Tak habis2 lagi ek. Sebenarnya dah abis dah kepenatan aku. Harap2 takde lagi lah kes camnih. Ada takpe, tapi bukan dalam waktu terdekat. Nama pon keje kan. Tapi, yang best nyer, aku dah tak terasa nak ambik cuti la pulak sebab dah cukup ngan mc 2 ari tuh. Boleh la kompol cuti book off bebanyak hehehe.
Hari Jumaat lepas, lepas jumaat, kawan dah calling2. "Ko tunggu kat lobi, jap gi kiter bertolak," katanya. Masa tu kul 2.30pm. Aku pon kelam kelibut lah turun, pindahkan kete ke port yang redup sket. Haiyaaa, cakap macam suh cepat. Sekali kul 3 baru dia muncul. Naik van pejabat. Aku, mus, lidi dan errr saper ke nama dia tah. Aku sorang jer pempuan. Lantak ler.
Ni first time aku naik van nih. Buruk giler siot. Tapi ekon kuat. Bagus. Memula singgah rumah kawan yang tak tau nama tuh. Pastu singgah kedai sukan kat bus stand. Pastu baru jalan. Dia lalu jalan parit sulong. Mak aihhh... jalan tu memang dah sedia melambung2, ada plak construction. Van pulak dah nak peroi. Melompat2 macam kuda la aku kat belakang tuh.
Pastu dia lalu jalan pagoh pulak. Ikot celah panchor, bukit gambir, tiba2 tembus kat ilp ledang kat sagil. Dari situ masuk jalan bekoh pulak. Mak oiii... ni bukan naik kuda lagi. Dah macam lembu elsalvador (ye ke ni, aku main hentam jek) pulak. Driver nyer tu dah ler pemilik kete drift, so pepaham je lah. Sumer dia main redah jek. Tak kira lopak ke, lekuk ke. Tembus pulak kat simpang bekoh, kendian dah sampai selandar. Register huhahuha, aku terus masuk bilik dan mandi.
Dah wangi, aku turun makan pulak. Dah lama tak makan nasik kawah camnih. Abis makan, budak2 pon sampai. Terus bawak derang masuk bilik masing2.
Malam, aku gi taklimat. Jauh siot. Terpaksa jalan kaki. Balik pon jalan kaki jugak. Berpeluh2. Suhu kat sana memang panas berdenting. Balik tu aku mandi lagi. Tak pedulik demam ke batuk ke, janji dapat tido dengan selesa. Tido malam pon panas. Tak rasa pon kipas tuh.
Esok pepagi aku ikut zira gi sarap kat luar. Kendian terus ikut dia gi sekolah integrasi sebab husband dia main bola kat sana. Tengahari baru balik. Sebelum makan, yam pulak baru sampai. Baru lah aku ada geng yang bukan manager team.
Lepas zuhur kami tido dalam kepanasan. Lepas asar pergi dewan pulak. Yam masuk acara dart. Tak pernah umur main dart. Pukul 5pm nak lawan, kul 4.45pm baru pertama kali pegang jarum (jarum ke?) tuh. Pastu baru tau cemana cara permainannya. Derang main count down terus. Dari point 501. Aku pon baru tau jugak. Best jugak. Siap dah berangan balik ni nak beli papan dart tu letak kat opis. Game tu kalah mati. Lawan ngan mersing. Kalah. Suspen gak main dart nih. Mencabar minda jugak.
Belah malam pulak, gi tengok badminton. Bersengkang mata la jugak nak menghabiskan tuh. Balik terus tido.
Esok pepagi gi tengok bola jaring. Dapat nombor 3 jek. Tengahari tido lagi. Lebih kurang kul 2pm, abang pun sampai. Ajak gi tengok badminton. Yeay! Badminton masuk final. Tapi takleh tengok sebab malam ni nak gi boling kat mahkota pered. Abis badminton, lepak2 tepi padang. Pukul 5.30pm, aku mandi siap2 nak ke melaka pulak.
Sampai melaka dah kul 7pm. Jenjalan kat pc fair, terbeli lah fm modulator. Doploh hengget jek. Dah lama nak beli tak terbeli2. Yang best nyer, modem usb celkom cuma rm188 sahaja! Tanpa kontrak lagi. Tapi aku tak beli pon hahaha. Lepas isyak baru gi boling. Kami main 2 frame. Adus, sakit tangan ku. Team edtec dapat nombor 2. Hehehe takde la terer sangat derang main. Aku pon boleh dapat cenggitu huhuhu. Kul 11pm, abang pon balik. Aku balik ngan kete zira. Sempit la jugak. Derang singgah makan la pulak. Ngantuk gilos. Sampai tu, terus kebabom.
Kalau nak tau, aku batuk sepanjang kat sana. Tido plak 3 orang atas 2 katil single. Aku tido tengah2 plak tuh. Lantak korang lah. Saper suh takmo kasik aku tido tepi. Kung2 je lah memalam.
Esok nyer pulak, dah ari isnin. Perasmian penutupan kul 10am. So, lepas subuh, kami sambung tido lagi. Tau2 budak yang kejut, "Puan, puan, bangun." Cis! Memalukan.
Time penutup tu pulak, panas lagi berdenting. Kami menang 2 emas dan banyak gangsa. Emas untuk acara badminton dan pingpong. Pingpong ni memang ada otai sorang. Selagi dia tak pencen, selagi tu lah dia je yang menang. Selesai semua lebih kurang kul 12pm. Huhahuha, lepas zuhur baru gerak balik. Kali ni takmo naik van dah. Aku tumpang yam.
Tiba kat muor, bertembung ngan van. Hihihi memula derang tak perasan kami. Biler dah perasan, ajak ngeteh pulak. Aku ajak gi bus stand. Kengkonon nak makan mee bandung abang sayang. Alerrr kedai baru bukak, tak siap lagi mee bandung nyer. Makan kedai sebelah punya, tak sedap langsung. Pastu terus balik. Sampai edtec dah kul 5.30pm. Serupa je balik keje macam biasa. Sampai rumah dah 6.15pm. Lepak gilosss. Esok gi keje macam biasa dan mendapat panggilan hangat wakakaka. Sekian sahaja.
p/s taip ni lagi penat dari penat pegi melaka tu lor...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment