Sungguh lah lama tak dapat update. Korang tengok je lah entry kat atas tuh. Faham2 sendiri lah ek.
Jom kiter flash back cerita balik kampong arituh. Aku ni kan jenis si tanggang kan. Susah beno nak ajak abang balik kampung. Most of the time, abang yang ajak, dan aku mengikut. Aku ni bukan apa, kan aku pernah cakap, aku tak suka balik weekend sebab sekejap sangat. Tak sempat nak balik 2-2 rumah. Memang lah sempat, cuma sekejap2 la. Tak suker ok. Yang komfem nyer, umah mil la yang lebih lama. Umah aku mesti 2-3 jam je, buat ada2. Lagi aku tak suker. Kalau nak balik, at least cuti 3 hari. Samada ambik cuti, atau pon, cuti umum yang panjang. Saper kata kawin dekat2 ni best?
Ok, berbalik ke tajuk aku mengajak balik kampung tadi, ni lagi satu kes ngengada. Kalau aku yang ajak, mesti lah aku nak balik umah aku lebih kan. Balik bulan lepas pon tak tido umah aku. Apa kes aku nak ajak balik, tapi balik umah mil? Huh!
Oleh kerana aku dah ambik cuti ari jumaat, so, khamis malam jumaat tu takde lah aku kelam kabut nak bergerak. Rilek dulu. Pepagi jumaat tu, aku bangun macam nak gi keje. Wah! Keajaiban dunia nombor 8 tuh. Memula gi opis abang dulu. Semangat betul. Almaklum, bab claim meng claim ni jangan malas hihihi.
Lepas tu, kami singgah sarap kat kompleks. Dah tak meriah dah tempat tu sejak pasar baru dah bukak. Kedai lontong pon tutup. So, makan roti je lah. Selesai makan, terus lah balik kampung. Best nyerrr balik kota pada hari jumaat. Macam2 urusan rasmi boleh dilakukan. Memula singgah bank islam. Kebetulan bank islam tu dah pindah kat tempat baru, selepas banjir arituh. Sebelah bank tu, ada mahkamah syariah. Isy, dah ler kami parking depan mahkamah tuh, ari jumaat plak. Macam ada kes jek. Selisih!
Selesai kat situ, gi meibenk ngan tabung haji. Alerrr ramai plak orang kat tabung. Lain kali je lah. Pastu pergi kipmart plak. Kan aku dah jatuh cinta ngan kipmart kan. Pusing punya pusing, akhirnya terbeli penutup kukus ngan ketam. Best2.
Sampai semenchu lebih kurang kul 1pm. Abang terus gi jumaat, aku plak ermmm wat pe ek? Lupa dah. Buat dek je kot. Malam baru masak lemak ketam. Sedap nyerrr...
Sabtu pagi, mil pegi mengaji cam arituh. Kali ni dah janji, suh dia tunggu kat masjid lepas abis ngaji nanti. Lepas masak lunch, kami beramai2 mengosongkan rumah dan pergi kota. Lagi. Sampai kat masjid, non ado mak umi nyer. Mana plak pegi nyer? Try carik kat taxi stand, pusing 2-3 kali, pon takde. Last2 tinggalkan adik2 kat bandar, kami pegi masjid semula. Komfem takde. Patah balik ke bandar, derang jumpa mak kat kedai kemboja. Pergh! Kedai kain tu beb. Silap haribulan memang melayang ler seratus dua ni kang. Mentara mil soping ngan geng2 nyer, aku pon soping jugak ler. Takkan nak tengok je kain tu melayang2 ditiup angin kan hihihi. Tapi kali ni dapat mengontrol napsu. Beli selai jek. Banyak dah baju raya aku.
Selesai memborong kain, kami pon balik. Singgah beli putu bambu ngan air tebu kat simpang trafik lite. Sampai rumah, terus panaskan balik lauk dan makan. Malam lepas maghrib, kami pegi mengurut. Kami tu pegi je, tapi yang diurut aku sorang jek. Best nyer. Eh, cop cop. Aku urut tu ari jumaat malam sabtu lah. Hahaha salah plak.
Petang sabtu tu sebenarnya kami gi umah kak long, pasangkan printer yang kami belikan kat kota pagi tuh. Lama la pulak menginstall driver dia. Apa tak nya, pc kak long tu banyak digunakan untuk tulisan arabic, so tah kat mana dia setting default ke haper, kuar arahan nak install tu dalam bahasa arab. Ambik ko! Sibbaik ada la perkataan2 cam na’am, la dll lagi yang biasa jumpa. Kot la ada junjumatun ke, raksun ke, ainun ke, paham la jugak kan. Sibbaik window print tu sumer kuar english cam biasa. Tapi kalo nak guna scanner or photo copy, memang kuar arab. Sudahnya, guna sebagai printer jer lah, mentara nak belajar bahse arab tu huhuhu.
Ingat lepas siap pasang printer tu nak terus gi tanjung balau. Tengok jam dah kul 6.20pm. Congak2 lebih kurang, pergi lah jugak. Nak pegi biler lagi? Malam ni nak balik at5 plak. Sampai2 sana, kena parking jauh lah jugak. Lerrrrrrrr ingat perasmian tu pagi tadi, rupanya malam nih. Actually ada water festival kat situ. Tengku Yem yang nak rasmikan malam nih. Sampai2 tu je, terus jenjalan kat tapak jualan. Tak jadik nak berkelah sambil makan pelam. Ada plak tempat pemeriksaan kesihatan. Kami pon try lah. Feh! Lega. Sihat walafiat. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!! Berat aku 42.4kg okeh. Gemokkkkkkkk!!! Yang best tu, aku telah mencapai bmi ideal! 18-25 kan ideal kan. Aku nyer 18 hihihi. Kerrr scale tu rosak ek? Tak pernah aku seberat itu. Tapi memang la suar jeans aku dah ketat sket. Betul lah tu. Tekanan darah dan gula sumer ok.
Pastu kami pon balik dengan laju. Sibbaik sampai rumah sebelum kul 8pm. Sebenarnya ada konsert lepas perasmian tuh. Ada mawi, senario, kak melah (alerrr ruginya tak pegi), sape lagi ek? Lupa plak. (Mala gi ngan adik ngan akim ngan wana). Lepas mandi dan solat, kami terus balik at5. Sampai rumah2 tepat2 af nak start. Konon nak seprais, merasalah takde lauk. Mak masakkan telur dadar. Aku baru je goreng telur dadar kat umah mil tengahari tadi. Tapi, telur dadar mak memang sedap. Banyak gak aku makan. Aku cakap kat abang, jarang benar aku makan masakan mil. Salu nya aku masak, atau biras2, kakak2 atau adik2 ipar yang masak. Tak ke tak best tuh? Balik at5 baru bleh makan masakan orang tua.
Sambil makan sambil dengar2 af. Tak tengok time aishah ngan qhaud. Tapi time qhaud ulang tu tengok la. Baru lepas perform dah lupa lirik. Apa da. Konon suh dia ulang tu untuk kasik undi. Tah2 makin orang tak undi. Yang tak best nyer, dua-dua gegirl dah kuar. Baru lepas kena puji, dah kena balik kampong tanam jagung. Camno?
Esok pagi plak, mak goreng mihun putih ngan wat jemput2 panas. Tengok rupa macam bukan jejemput, tapi rasa macam jejemput. Rupanya panjang dan kurus. Macam ontok2 sikit rupanya, tapi lebih kurus. Lembut macam keropok lekor. Cicah plak ngan sambal segera made by mak siti. Dah lama tak makan sambal cenggitu.
Lepas sarap, along ngan mala ajak gi papan timur. Nak jumpa nenek. Dengar nyer, dia ni pendamping. First time aku dengar perkataan pendamping ni digunakan ke atas seorang nenek. Kalo lagu cinta ada lah kot. Citer nyer lagi, nenek ni boleh tau apa dalam hati kiter. Dah... tak pepasal takleh berkata2 dalam hati. Baca selawat je lah sepanjang berada di rumah beliau. Kot2 dia tau aku kata langsir dia cantik hihihi. Along nak ambik air untuk sakit kaki dia. Katanya dia ada arthritis, dah ok, sekali dia pi minum madu apa tah ada habatusauda bagai, berlawan plak ngan ubat spital. Tu yang jadik sakit datang semula tuh. Sekali pikir macam ngeri plak mintak2 air nih. Tapi bila difikirkan balik, orang salu gi darussyifak tu, mintak air jugak. Ok kot.
Sampai kat sana, ada 2 customer jek. Sebelum sampai tu singgah kedai depan smbm, beli air mineral. Tunggu la sekejap. Tiba turn kami, ek eleh... nenek ke nih? Muda belia je aku nengok. Huhahuha, dia suh datang time 2nd day period. Nak tengok telor sape yang pecah (?) Pastu dia baca2 air sket dan memberi sedikit hasil telekan beliau. Ooo ok. Lenkali datang lagi ek. Wah! Macam2 berlaku dalam 3 hari. Jumpa nenek, tukang urut, pesta air.
Tengahari mak masak nasik ayam. Best2. Lepas makan dan zuhur, kami pon balik. Gi semenchu dulu, ambik sapit. Bengang betul la. Asik nak kena anto balik jek. Bukan nak naik bas. Jauh tau tak nak pusing pontian tuh. Orang dah penat nak keje esok. Dusy!
Eh, penat lah nak cite. Sampai rumah kul 7.30pm. Sekian dulu.
0 komen:
Post a Comment