Masa hari raya tu ari, aku ada lah pergi rumah bapa saudara encik suami. Adik kepada fil. Memang tetiap tahun pun kami pergi. Pak andak ni memang pandai masak. Kalau beraya ke rumah dia, selalunya dia ada masak rendang cili api. Tapi tahun ni kami langkah kiri. Sampai di rumah beliau, takde orang. Tapi bila kami pergi ke surau berhampiran untuk solat maghrib, terjumpa pula dengan beliau.
Masa hari raya tahun lepas, beliau ada bercerita, nak cuba berniaga makanan. Bukan lah kedai makan. Cuma gerai sarapan pagi2. Nak masak nasi ambeng katanya. Selepas setahun berlalu, kami pun bertanya lah tentang perniagaan tu, sebab nampak gaya macam dia dah bekerja lain. Rupa2nya beliau berniaga tak lama. Mula2 tu ok. Beliau jual nasi lemak, nasi ambeng dan lain2.
Pada suatu hari, datang kawan beliau ke kedai runcit beliau (pak andak ada kedai runcit kecil2an di depan rumah), bertanya, "tak berniaga ke hari ni?" Eh, ada pagi tadi. Tak nampak ker? Alkisah kawan tu tak nampak pula gerai pak andak pagi tu. Mungkin pandangan mereka sudah 'ditutup' dari melihat gerai itu. Sejak itu, kadang2 pak andak ternampak ada orang memandang beliau yang sedang berniaga dari kejauhan. Lama kelamaan, perniagaan beliau semakin merosot. Akhirnya, beliau pun berhenti berniaga.
Puas lah hati orang jahat tu, ek? Tak sangka, masih ada orang yang begitu di zaman moden ini. Manusia.
2 komen:
dulu aku selalu pegi sauna kat satu salon ni,aku tanya last week nape tutup?dia kata..emm akak dah kena la ni.mana ada tutup kak..ari2 bukak..dia pun citer serba sikit,naik bulu roma aku..sekarang adik salon tu dah tutup..sian kan?
phd org kita memang dahsyat...lambakan org dr seberangkah yg menjadi punca mereka senang mencari bomoh utk melakukan ini semua...??
saya ada juga pergi bertemu ustaz atas urusan mengubati keluarga, di sana macam2 kes ada...sampai rasa cam tiada maaf bagimu utk org yg jahat tu....
mcm astro tu....macam2 ada...semuanya bermain dgn jin & syaitan... yg melibatkan utk memisahkan suami isteri tidak kurang hebatnya, cuba imagine si isteri dtg haid tak berhenti dah setahun lebih sejak diijabkabul... tak ke naya tu...
semoga kita, keluarga kita,sedara mara kita, sahabat2 kita trhindar dr phd manusia ini.
Post a Comment