhuhu. Aku tak salahkan derang. Manusia memang begitu. Tapi yang pentng, biarkan lah reaksi tu berlaku secara monolog sahaja. Atau dengan kata lain, simpan je lah dalam ati, takyah diluahkan, especially depan kawan tu.
Apa natijahnya bile anda cakap depan kawan tu? Adakah kawan anda akan jual balik kete dia yang baru dia beli tu? Atau dia akan bagi kete tu kat anda? Huhuhu. Atau dia akan mintak anda sambung bayo kete dia? Atau dia akan balik rumah 'buat' banyak kali sampai berjaya? (apa kaitannya ek?) Atau dia akan bagi duit dia yang lebih banyak tu untuk beli susu, baju dan mainan anak anda? Atau dia akan tukar kete dia ngan motor anda (maklum ler, naik 2 orang, motor pon ok) Atau dia terus cadang nak ambik salah sorang anak anda sebagai anak angkat? Atau dia terus gi jabatan kebajikan, mohon anak angkat? Anda tau apa kawan anda tu buat???
Paling teruk pon, ngadu kat laki dia, nangis sikit2. Apa sebenarnya yang anda nak dari kata2 anda itu, selain dari menyindir dia semata2? Owh! Dah jauh melalut dah aku ni. Apa sebenonya nak aku sampaikan ek? Mungkin aku agak emosional arini gara2 PMS (yang juga bermakna masih belum 'ada' lagi ok... kena bagitau tiap bulan, kalo tak asik tanyaaa je). Tapi yang penting aku nak bagitau, aku redha dengan apa yang aku ada sekarang. Even bila aku menulis entry sebelum ni pon, aku rasa ada yang jeles sikit, tapi bukan aku nak menunjuk2. Itu rezeki aku. Kalau orang lain tulis cite pasal anak (atau ganti namanya, rezeki) dalam entry, aku plak cite pasal rezeki aku. Orang tulis anak dah pandai senyum, merangkak, berlari, menari, menyanyi, menulis nama sendiri, membaca, mengira, melukis dll. Aku tulis, aku dapat keje, aku dah beli kete, aku baru duit claim 'tut' ribu riban (tak ramai tau... rahsia), aku shopping ngan abang, aku beli 'tut', aku beli 'tut' (projek bersama Yayu,hihihi pon takleh tulis kat sini dulu). Hah! Itu cerita aku. Anda bahagia dengan anak2 anda yang comel dan cerdik kan? Aku bahagia dengan uang yang turun dari langit mencurah2 harharhar. Aku mata duitan? Rezeki dah datang, takkan nak tolak? Kalau aku tolak, sama lah juga kalau anda gugurkan kandungan anda. Bukan ke sama jugak? Cuma kalau aku tolak rezeki, rasanya tak berdosa kan? (tolong betulkan ye ustaz) Duit tak bawak ke mati, tapi anak boleh doakan kite bile dah mati. Tapi kalau duit tu diguna ke jalan yang betul, ada juga saham di akhirat nanti, Insya Allah. Apa, ingat aku shopping je kerja nya??? Beso periuk, beso gak la keraknya. Ok tak gitu? Allah belum nak beri, tentu Dia tahu sebabnya.
To abang : Ayang tau abang kecewa bile ayang basuh telekung. Belum ada rezeki.
Friday, 23 November 2007
Sabarlah
Hasil karya AyunasiA pada 11:09 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 komen:
hihihii
biar kan aje apa yg org lain nak cakap.. nak fikir or nak rasa.. janji Asiah n hairul(betul ker nih) tahu kedudukan sebenar.. Kita makan ker idak ker.. bukan kita kacau diaorang kan kan kan... hihihihi
saya pun penah hadapi situasi ni suatu masa dulu...siap ada yg ckp buat ape la buat rumah byk2 bilik, bukan ada org nak dudk pun bilik2 tu..sedih Allah je yg tau...nak jwb balik nanti org kata kurang ajar pulak sebab mak sedara sendiri ckp mcm tu...tp dlm hati dok ckp la suka hati la duit kita suka hati kita nak buat ape..apa2 pun sabar byk2...usaha dan doa...pedulikan apa org nak ckp..janji kita tau apa yg kita buat dan bahagia dgn apa yg kita ada...:)
ajal maut, rezeki, anak semua tu di tangan yang Maha Esa. InsyaAllah, adalah rezeki asia dan suami tu nanti. Asal kita bahagia, pedulikan cakap2 orang.
p/s: dengarnya asia tinggal di taman wira jaya yer. Saya skrg duduk taman siswa jaya. Salam..
ajzie : selalu buat2 tak dengar je...
nawalraudhah : tu lah pasal... baru kite nak merasa bawa avanza, dah orang ckp, nape tak beli van jek? sape nak jawab tu ek?
yus : a'ah kak... kite lum round area umah akak lagi. nanti kite carik umah akak. kalo umah kak azie tu kite dah tau dah hihi
Post a Comment