Wednesday, 5 November 2008

Cadar?

E'eh, cemana aku boleh terlupa bahawa sekarang nih aku dah boleh memiliki cadar beropol2? Bukan kah salah satu spec katil yang aku pilih ialah bukan jenis platform aka japanese style supaya aku bleh pasang cadar beropol dengan bergayanya? Ada jualan hebat ke sekarang? Tau je lah aku ni. Kalo gi soping2 tuh, balik2 tuju area cadar, henbeg, cadar, henbeg. Bukan membeli pon. Saje suka tengok. Apesal la henbeg aku ni tak nampak buruk ek? Takleh nak justify keperluan untuk membeli yang baru. Ngeee... Cadar pulak baru je pakai yang baru time masuk rumah baru arituh. 2-2 yang baru dah pakai. Apa alasan aku nak beli yang baru?

  1. nak yang design ropol. selama ni semua fitted.
  2. nak yang plain pulak.
  3. nak sarung bantal plain macam2 kaler untuk matching kan dengan semua cadar2 lama. Sebab nyer, kalo macam sekarang nih cuma ada 2 bijik sarung bantal jek dalam 1 set tuh. Kalo letak 4 bijik dah kena campo2 sarung.
Selain daripada itu, ada beberapa projek menyusahkan diri sendiri yang mesti dibuat dalam waktu terdekat
  1. top up kekabu dalam kusyen gabak.
  2. buat kusyen untuk katil sebab aku tak suka guna bolster. campak dia kat bilik belakang!
  3. jahit kepala langsir munge2. bila nak mula???
  4. jahit baju seragam batik, wajib pakai 20hb nov!
  5. jahit baju opel. nak pakai raye haji.
  6. ni lagi satu menyusahkan diri, ronda2 carik lampu berdiri.
  7. carik tempayan ala2 tempayan orang dulu2 letak air basuh kaki tuh.
  8. tebang buluh. kena baca2 dulu ker?
  9. carik pasu nak tanam pokok limau purut. buruk je rupa dia duk tepi paip depan umah tu ngan polybag. sian ko.

0 komen: