Saper tengok citer nih angkat tangan. Saya! Saya! Saya! Minggu ni finale kan? Tak sabar nak tengok. Ni aku nak citer pasal aku la, bukan pasal drama tuh. Aku rasa cam nak demam, tapi buku klinik takde plak, kena la tunggu ah balik. Adoiiiiiii tak nak demam laaaaa...
Tinggalkan aku sensorang kat rumah, tu dah satu kesalahan. Ditinggalkan pulak dengan kete kancil yang takde minyak, dah kesalahan kedua. Ditambahkan lagi dengan lampu belakang belah kanan yang tak menyala, dah salah nombor 3. Cemana aku tak merajuk? Oh tidak, aku tak merajuk pon, cuma cari topik nak blogging.
Ok, aku over. Sedey la wei, kiter kat sini gi keje pepenat, dia bleh makan angin pree lagi. Ni bukan cite pasal dubai lor. Citer tu dah tamat dan aku sudah kembali normal (sebelum nih tak dapat terima hakikat suami ku balik dengan beberapa ketul fm dan keychain sahaja huhuhu).
Citer pasal makan angin free ni aku tak kisah sangat, sebab aku sendiri yang takmo ikut. Cemana nak mintak cuti tanpa pengganti? Ok, keje aku memang poyo. Nak cuti, kena cari pengganti kelas. Nyampah. Tapi alasan tak dapat cuti tu sebenarnya hanyalah untuk mengaburi pihak lawan sahaja. Eh, bukan lawan la. Pihak tertentu. Memang patut pon aku ambik cuti selepas 3 minggu berturut2 aku keje macam nak pengsan. Ni dah rasa dedor dedor dah nih. Tekak dah perit. Kj aku takde la kejam beno sampai tak mo approve cuti. Selalu pon aku cuti dulu baru dia approve. Cuma nya, aku ada sebab lain untuk tidak turut serta.
Time abang tanya aku, boleh ambik cuti tak 13 ngan 14 haribulan nih, aku ya kan ajer. Kalau tak dapat pon, dia bleh pegi sensorang kan. Tetapi, biler balik kampung last week, si suami itu mengajak ibu bapa dan adik beradik beliau untuk menyertai rombongan tersebut, aku dah pon menetapkan pendirian. Tak nak ikottt!!!
Ehhh aku takde gaduh2 ngan femli in law lah. Ok jek sebenarnya. Cumanya, aku rela mengundur diri, daripada memakan hati dikemudian hari. Orang nak jenjalan hepi2. Dah lah aku ni susah nak sorok muka kalau dah muncung tuh. Lebih baik aku tak tahu, daripada memburukkan keadaan. Aku mengambil iktibar dari trip kami ke sabak bernam arituh. Harap2 suami ku faham. Aku tau dia kenal aku.
Alerrr... aku ni bukan boleh derang lebih2 nih. Sebagai contoh, kalau kami berdua pegi taman tamadun islam misalnya, aku akan cakap, mahal nyerrr bayaran masuk diaaa. Seploh hengget sorang? Deiii seploh hengget pon berkira ker? Bukan gitu, maksudnya, aku memang takkan belanja kat tempat2 yang aku rasa tak berbaloi cenggitu walau pon aku tau dia baru dapat claim yang sepatutnya dibuat loteng bilik tengah ituh kuikuikui. Apa kata, kalo aku ikut nanti, derang sumer beramai2 nak masuk gak? Kalau aku sorang, bleh la aku psycho dia soal pembaziran bla bla bla kan. Kalau dah reramai, tambah plak pil lagi, isy isy isy elok lah aku tak ikut. Lagi pulak, aku kan jenis cheap skate punyer orang kan. Kalo jenjalan mesti carik hotel memurah punyer. Takkan bawak mak pak nak kasi duk bilik takde tingkap yang macam tempat berom*n kan? Banyak lagi contoh sebenarnya, tapi, takmo lah aku membuka pekung di dada terlebih2 sangat kan hihihi.
Yang penting sekarang, korang nak pegi mana pon, pegi lah, janji aku tak nampak dan tak tau. Bior lah dia nak berenjoy2an dengan mak pak dia. Dulu kan abis belajar, suami ku terus kompol duit nak kawin kan. Tak sempat nak merasa jenjalan2 gitu ngan femli. Lagi pon, aku dah puas gi kt tuh. Apa je yang ada pon. Balik2 pasar payang, keropok losong, masjid kristal. Lain la kalo kb ke, penang ke, langkawi ke, london paris new york ke kan hikhikhik. Takpe, bulan depan kiter gi lagi ek. Harap2 aku dah sihat.
Ok tak alasan aku nih? Sibbaik ada alasan ’cuti’ tuh, takde lah nampak menantu hantu sangat ek? Hihihi...
0 komen:
Post a Comment