Hari ni aku pergi kerja semula. Penat sungguh sejak dua menjak nih. Cerita pasal Kepenatan 4 pasnih ek. Kali ni aku nak citer pasal tajuk di atas.
Pagi ni aku ada kelas dari kul 8am sampai kul 1pm. 9.30am salu ada break. Sedang aku men'tune' otak aku kepada mode 'cikgu', kedengaran deringan telefon pejabat, kira2 20 kaki dari meja aku. Macam biasa, oleh kerana telefon tu jauh, takde lah aku nak mengangkatnya. Setelah diangkat oleh seseorang, rupa2nya panggilan tu untuk aku. Aku agak, mesti orang 'atas' la ni. Kalo orang bengkel atau kengkawan, mesti tefon henfon kan.
Aku pon pegi la menjawab. Tetiba, terputus plak. Aku letak dan tunggu sekejap. Bunyik lagi. Aku angkat. Senyap. Letak lagi dan tunggu lagi. E'eh, lama la pulak. Aku pon blah. Baru nak duduk, dia bunyik lagi. Aku angkat lagi. Putus pulak. Ehhh cop cop cop tipu jek. Ada orang bercakap sebenarnya. Mana lah aku tau, panggilan itu akan mengubah hidup aku selama2nya. Pergh!
Mrs G (g for gedik) : Tak berapa nak dengar la.
Me : Hellooo.
Mrs G : Ni cik asiah aspan ker?
Me : Ya, saya. Siapa nih?
Mrs G : Cik asiah ada masa tak? Saya nak cakap sikit.
Me : Cakap je lah.
Mrs G : Cik asiah ni isteri hairul kan?
Me : (time ni satu badan aku dah menggigil dah. ni komfem gelfren laki aku nih). Awak ni siapa? Nak apa?
Mrs G : Saya ni kawan ngan hairul.
Me : Siapa nih?
Mrs G : Saya kawan dia. Kami selalu berjumpa. Dia pun dah pernah datang rumah saya. Mesti dia tak pernah beritahu kan?
Me : Awak ni siapa? Dari mana? Siapa nama? Kerja kat mana? (soalan ni ditanya berasingan, tapi dah lupa sebab mental block dah time tuh)
Mrs G : Saya 'at home'. Tak kerja kat mana2, bisnes.
Me : Siapa nama... Awak dah kacau saya kat ofis ni, nak apa?
Mrs G : Saya kalau boleh tak nak lah hairul main kan perasaan saya. (macam biasa dengar ayat nih). Awak nasihat kan lah dia. Apa yang dia nak dengan saya. Dia kan dah kawin. (murni sungguh hati wanita ini). Dia jumpa saya pun awak tak tau kan. Saya cakap kat dia, kalau boleh nak jumpa awak. Kita boleh selesaikan. (macam pernah dengar jugak ayat nih, tapi, tak perasan sebab, again, mental block)
Me : Ok lah, dah lah. Bye.
Aku terus letak telefon. Tangan dah gigil. Air mata dah menderu2. Malu lagi, ramai opismate plak tuh. Aku terus duduk kat kerusi aku. Nak buat apa nih? Telefon abang. Ah! Henfon tertinggal pulak. Suh operator sambungkan lah.
Abang, henfon ayang tertinggal ek?
A'ah, abang bawak gi nih.
Tolong antar bleh tak? Sekarang eh? (sebenarnya takde henfon pon takpe)
Ok.
Setengah jam menunggu, bermacam2 persoalan muncul.
Saper ek pempuan tuh? Student abang ker? Abang pernah citer kawan dia muda2 lagi dah kawin 2. Kawin ngan student plak tuh. Abang nak kawin ke ngan pempuan tuh? Isy, tak rela i. Baik ler aku menjanda daripada hidup bermadu. Tapi, abang ada duit ke nak kawin lain? Selalu gaji cukup2 jek. Tapi, pempuan tu kata dia bisnes, mesti banyak duit. Mesti tak kisah punya.
Kenapa aku tak perasan 'perubahan' abang? Memang ler tiap2 ari dia balik keje lambat. Tapi aritu tiap2 malam abang kuar, gi futsal katanya. Takkan gi dating bleh kaki terseliuh. Tapi, takleh caya jugak. Pastu, tiap malam jumaat mesti gi kenduri yasin (ni memang ada surat jemputan. alibi bleh tanya jejiran). Haiii... kalau dah curiga tuh, macam2 difikirkan.
Lagi, bila masa abang jumpa, siap gi rumah? Rumah apa? Rumah kuarge ke rumah bujang? Abang dah jumpa femli ke? Nak ajak kawin ke? Takkan lah sebegitu advance? Tah2 abang dah cakap ngan pil time derang gi KT arituh. Tah2 pil dah setuju. Wah! Jauh sungguh fikiran aku merewang.
Abang sampai kul 10am. Aku turun, masuk kancil, terus meraung.
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! (agaknya apa yang dia pikir ek?)
Tadi ada orang telefon.
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Dia cakap gelfren abang.
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
(Agak2, apa jawapan dia?)
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Lorrr... komfem la makcik tuh. Mana ada gelfren2. Aritu dia ada call gak, ajak kawin la bla bla bla bla
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Betul?
Betul.
Sumpah? (first time aku guna perkataan nih. ingat nak sambung, lillahi? wabillahi?)
Sumpah.
Ok, dah. Ayang ada kelas nih. Malu ar nak gi kelas (mata merah hidung merah).
Pagi ini, aku rasa ada sebuah backhoe telah cuba merobohkan sebuah masjid yang dibina sehari sebelum tsunami. Sanggup dia bersusah2 mencari nombor telefon edtec ni dan mencari aku. Agaknya dia nampak kat bunting or banner open day arituh kot. Kan banyak gak derang gantung kat parit raja tuh. Giler desperate ar makcik gedik tuh. Huh!
p/s Kena tukar nombor telefon jugak la...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment