Khamis lepas aku bertolak dari rumah jam 10.30am. Singgah isi minyak kat parit yaani. Nak cucuk duit, reject plak kad aku. Semalamnya aku transfer duit kat atm, kendian biler nak withdraw, duit tak kuar. Takut gak dia still deduct ke kan. Tengok2, baki masih sama. Selamat. Dah, takleh kuar duit tu, pegi je lah. Ada lagi cash 200, saje je nak wat spare.
Sampai tol pd sebelum kul 1pm. Tol rm22. Janji ngan shu kul 1pm. Park sekejap kat tepi. Bahaya gak jalan kat situ sebab simpang seremban-pd tu dekat sangat ngan tol. Patut lah salu jam. Tak lama tu shu call bagitau dia dah belok ke jalan pd. Kendian kami pon terus masuk hiway pd. Tol rm3.20. Pegi makan dulu. Tengah makan aida call, dia dah check in. Ada makan disediakan rupanya. Lepas makan kami pon check in. Takde sesiapa nak refer pon. Kami pon masuk bilik dan tunggu je berita dari sesiapa. Dah petang sikit baru call urusetia. Dia kasik no ofis. Dah tentu2 lah dia ada kat pd tu sejak 2 minggu yang lepas. Sibbaik derang kasik no henfon. So, aktiviti start malam nih.
Petang tu kami jenjalan kat pantai je lah. Lepas dinner, terus gi bilik seminar. Takde apa2 pon. Just bagi jadual jek. Aku pon, balik tido. Kengkawan lain kuar ke pekan pd. Tak best tul. TV biasa pon tak dapat. Yang ada cuma tv9, starmovie, bbc, ngan katun apa tah. Dahhh keje tengok movie je lah. Masaklahnya, asal cite best je, mesti time ada kelas.
Hari Jumaat dengar ceramah jek. Memang best kursus nih. Dengar jek. takyah perah2 otak. Time jumaat ikut kawan swimming. Aku ingat nak lepak memblogging, sekali tak dapat pon. Kata ada wifi. Tipu! Tengah buka laptop tu, aku ternampak sorang pempuan ni macam nak lemas. Pastu terus mamat jaga tu terjun selamat kan. Kekdahnya, kolam tu ada yang 1 meter ngan 3 meter (9kaki?!). Diasingkan dengan tanda kat permukaan air jek. Sorang kawan aku ni memang pandai swimming, so dia gi la yang 9 kaki tu. Sekali tu, yang sorang ni tengok kawan ni macam berdiri jek kat 9 kaki tu, dia pon terus pegi. Hah kau! Terus lemas. Sibbaik dapat diselamatkan oleh abang lifeguard tuh. Kawan yang pandai berenang ni tak pandai menyelamat la pulak. Dia tolong angkat je si lemas ni. Tu pon tak leh tahan lama sangat sebab dalam kan air tu. Dia pon tak dapat selam sampai dasar. Huhuhu kawan yang lemas ni cakap, sibbaik tak mati. Kalo mati, jadik anak yatim la anak aku. Hihihi baru abis ari lak tuh. Huhuhu bahaya betul.
Petang tu aku ikut shu gi teluk kemang. Saje je berkongsi rezeki kat situ. Aku pon terbeli big t-shirt untuk aku ngan t-shirt untuk abang. Malam ada ceramah lagik. Hihihi balik ceramah terus menambah dosa mengumpat penceramah tuh. Huhuhu apa spesis pempuan da pempuan tuh. Sabtu petang aku kuar lagi nak tukar t-shirt abang. Macam besar sangat la pulak. Tengok2, takde saiz lain. Yang design sama cuma ada saiz besar tu untuk lelaki ngan yang kecik untuk pempuan. Last2 tukar design lain. Top up 2 hengget. Belah malam ada bbq dinner. Adusss penuh nya perut ku.
Ahad pagi ada satu lagi ceramah ngan penutup. Hujung2 tuh dia terus kasik sijil, tapi aku nyer terpaksa dipulangkan sebab salah nama. Derang ni pon satu. Tulis sijil tak mo refer surat setuju terima yang kami hantar. Tak pon, ambik lah dari data staf. Takkan takde dalam sistem kan? Ramai gak yang salah ic lah, ejaan la. Huh! Dah melambatkan proses komfem aku.
Tengahari lepas lunch aku terus chow. Sampai umah dekat2 kul 4pm. Dah itu je cite nye. Bawah ni gambar resort tuh. Ini je gambar yang ada sebab lepas snap gambo2 ni, betri aku terus kong. Dan aku tak bawak charger. Sekian.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment