Aku ni, dalam pada ketot2 pun, masih ada hati nak kelihatan tinggi tau. Sebab itu aku ada 2-3 pasang kasut tumit tinggi. Dulu aku terpikir2 juga, apa bezanya kasut tumit tinggi (high heel) dengan stilett0? Ke stilett0 tu nama perancis bagi kasut tumit tinggi? Ni gara2 filem semerahcintastilett0 lah ni. Pastu aku pun gugel lah. Ooo stiletto ni asal usulnya macam errr pisau ke pedang panjang ke haper tah (lebih kurang gitu lah, malas nak gugel wiki tu balik). Dia tajam hujungnya. Jadi, dalam konteks kasut nih, stilett0s tu kiranya sebuah kasut yang bertumit tinggi dan runcing bawahnya.
Pastu jenis2 stilett0s ni pun ada macam2. Ada yang dipanggil peep-toe, pump, platform dan beberapa lagi. Sekarang ni aku kalau pergi window shopping, aku mesti masuk kedai kasut. Bukan nak beli pun. Dah, kalau yang sampai 6-7 inchi tinggi tu, aku pun takut nak pakai. Tapi aku suka tengok. Lagi pun aku tak berapa tahan pakai kasut sebegitu. Baru jalan sikit dah lenguh. Pernah aku cuba jalan kat shopping complex pakai heels, tapi tak sampai sejam aku dah cabut tukar kasut. Jadi, aku akan pakai kasut ni ke tempat keje je lah. Kelllasss kan aku? Tapi aku pakai bila hari2 takde kelas (sem ni hari khamis) je lah.
Aku ada masaelah bila pakai heels. Satu, kaki aku tak sama besar. Aku rasa kaki kiri aku kecik sikit. So, bila berjalan tu, dia suka terlepas belah kiri. Selain tu, faktor stokin juga turut menyumbang kepada ketanggalan tu. Dia licin. Kalau tak pakai stokin ok, sebab kan kat kaki kita melekit dan kasut tu boleh melekat kat kaki.
Masaelah kedua ialah susah nak cari saiz. Kadang2 saiz 4 pun masih longgar. Bukan heels je. Kasut flat pun aku pakai longgar dan dia tak melekat. Dah, itu je saiz terkecil yang ada. Jarang ada kasut dewasa saiz 3.
Aku juga pernah trauma memakai kasut bertutup penuh. Masa lepas spm dulu, aku ada beli sepasang kasut ni. Kasut raya. Lebih kurang kasut hitam kat gambar bawah ni, cuma tak tinggi la. Dalam 1 inchi kot. Dan aku telah memakai kasut tu semasa berjalan2 raya. Sayugia diingatkan, dulu aku jenjalan naik bas ok. Balik tu, belakang kaki aku melecet teruk. Sakit seh... Tak cukup dengan itu, ibu jari aku juga lebam lalu menyebabkan kuku ku rosak dan sakit. Sibbaik dia tak tanggal terus. Lama la jugak nak menghabiskan kuku yang rosak tu. Sejak tu kuku ibu jari aku tak pernah elok. Baru je dalam tahun ni kot dia elok sikit. Dah macam aduan kisah benar dalam majalah pulak ayat aku ni.
Sekarang, aku dah pakai stokin. So, takde masalah melecet lagi. Tapi, licin. Namun itu tidak menghalang aku untuk melaram kasut ini bersama baju batik sutera. Kebetulan ari khamis kan. Hari2 lain aku pakai kasut flat je.
Aku pernah tengok kat tv, whi, syaripahsyawati tu cakap, kasut tumit tinggi ni boleh menjadikan kita ada power. Berautoriti. Macam bos2, sesuai memakai kasut tumit tinggi. Kalau dia pakai flat, dia tak macam bos. Gitu la lebih kurang.
Jadi, mari lihat 3 pasang kasut saya buat masa ini.
Inilah kasut pertama ku. Aku beli ia kat samit. Masa tu ada kedai tu nak tutup, so dia buat clearance sale.
Bila pakai kasut ni aku rasa macam PiTD hahaha.
Tingginya awak!
Aku akan pakai sandal ni beberapa hari sebelum memakai kasut2 di atas sebagai latihan. Dia macam latihan untuk kaki aku menyesuaikan diri dengan ketinggian. Boleh? Siap prektis lagik.
Kasut ni aku beli di jb. Tapi kat bpmol pon ada cawangan kedai kasut tu. Tak lama selepas aku beli kasut ni, tak sempat pakai pun lagi, aku pergi ke bpmol dan nyaris terbeli kasut ni sekali lagi. Aku ingat2 lupa. Sibbaik tak jadi beli. Kalau tidak, aku ada 2 lah kasut ni. Nampak sangat citarasa aku bersifat konsisten, selain unik hehe.
12 komen:
Cantik2 kasut ayu...akak suka jugak kasut tinggi tapi tu dulu sekarang dah tak boleh pakai lagik...heheheh...kaki dah sakit...
Pakai kasut bertutup bila ada meeting jer...high heel nyer pun paling tinggi 2 inchi jer..
aku lom pakai pun dah raya sakit tumit :-(
dah lama 'bertalak 3' dgn kasut tumit tapi masih pakai wedges..
sbb tumit dia tak tajam hehe
gambar pertama aku suka kasut no 2 dan 3 tu..siyes lawa
Skrg pakai kasut paling tinggi pun heel-nya 1 1/2 inci je. Blh panggil kasut tumit tinggi jgk ke?
Mak aih....serius cantik2 semua Dan tinggi2 giler! Semenjak dah beranak pinak nie, kaki dan pinggang sudah tidak tahan....makin leper mcm selipar jepun semua heee
kak anie: tq. tengok kasut org cantik2, tu yg teringin nak pakai gak. tak sedor diri tu tak tahan huhu.
yayu: 2 inci boleh tahan lagi. ni yang 4 inci, naik tangga 3 tingkat pun dah lenguh.
irfa : tak geti pakai wedges sebab bila panjat tangga rasa macam nak jatuh.
eita : tu panggil kasut bertumit je kot haha
yana : mmg kalau ikut selesa memang pakai selipar jek, tp sesekali ku rasa teringin...
aku dulu belambak kasut tinggi...tapi sejak pregnant sampai la ni..duk pakai sandle scholl aku..apa tak nyer.kang pakai kasut tinggi..nak pi amik anak lagi..mau terpleot kaki aku waktu tdung anak aku...mau jatuh..hahaha.....lagipn kaki aku lebar...payah nak carik kasut...kalu ada pn yg mahal2...kopak aku....untungnya kaki ko yg kecik ituh....
Zila kdg2 xtaw nak matchingkan dengan sarung kaki..nak pakai hitam or yg skin colour..kdg2,pakai hitam nampak ok..tapi bila dgn skin kaler pon ok jgk..kakak boleh buat post pasal nie?letak dgn gambar sekali..tq kak..:)
Post a Comment