Friday, 28 October 2011

Tukar Angin

Memang aku dah lama sedar yang aku perlu menukar angin sikit. Maksudnya keluar dari daerah bp ni lah. Tapi aku ada kekangan cuti yang tinggal sikit. Rasanya aku lah yang paling jarang cuti. Tapi aku dah cuti panjang bulan 6 aritu kan. So, kena lah berjimat dengan cuti yang ada. Simpan untuk pergi berjalan2 hujung tahun nanti. Tak plan pun lagi nak ke mana. Ia boleh jadi tiba2. Tapi, nak menunggu ke hujung tahun tu... berjanggut ok. Ni baru nak masuk bulan 11. Hujung tahun tu lagi 2 bulan. Aku dah rasa sosak napas menghirup udara yang sama je setiap hari.

Tiba hari jumaat lepas, derang suh aku pergi buat soklan kat banting. Aritu dah buat, tapi ni yang tertinggal. Kalau aritu derang buat selama seminggu, untuk kes aku ni, kena buat dalam masa 2 hari sahaja. Hebat, kan?

Jadi, ceritanya ialah tentang pemergian aku ke banting tu lah. Aku bertolak dari rumah pukul 4.30 pagi hari isnin. Cargas tu. Kalau pasal keje, sanggup aje bersengkang mata. Pukul 6 pagi, aku berenti solat di rnr ayer keroh.

Sampai di banting, aku terngiang2 suara si ayu. Dia kata, nanti jumpa satu traffic light, jangan belok ke kanan. Terus je selekoh ke kiri. Sebelum tu katanya terus je jangan belok. Tiba kat satu traffic light ni, aku pun terus menyusur ke kiri lah, seperti yang diperkatakan tu. Takde pon signboard? Tiba2 ada simpang 3 pulak. Tengok batu jalan kata, m0rib 6km. Ni mesti dah sesat nih. Derang kata tempat tu 4km je dari pekan. Aku pun patah lah balik dan call member. Lorrr mana ada belok2 susur ke kiri ke haper. Dari nilai tu memang straight je takde belok2 langsung. Tiba kat traffic light yang aku belok kiri tadi tu, aku dah kompius, ni ke simpang tu tadi? Aku pun belok kanan. Sekali tengok, eh, ni macam dah patah balik ke nilai pulak. Sebab aku nampak thest0re. U-turn pulak. Ooo patut belok kiri tadi. Fuh! Sampai jugak.

Sampai2 je, terus makan. Tak tau lah faktor psikologi ke haper. Tapi aku rasa semua makanan kat sana sedap2 belaka. Ikan fresh dan masakannya enak. Sebab ramai orang cakap makanan kat sana sedap. So, aku dah set dalam kepala, makanan kat sana sedap. Tu yang jadi sedap. Tapi memang sedap lah!

Hari pertama berlalu pantas. Sebelum pukul 7 malam, urusetia tanya nak balik pukul berapa. Sebab ramai orang dah balik. Laaa bukan dalam surat kata sampai pukul 10 malam ke? So, dia suh balik pukul 7 malam. Sebelum balik, makan malam dulu. Terus aku pi cari hotel. Orang kata h0tel garden yang paling sinonim dengan jabatan kitorang. Aku pun pegi lah ke situ. Masa datang pagi tadi dah nampak signboard dia. Sampai2, terus check in. Murah jek. RM68. Ada free wifi. Tapi aku dah ngantuk. Pukul 9 malam dah titon.

Besoknya aku pergi pukul 8 lebih. Sampai tengahari, tak siap2 lagi. Bila dah siap, tup tup black out pulak. Dah lah aku bukak betri. Sibbaik dah save. Kalau tak pun, kan ada recovery. Jadi, terpaksalah tunggu ada karen semula. Sejam lebih la jugak. Pukul 3 kot baru ada karen semula. Dan aku pun terus print dan submit. Derang check2 dan aku pun boleh balik. Yeay!

Yeay! di situ ditujukan kepada nilai3 ya hehehe. Tak tau nak cari apa, tapi suka je nak pegi nilai3 tu. So, lepas solat, aku pun terus ke nilai3. Terus pergi ke kedai t0ng hin, kedai fevret aku. Kedai ni ada 3 cawangan. Terbaru aku tengok kat area 7e. Lepas kat situ, aku pusing area kedai lama. Ni kira blok2 terawal nilai3 la. Pusing punya pusing, ronda punya ronda, akhirnya aku bertemu dengan satu kedai yang kena dengan jiwa aku. Kedai kain. Tak tau la aku ni mengamalkan diskriminasi ke haper. Tapi aku memang tak suka kedai orang2 paki/bangla ke tak tau la bangsa apa tah tu. Pulak tu kan tak ramai orang hari2 biasa. Bila aku masuk kedai tu, dia follow je. Takut pulak aku. Ye lah. Kalau dikidnapnya aku, takde saper tau, kan? Paranoid.

Di kedai yang best tu, tokeinya ciner. Dan dia punya explanation pasal kain tu membuatkan aku rasa macam seorang fashion designer pulak hahaha. Beriya2 dia cakap pasal warna, corak, tekstur dan sebagainya. Dan aku tengok kain2 dia banyak yang up to date. Tapi bukan cotton la. Aku kan anti cotton. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku pernah tengok kawan aku pakai dan baju tu melekat2 kat badan kot. Yang penting aku takkan beli kain cotton. Tak kira la cotton jepon ke, omputih ke, saya boikot kain cotton! Selepas mendengar sesi penerangan, masa untuk membuat pilihan. Banyak sangat yang dia tunjuk. Naik rambang dah mata aku. Akhirnya aku shortlist kan 2 pilihan. Ikutkan berkenan, macam yang pepel biji kundang (tak abis2 lagik). Tapi dia rekmen yang pepel lembut. Yang ini lagi sesuai dengan aku katanya. Caner? Takyah jawab. Jawapan yang pasti, aku beli 2-2 hahaha. Susah2 je nak pikir. Tak kosser.

Yang jadi masalahnya, aku tak bawa banyak duit. Jadi, cuma dapat beli 2 pasang tu jek. Mujur jugak aku tak bawak duit. Kalau bawak, harus berpasang2 jadinya. Keluar dari kedai tu aku meronda kedai tudung. Ceh! Patut lah murah. Ada yang awning jahitan berkedut, kain nipis, jahitan tepi tak semenggah dll. Bila aku keluar je dari kedai tudung tu, suasana menjadi gelap. Tak, aku tak pengsan. Langit yang gelap. Aku pun cecepat berjalan balik ke kereta. Jauhnya! Tak sampai berapa langkah, burrr terus hujan selebat2 tidak. Cepat lah pulak perubahan cuaca nih. Baru sekejap tadi aku keluar kedai kain tu panas terik. Tak sampai 10 minit dah hujan lebat. Tapi, aku berpegang kepada prinsip, hujan air, tak terbakar pun. Maka, aku pun redah je lah. Masuk kete dan terus jalan.

Dengar kat radio kata jalan sesak kat exit seremban. Maka aku pun berenti di rnr seremban untuk berkameh dan solat maghrib. Karang nak terkucil time jam kat somban tu kang, satu hal pulak. Seterusnya, aku pun terus balik ke rumah. Sampai rumah kul 9.30 malam. Penat, tapi rasa segar kerana ada udara banting dalam badan.

Minggu depan keluar lagi. Suka, tapi tak suka.

3 komen:

Irfa said...

oh ke nilai 3.aku yg duk dekat ni pun jarang kesana..tak suka berpanas dan tempat sesak (senang citer sesak napas duit sikit kehendak macam2)huhu.

ko dtg sorang ker?berani yer drive sensorang

AyunasiA said...

sorang je lah... nak takut apa?

Irfa said...

takut kena ngorat ler.hehe