Hari rabu, cuti plak. Syukur Alhamdulillah. Sempat ler nak meluruskan kaki jap. Sarapan pon sate lebih malam tadik. Dah kul 2pm, lapar balik. Tak larat nak masak. So, kami keluar lah ke bp. Lagi pon, nak gi opis jap, ada benda tinggal. Seperti biasa, makan kat bukit pasir. Jumpa plak ngan bos dan kawan yang gi kl semalam. Derang pon makan kat situ lepas soping hamper. Selesai makan, terus gi opis dan balik.
Hari khamis, meeting lagi. Semalam tu meeting peringkat penganjur, kali ni peringkat kami plak. Banyak perubahan di saat akhir. Sampai ke petang aku duk kat pusat sumber.
Jumaat pagi, kerja2 sebenar dah berjalan. Kulu kilir sampai rehat panjang ari jumaat pon leh terlupa. Petang lepas opis, aku ikut kawan balik umah dia. Kuarters dalam tuh je. Seprais! Rumah dia ialah rumah yayu dulu hihihi.
Lepas isyak, pegi pusat sumber lagi. Malam ni baru bos besar datang. Baru balik dari kursus katanya. Aku kasik draf kata aluan kat dia. Memang tu pon tujuan aku stay back tuh. Lantak ler dia nak edit ke hape kan. Aku pon berharap dia ubah banyak2. Malu arrr ayat aku tah paper tah. Settle semua kul 11pm baru aku balik. Letey nyer...
Esok pepagi kul 7 aku dah kuar. Kemain awal lagi. Kalau lah aku leh komited sebegitu pada rumahtangga. Ewahhh.
Dan hari sabtu berjalan dengan lancar walau pon timbalan menteri merajuk takmo rasmikan selepas tidak di lantik semula ke dalam kabinet dapor najib. Last2, yb adun je lah rasmikan. Boleh la, daripada takde kan. Masalah jugak biler kiter dah jemput orang yang di bawah, kalo tak jadik, takleh jadikan orang di atas sebagai bidan terjun. Hmmm wrong time la pulak kan. Apa2 pun, segalanya sudah selesai. Dan aku balik ke rumah pada jam 5pm walau pon banyak benda nak dikemas. Aku dah nak pengsan. Chairman lagi lah, terus mc semalam.
Tapiiii kepenatan ku tak habis di situ. Sampai rumah, femli in law dah sampai. I'm sori! Tak dapat nak layan. Sibbaik derang dah bawak lauk siap2. Tinggal panaskan jek.
Hari ahad adalah hari ganti tido sedunia. Derang bertolak lebih kurang kul 11am. Aku bangun kul baper? Teka lah sendiri. Agak2 sempat aku tengok meehun goreng dah siap masak dan makan, ngan ayam dan sotong dah siap disiang. Ewah... suami ku tinggalkan aku ngan stok ayam dan sotong lagi. Stok petrol lupa plak ek.
Lepas brunch, aku pon kemas rumah. Vakum dan mop. Larat lagi tuh. Selesai tuh, aku layan tv sampai tertido. Sedar2, dah petang hikhikhik. Aku di sorga kah?
Malam baru lah aku mengiron baju sambil layan abpbh. Ikut kan ati, takmo aku iron baju suami ku. Sebabnya, dia bleh shut down laptop yang aku simpan stok blog nak baca kat rumah? Heee nak ngamuk je. Alerrr kan aku takde broadband, waima streamyx kat rumah. So, kalau tak sempat baca kat opis aku, klik je sumer, kendian terus tutup. Balik rumah leh sambung baca. Dah cenggini, terus takde mood. Sebab tu aku tertido petang tuh. Huhuhu alasan. Tapi aku iron lah jugak. Kata dah banyak dosa ngan suami kan hihi.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment