Masa zaman aku keje makan tido makan tido dua tahun dulu, ikan terubuk adalah wajib dibeli setiap minggu. Paling aku suka, masak asam pedas. Kekadang goreng. Hehehe sebenarnya tak geti masak lain, sebab tu masak asam pedas je memanjang.
Sejak zaman bekerja tetap dan berpencen ni pulok, sekali je aku pernah beli ikan tuh. Kekdahnya, kan ke makan ikan tu kena teliti. Banyak tulang2 halus. Kalau aku masak waktu malam, makan kul 8pm, kol bape nak abis makan? Paling cepat kul 9.30. Kalo dah abis makan kul 9.30pm, kul bape nasik nak turun? Kol baper plak nak titon? Ceh... alasan malas masak ler tuh.
Ari ahad lepas aku tertengok program warung kiter. Alaaa yang setiap jumaat kul 7.30pm kat estroprima tuuu. Kali ni azrul tuh gi penang. Tetiba dia gi makan ikan terubuk goreng kat tanjung bungah, eh, ke balik pulau? Yang penting bekas tempat yang kena tsunami la. Restoran lidiyana ke gitu lah nama kedai makan tuh. Nampak sedap betul ikan terubuk goreng tuh. Siap sumbat sambal lagi tuh. Tu yang terpengaruh tuh.
So, semalam aku suh abang gi pasar sebelum gi keje. Alerrr... memang kat pasar je ada jual ikan tuh. Mini2 market mana ada jual. Balik keje semalam, aku pon terus ler bukak esbok. Owh! Hampa nya hati ku. Bayang ikan pon aku tak nampak. Ropanya ikan itu tidak tertangkap semalam. Haiyaaa duk dalam tukun ke haper ko ni ha? Oleh kerana takde ikan terubuk, aku pon tak jadik lah masak. Huaaaaaa merajuk la kononnya. Ngengada.
Pagi tadi abang pegi pasar lagi. Yeay! Ada ikan terubuk! Best nyer... balik ni nak masak asam pedas terubuk. Nyum nyum...
p/s saper pandai wat kuah asam yang mabeles, please help me!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment