Tah kenapa lah agaknya, arini pengajar2 lelaki ni ala2 meroyan plak. Ekekek. Memula kb aku ngamuk sebab semalam budak2 cabut depan mata dia. Pastu, time perhimpunan student plak, sorang lagik pengajar tarik masuk budak tak masuk perhimpunan. Pas abis perhimpunan, lama gak la budak kena clorox. Isy, bukan budak lagi. Dah layak jadik bapak budak dah, masing2 >20 tahun. Ingat pempuan je ada hangin pms nih hihihi.
E eh... budak form 5 dah start spm ek semalam. Peperiksaan paling besar dalam sistem pendidikan mesia la kot spm ni kan. Dengan spm ni la kiter masuk univesti kan. Ecehhh nak tukar mode nostalgia lah nih. Sumer orang ada kenangan ngan spm ni kan. Aritu kat radio sinar pon ada topik kenangan spm @ mce. Bagi aku, kenangan spm yang paling tak dapat dilupakan ialah semasa paper english.
Aku punya english memang la tahap so so jek. Rasanya kalo aku terer english, mesti aku dah pergi lebih jauh. Tapi, oleh kerana tak, maka ala2 tak berapa nak pergi la. Baru nak pergi la senang cite. Masa tahun 1996, english tripple 1 nine masih terasing dari paper spm. Sekarang dah combine kan? Tah, gitu lah yang aku dengar. Maka, paper 1119 ni awal 2 hari dari hari sebenar spm mula. Masa paper ni lagi, aku dah mula pening2 time jawab tuh. Tah, rasa macam loya je nak menjawab. Susah giler aku rasa nak membuat karangan tuh. Dengan soalan comprehension nyer yang tahap bahasanya agak bombastik pada aku (orang lain tak de la heran kan). Adoyaiii... sakit kepala aku menjawab nya. Result 1119 ku hanyalah 8 ye tuan puan. Jadi, boleh bayangkan la tahap cikai nyer aku nyer english kan.
Kendian time english spm plak, sekali lagi aku dilanda fenin. Paper lain ok lah pulak? Lebih2 lagi paper akaun. Bersemangat giler. Masa paper karangan, fenin aku makin meningkat. Sampai tahap pitam tau. Sampai aku angkat tangan, nak pegi toilet. Nak berjalan ke toilet tu pon aku dah terhoyong hayang. Pengawas tu tak teman kan pon. Ces! Sampai toilet, wek wek wek angin sumer kuar. Huhuhu begitu hebat penangan paper english tu ek. Sape la yang buat soalan tuh. Memang terer la. Itu lah pengalaman spm aku.
Zaman aku belum ada sistem terbuka. Maknanya masih guna agregat dan pangkat lah. Kalo agregat bawah 21 eh pangkat 1? Aku pon dah luper.
Ok, gini cara kira agregat SPM. Rujuk color code sekali.
Tambahkan semua gred untuk 6 subjek iaitu:
1. Bahasa Melayu - (tahun biler dia tukar bahse mesia balik ek?) - ni wajib masuk dalam kiraan
2. Mana2 dua subjek teras yang terbaik - samada BI, PI, Matematik atau Sejarah
3. Mana2 dua subjek elektif yang terbaik - subjek selain yang teras dan BM
4. Pilih satu mana2 subjek teras atau elektif yang terbaik
Contohnya:
BM - A1
Teras:
PI - A1
Matematik - A1
Sejarah - A1
BI - C5
Elektif:
Fizik - C3
Kimia - C3
Biologi - A2
Matematik Tambahan - A2
Prinsip Akaun - A1
*Untuk subjek teras pink tu, boleh je pilih mana2 antara PI Maths dan Sejarah tu sebab semua A1. Untuk subjek elektif tu boleh ambik bio atau add maths sebab dedua pun A2. Tapi untuk mana2 subjek tu aku pilih sejarah sebab tu yang terbaik.
Masa tu, takde lah target 10A1 ni sangat. Kalo dapat agregat bawah 10 tu pon dah kira hebat. Agregat 6 plak kira terhebat lah time tuh. Aku ambik 10 subjek. BM, BI, PI, Sejarah, Maths, Fizik, Kimia, Bio, Add Maths dan PA. Dalam banyak2 ni, yang aku target 1 ialah BM, PI, Maths dan PA. Subjek sains tu kalo dapat A pon dah kira terer la bagi aku. Sejarah, aku ada sejarah hitam dengannya, tapi aku rasa macam boleh jawab jek. Add maths pulak ok ok jek. Trial dapat 11 jek. Tapi aku yakin, kalo spm betul mesti dapat lagi baik punya.
Sepanjang menunggu result, aku keje kilang. Mula2 dengar result kuar bulan 2. Tapi tak kuar2 pon. Akhirnya dia kuar 31hb Mac 1997. Besdei mil. Masa ambik result tuh, orang pejabat yang kasik. Memula dia tanya, agak2 berapa? Aku cakap, 10 kot. Psssssst sebenarnya aku dah ternampak yang sebenar, tapi saje takmo cakap. Takkan nak cakap apa yang aku nampak tu. Buatnya salah, tak ke malu? Bila dia bagi jek, aku terus kuar. Terus nak bagitau abang. Takmo orang lain tau dulu. Ngada!
Pastu baru lah episod beli borang upu dan uitm. Dulu uitm nyer borang asing. Biler dapat offer, utm ngan uitm, aku pilih uitm. Takpe lah aku ambik diploma jek. Bukan sebab result spm aku kureng ke haper. Rasanya kalo aku mintak gi obersi pon boleh, tapi aku yang tak nak. Sebab utama ialah duit. Yuran utm time tuh 1.6k. Yuran uitm baru pat ratus lebih. Memula kak uni nak bayarkan yuran utm tuh, tapi saper nak kasik duit belanja nanti? Nak makan aper? Kalo masuk uitm, duit gaji aku keje kilang pon dah bleh cover. Makan pon free. Takat belanja lelain tu tak kisah la sangat. Yang penting makan jek. Buku teks pon aku tak pernah beli tau. Harapkan nota gi kelas aje. Tu pasal aku tak suka ponteng. Nanti tertinggal, dahhh susah. Sem 3 baru aku dapat pinjaman ypj yang ciput tuh. Satu sem 500 jek tau. Nak banding ngan ptptpu yang 2500 tu, amat lah jauh. Time tu ptptpu tak kasik budak diploma lagik. Kesian aku. Hikhikhik. Biler hujung sem, tepon abang tp, mintak belikan tiket nak balik kampung ekekekek. Sengkek giler.
Ermmm syukur lah, abis diploma, aku berpeluang sambung degree terus. Tu pon ita yang sponsor aku selama 1 semester sebelum dapat ptptpu. Time lum ada yang dapat advance 1.5k tuh. Tunggu 1 sem baru dapat. Memula abah dah nak jual dah saham kpf dier. Tapi ita cakap nak sponsor, tak jadik lah. Ehehehe kalo aku jadik kakak agaknya, sanggup ke aku nak sponsor adik aku cenggitu ek? Isy isy isy teruk tul aku ni. Berkira sungguh. Eh, aku memang kakak la. Aku ada adik apa. Tapi errr kkk...
Mujur lah aku tak mintak gi obersi. Sebab tahun 1997 kan ekonomi meleset, sumer kawan2 aku yang kat ppp (sekarang intec) terpaksa masuk local. Kesian derang. Setiap perkara berlaku, ada hikmahnya...
Gitu la. Kalo dah nostalgia tu kan, tajuk ke mana, nostalgia ke mana. Hehehe layannn...
Wednesday, 12 November 2008
Hangin dan SPM
Hasil karya AyunasiA pada 1:12 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 komen:
Mane cara kiranya
laaa tak baca abis ke?
Sumpah buang masa singgah blog ni. 3x baca,3x takde point. Alahaiii..
Memang pun
macam babi
kan dh diajar tu. 1 subjek BM + 2 subjek teras + 2 subjek elektif + 1 subjek terbaik diantara subjek teras atau elektif.
Post a Comment