Focus point. Ada sentimental value ke songket tuh? Takde makna nyer. Memang dibeli purposely untuk disangkut kat situh.
Saje nak letak gambo nih. Walau pon bilik stor kami hanya lah 3x6 kaki, tapi, segala benda boleh masuk. Selain bilik stor, bilik ni juga boleh jadik 'bilik perbincangan'. Kalis bunyik. Nak gadoh2 kalo, masuk sini okeh?
Syawal dah berlalu. Walau pun syawal cuma 29 hari, tapi masih ada yang mengadakan jamuan atau open house pada 30 dan 31hb Oktober. Mungkin sambutan deepavali kot. Seperti kementerian aku, derang buat jamuan 31hb arituh. Menteri kami kan sambut deepavali.
Ingat lagi tak bendi beso yang kami jumpa time raya arituh? Yang kat ayer hitam tuh. Malam tadik abang call mil. Tengah sembang2 tuh, aku terdengar la dia cite pasal bendi yang dia tanam kat tepi parit depan rumah kami tuh. Katanya dah sebeso ibu jari. Cemana tuh? Aku pon mulanya macam tak caya sebab baru je minggu lepas ari khamis aku meninggalkan rumah. Takkan lah boleh tumbuh secepat itu kan? So, pagi tadi, mentara tunggu enjin panas, aku pon gi la tengok. Huhuhuhu macam tak caya. Banyak anak pokok tuh dah tumbuh. Memang daunnya dah sebesar 'kuku ibu jari' dah. Kiut jek. Pasni kena pindahkan lah pokok tu jejauh antara satu sama lain. Karang terbantut pulak pertumbuhannya. Aku nak sepokok je. Selebihnya kena bawak balik kampung lah. Aku tak makan bendi okeh.
Kendian, kan kami ada ambik pokok helicornia kan arituh kan. Ada 2 batang je yang kami cucuk kat tanah tu. Satunya memang ada pucuk, menunggu daun kuar. Yang satu lagi ala2 akar je, takde rupa nak tumbuh. Tapi kedua2nya kami main cucuk je. Idup ke tak tu, sukati lah kan. Bukan terdesak sangat nak berpokok2 nih. Hampir tiap ari aku tengok pokok tu, tak tumbuh2 pon. Pucuk yang ada pun tak berkembang langsung. Sekali pagi tadi aku tengok, yang ada pucuk tu dah makin panjang, yang takde pucuk ala2 hidup segan mati tak mau tu pulak yang leh kuar daun. Dua cabang kuar dari permukaan tanah tau. Suka suka suka. Tu lah... aku asik tengok je, tu yang dia takmo tumbuh tu. Malu kot. Cuma pokok buluh jepun tu jek yang ala2 tekde perubahan positif. Makin negatif ada la. Dari batang pokok tu kaler hijau sampai lah kini menjadi kaler coklat. Yang bagi harapan sikit cuma part bawah jek, betul2 atas tanah. Masih hijau lagi. Biar lah dia. Pandai2 lah nak hidup. Hari2 hujan, takyah siram pon.
Aku benonya takde lah bagi harapan pokok2 tu idup sebab tempat yang kami tanam tu tanah tambak. Berbatu batu. Kalo nak tanah gambut boleh je tanam betul2 tepi parit. tapi takut derang korek parit tu karang, dikorek nyer sekali ngan pokok, tak ke haru tu nanti. Tapi tak sangka la pulak pokok tu tumbuh jugak. Mungkin nutrien dari parit tuh leh menyerap sampai ke situ kot.
Lagi satu, balik2 je aritu, aku nampak ada pondok kat simpang jalan. Aku ingat sape pulak la nak jual nasi dagang sambil bersila kat pondok ni. Ropanya derang buat pondok rukun tetangga gitu. Tempat berjaga waktu malam. Nak gajikan pak guard, non berado orang2 nyer. Maka bergilir la menjaga keamanan sosial taman tersebut. Pagi tadi aku tengok dah ada biskot2 ngan cawan dah kat pondok tuh. Hihihi macam best la pulak.
Student uni tengah exam kan? Aku ingat cuti semester tu nanti nak suh adik ipo cat kan living hall tu. Part yang tepi tuh. Sekarang nih kan kaler krim yang asal. Jadik, sofa aku tu ala2 tak menyerlah gitu. Hihihi. Dah, sama je ngan kaler dinding. Aku ingat nak cat kaler oren cair. Dah tengok kat kedai arituh. Dekat2 nak kaler peach gak, tapi oren lah. Pendek kata kaler baju raya abang arituh lah. Tapi takut jadik gelap pulak suasana umah tu nanti. Camne ek?
Gambo pokok dan pondok, esok aku tepek ek.
Wednesday, 5 November 2008
Ingat Lagi?
Hasil karya AyunasiA pada 10:47 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment