Wednesday, 12 October 2011

Lagu Carta

Minggu lepas juga aku dapat dengar carta fullamak dari mula sampai abis. Dalam senarai 30 lagu tu, ada beberapa lagu yang mempunyai sejarah tersendiri dalam hidup aku.

Pertamanya, juara carta minggu lepas dan beberapa minggu yang lepas2 kecuali 2 minggu lepas, iaitu lagu hanya padamu by qiara. Lagu tu popular semasa aku di dalam tingkatan 1. 1992. Aku mula kenal komputer semasa di tingkatan 1. Sekolah bando mas. Masa tu aku kena pegi kelas komputer seminggu sekali. Kelas tu start dalam pukul 11 pagi kot. So, kena pegi sekolah awal pada hari tersebut.

Komputer yang digunakan pada masa tu takde mouse. Dia pakai 'apentah ball' untuk menggerakkan cursor. Windows pon aku tak pasti jenis apa. Tapi ala2 bios je. Software yang digunakan pula (yang aku ingat ler) dipanggil word perfect (ala2 notepad, wordpad), draw perfect dll.

Jadi, bila pertama kali menggunakan komputer itu, cikgu aku suruh kami menaip apa sahaja dalam word perfect tu. Lalu aku pun menaip lirik lagu ini hihihi. Punyalah panjang konar, itu je citernya. Oh, satu lagi aku taip lirik lagu madah berhelah hehe.


Lagu kedua pula ialah lagu hati kama ct dan n.idris. Lagu ni keluar pada hujung 1998 / awal 1999. Time nak raya. Masa tu pertama kali aku duduk kat luar selepas gagal hadir aktiviti kolej sepanjang sem sebelumnya hahaha. Dan aku menyewa di seksyen 17. Dekat dengan surau, area umah cluster. Rumah tu 4 biji melekat. Masa pindah tu betul2 time puasa. Sedih ah masa tu. Masa dip manalah aku ada duit ptptpu. Takat ypj je rm500/semester. Nak bayo sewa rumah pun tak lepas. (Saper suruh tak pegi aktiviti, kan? padan muka). Tak sampai sebulan aku duduk situ, aku berjaya dalam rayuan masuk asrama. Yeay! Dapat ser0ja 2 tingkat 4. Dan lagu hati kama ni sentiasa berkumandang di rumah sewa aku tu.


Oh, tapi, pada tahun 2003, time encik suami praktikal kat sebuah kilang kat shah alam, beliau pernah menceritakan yang beliau telah pergi ke rumah kawannya di seksyen 17. Rumah cluster. Bila diterangkan kedudukan rumah tu, lorrr rumah sewa aku dulu lah tu. Itulah kaitannya.

Dan lagu ketiga ialah lagu kekal. Ok, takyah cerita. Aku pernah cerita pun. Aku nyanyi lagu ni time talentime kat sekolah. Oh, talentime tu asing ya, lelaki hari lain, pompuan hari lain dan tertutup.

2 komen:

ayzaqaysukashah... said...

LIKEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

AyunasiA said...

ayu like lagu ke like citer akak ni?