Betul Ke Sayang?
Cepat2 suami ku beli simkad selepas aku tetiba naik hantu kelmarin. Kena gertak baru nak buat. Kalau tak, dia buat dek jek. Sayang sangat ngan nombor telefon tuh mengalahkan sayang bini. Wek! Bukan sayang sebenarnya. Tukar nombor akan menyusahkan banyak pihak selain diri sendiri. Bila tukar nombor, secara otomatik tergalas satu tanggungjawab untuk memberitahu semua orang tentang nombor baru. Alahhh telco ada servis percuma untuk tu laaa. Tapi tak tau lak cemana kekdahnya. Elehhh... macam lah orang nak sangat nombor baru tuh.
Pastu, bisnes kad pon nak kena tukar. Nak tampal nombor baru? Weiii jatuh la standard. Macam la opis ko sengkek sangat. Kata wat re-branding. Kalau takmo guna duit rakyat, meh aku tempah kan. Aku guna duit sendiri. Pon duit rakyat yang digunakan untuk bayar gaji aku huhuhu.
Tapi, cemana pulak ngan urusan2 rasmi yang selama nih refer pada bisnes kad? Eh, nombor opis pon dah tukar gak, kan? Elok lah tu, tukar bisnes kad terus. Rumit gak tuh. Kenapa la derang tukar nombor opis tu sebelum minah tu dapat, kan? Kak ita cakap semalam, takyah pikir asiaaa. Selagi laki ko tak kuar malam merewang2, ko takyah la risau. Eh, tapi memang suami ku kuar malam ler. Ada futsal inter jabatan katanya. Betul eh? Pandai tuuu. Aku nak ikut, bleh dia cakap, "tapi jangan nyesal kalau balik kul 11-12 nanti." Terus aku tak jadik ikut. Baik aku tido kroh kroh kroh...
Pantang
Sesekali aku terlanggar pantang jugak. Aku dah berjanji untuk tidak menulis di blog ini perkara2 yang aku 'akan' buat pada masa hadapan. Ini kerana aku ingin menjaga privacy kami berdua. Tapi, sesekali aku tertulis jugak. Contohnya, macam, aku nak balik kampung jap lagi atau pon nak masak asam pedas terubuk malam ni. Ala... setakat masak tu takyah la nak privacy2 bagai. Anyway, lain kali aku akan lebih berhati2.
Jalur Kuning Atas Jalan
Korang salu tak lalu kat jalur2 kuning atas jalan? Salu kan? Alerrr takkan korang tak pernah lalu depan sekolah, depan spital. Benda tu salu ada kat tempat2 tu. Korang perasan tak, semakin jauh korang lalu benda tu, semakin laju juga bunyik nyer. Kan? Kan? Adusss kenapa la aku tak terpikir. Selama ni, jenuh aku pikir, kenapa bunyik nyer semakin laju. Salah satu yang aku pikir ialah, semakin kita jauh, semakin kita tak jejak di lantai jalan, sebaliknya macam terapung la. Seterusnya menyebabkan pemanduan kiter semakin laju sekaligus mengakibatkan bunyik tu makin laju. Kira macam teori biler kiter bawak kete laju2 time hujan, tayar kiter tak jejak jalan la.
Selain tu, aku juga berfikir, agaknya makin hujung, jalur2 lagi rapat kot. Huiii puas lah aku pikir. Sehinggalah aku menyuarakan persoalan tersebut kepada suami ku pada suatu hari. Dan aku mendapat jawapan yang sangat tepat dan aku juga sangat bangga kerana mempunyai seorang suami yang genius. Hehehe padahal benda tu sumer orang tau, kecuali aku kot huhuhu. Jawapan nya ialah... hihihi malunya akuuu. Rasa nak terjun ikut tingkap kete je time tuh. Rasa je lah. Ikut rasa binasa, kan. Ok, kalau jawapan ni sama ngan korang, aku kasik tabik spring ar kat korang jugak hahaha.
Bunyi yang laju itu datang dari tayar depan dan belakang, sebab tu dia jadik laju. masa mula2 tu tayar depan yang lalu jalur tu, sebab tu bunyik tu slow. Bila tayar belakang plak lalu, jadik bunyi tayar depan bertindih dengan bunyik tayar belakang lalu menghasilkan lebih kekerapan kepada bunyik tersebut. Tu pasal la kiter dengar dia laju.
Tapi suami ku tak jawab cenggini la. Dia cuma cakap, 'tayar depan belakang' jek. Owh! Terus aku tangkap maksud dia. Sibbaik aku tanya kat suamiku.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
1 komen:
I must thank youu for the efforts you have put in writing this website.
I really hhope to view the same high-grade blog posts by yyou
later on as well. In fact, your creative writing abilities haas inspired me
to get my own website noww ;)
Post a Comment