Dalam dunia ni, perkara last minute adalah biasa. Saper yang tak pernah wat assignment last minute time belajar dulu. Tah2 hantar pon lepas due date kan. Sama lah juga ngan pekerjaan. Nama pon manusia. Bos ke, ceo ke, mereka tu sumer kan manusia. Cuma tinggal, manusia biasa ke, luar biasa je.
Perkara seperti di banner bagwah tu dijangkakan akan berlangsung pada bulan mei ini. Memang kami dah buat meeting awal pon. Tapi, tiba2, 3 minggu sebelum minggu lepas, baru lah diberitahu bahawa ianya akan diawalkan sebulan. Bermakna, lagi 3 minggu. Dan, menambahkan kesulitan, ianya akan berlangsung dengan kerjasama 6 pihak. Rasanya, kalau buat sendiri2, takde la terlalu sukar. Masing2 pulak ada yang nak lebih menonjol sebab dia wat paper work. Ada yang nak diberi kelebihan kerana mengeluarkan lebih bajet lebih besar. Macam2.
Bermula dari situ, aku mula kulu kilir. EsYu lah katakan. Kekadang, kelas pon bleh tuang sebab kena gi meeting. Takpe, kj aku pon yang jadi chairman nyer. Ehhh aku bukan mengampu ok. Memang dia yang suruh.
Hari Isnin lepas balik dari kampung minggu lepas, pepagi lagi bos dah ajak gi meeting. Adoi laaa. Aku bukan tak nak pegi, tapi aku penat lorrr. Kengkonon lepas urut bleh rasa lega. Rupanya sebagai persediaan untuk di drill lagi.
Oleh kerana meeting di damansara, kami terpaksa bertolak petang nih. So, tengahari tuh aku balik rumah kemas2 baju. Siap suh abang balik sekejap untuk hi hi bye bye. Petang tu, lepas opis, tunggu sorang lagi plak bersiap. Kul 6pm baru kami bergerak. Oh! Aku tak suka duduk seat belakang sebuah kereta. Sebab takleh nak adjust darjah kecondongan. Akibatnya, aku pening sepanjang perjalanan. AH jugak yang best hihi. Sampai kl lebih kurang jam 9pm. Melojing di rumah kakak bos kat jalan kelang lama. Lepas angkut beg, terus turun bawah, carik makan. sibbaik sedap. Aku order mee goreng basah. Banyak giler. Tapi, aku makan sampai licin. Dah bais makan, baru nyesal, eh, perut dah penuh, takleh nak jalan.
Naik rumah semula, layan tuan rumah. Eh, tuan rumah layan la. Peramah betul akak tuh. Sampai aku dah tarik selimut pon dia bercakap lagi. Biasa la tu kot. Aku je yang rasa dia peramah sebab aku tak.
Besok pagi2, kul 6 lagi dah bangun. Kengkonon taknak harung jem. Tapi, kul 7 lebih gak baru gerak. Memula anto akak tu dulu kat tnb. Sibbaik tau jalan short cut. Tiba2 je keluar dekat2 angkasapuri, tempat ila duduk time praktikal arituh. Jalan ok je, tak jem pon.
Lepas anto, kuar jalan bangsar. Setahu aku pusat bandar damansara nih dekat2 simpang bangsar yang turun bukit tuh. Tapi, abang bos plak tunjuk jalan duta. Dia ingat kat koompleks kerajaan jaaln duta sana. Sudahnya, kami masuk mahameru dankuar kat jalan damansara. Lalu depan rumah orang la pulak. Sibbaik banyak kereta, bleh follow.
Kuar2, terus jumpa stesen minyak. Dekat2 ngan ptptpu. Aku hapal jalan ptptpu tuh. Dulu, asal lambat masuk duit, situ lah yang kami serbu. Ehhh bukan lambat sikit, dah nak abis semester tau. Hihihi brutal jek. Sekali tiba time nak bayar, senyap jek. Ehhh tak tak. Aku bayar ok.
Pastu, kami terus menuju ke bangunan melengkung. Setahu aku dulu kat situ lah kementerian pendidikan. Dah sampai situ, terlajak exit plak. Nampak ramai orang nak masuk parking, kami pon ngikut jek. Terjumpa plak universiti eh, lupa plak uni apa. Tengok lain macam jek, kami kuar balik. Ok, tu salah aku. Sibbaik tak kena bayo sebab tak sempat pon ambik kad parking tuh. Kuar balik, kami terus ke bukit damansara. Adoiyaiii ni dah ke mana2 plak tah. Ooo sinilah kot rumah anwar ek. Sampai kat lot perniagaan, kami berenti. Orang yang dicari tak angkat call plak. Bleh? Dia call balik guna phone opis. Hampagas tul. Kedekut.
So, kami patah balik dan berjumpa ngan exit pusat bandar damansara. Aku membayangkan pusat bandar tu macam tempat tadi tu lah, yang ada lot2 perniagaan kan. Rupanya ia terletak di celah2 bangunan kerajaan tersebut. Macam2 ada di situ. Kira macam pusat bandar la jugak hihihi.
Dah sampai, cari parking. Pusing punya pusing, rupanya parking visitor terletak di kasta terbawah bangunan tersebut. Pas park, kami gi makan dulu. Baru je kami bukak bungkusan nasik lemak mamak tuh, mamat tadi call, sarapan ada kat atas ek. Cis cis lambat sesaat. Kendian kami pon naik. Sedang2 elok je on time.
Selesai meeting, ada keje plak. Tunggu lah sekejap kat sana. Lagi pon lunch disediakan. Awal lagi. Lebih kurang kul 2pm, kami pon beransur pulang. Nak terus balik ker? Sorang ni harap je orang kl, tapi jalan kl pon tak hapal. Dah sampai situ, memang elok la kan, jajahan takluk aku kan. Nak gi ikea tak? Saya tau jalan. Jommm terus.
Sampai ikea, terus jenjalan showroom. Rugi plak buang masa kat situ. Patut terus je ke market hall ek? Brung breng brung brang, kul 4.30pm baru lah kami keluar. Ooo kalo beli barang, parking free. Ingat tuh. Banyak gak bos aku memborong. Almaklum lah... nak masuk rumah baru. Setaman ngan kak yus tau.
Dari situ, kami straight ke nkve dan elite. Selamat jalan kuala lumpur. Sampai opis kul 9.30pm dan sampai rumah kul 10pm. Alamak, terlajak plak ke parit kemang. Kalau malam aku tak kisah lalu parit karjo tuh. Ok je nak lintas. Sibbaik esok cuti besdei sultan. Huh!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment