Jom tengok apa yang dimasak oleh puan asiah malam tadik
Walla! Tomyam ayam penuh seperiok.
Sape nak makan banyak2 nih? Adik2 ipar ku ada di rumah sejak kemarin. Saje datang membuang karen. Hangin tul aku pagi tadik. Dua hari berturut2 pintu rumah tak berkunci. Pintu sliding, grill dan solex, tak kunci. Sibbaik kejiranan ku ini masih suci dari kes jenayah rompak. Elok je kuar malam naik motor dengan takde lesen nya, pastu balik, masuk rumah tak kunci plak. Nak kena panggg agak nyer. Jalan parit raje ni tak sama ngan jalan kampung semenchu okeh... Setakat ni sorang tu jek yang belum eksiden motor dengan hebatnya. Tunggu masa je tu. Apa2 jadik, jawab ler ngan ibu mu okeh? Heee geram betul!Salu kan kalo ada adik ipo pempuan kat rumah, patut nyer aku tinggalkan jek lauk dalam fridge, pandai2 la ko masak kan. Tapi tidak bagi diriku. Memasak sendiri telah diharamkan dirumahku. Sebelum pindah aritu, adik ipo ku itu telah membuat onar di dapur. Panaskan kuali, kendian tinggalkan. Sebagai tulah, aku banned dia dari menyentuh tombol dapur aku. Dia lagi lah suka, takyah masak kan. Kalo dah pemalas tuh, sanggup tak makan daripada memasakkan. Sukati ko lah. Nanti ko kawin la ngan orang kaya yang boleh sediakan bibik. Ehehehe abis jatuh saham ko aku kutuk2 kat sini keskeskes.
Biler tengok keliling rumah aku, macam tak caya je. Rupanya tinggal meja makan jek yang aku lum ada. Meja kat dapo tu ada la, tapi muat untuk pat orang jek. Tapi lum ada keperluan mendesak untuk aku mengadakan meja makan yang lebih beso. Raya tahun depan je lah aku beli ek. Kalo takat nak menyesakkan ruang, baik tak payah. Buat sakit pinggang je aku nak menunduk2 menyapu bawa meja tu karang. Plan nak cat tu pun pon rasa macam tak jadik jek. Sebabnya, kalo cat sekarang, mesti lah lambat lagi baru nak cat semula kan. Kurang 3 tahun lagi ke kan. Baik aku hold dulu, dan cat dekat2 nak raya tahun depan. Haaa baru best biler ada sesuatu yang baru menjelang hari raya kan.
Dalam pada tu, semalam abang cite, dia tengok mhi harituh, ada topik pasal hutang credit card. Ada sorang caller ni tanya panel tuh, dia nak beli meja makan. Rege 3k. Sekarang dia ada 1.5k. Maknanya tak cukup lagi 1.5k. Kalo nak cukup tu, kena la tunggu 2-3 bulan baru bleh dapat meja tuh kan. So, dia ingat nak guna credit card. Camne tuh?
Dengan muka selamba (abang la cakap), panel tu cakap, adakah dia ada terima surat doktor yang menyatakan, kalo dia tak beli meja tuh, akan memudaratkan diri dia? Adakah kalo takde meja tuh, pinggang dia patah? Huhuhu sadis je mendengar nyer kan. Apalah sangat 2-3 bulan tu kan. Sabo je lah. Bagi kes aku, meja kat dapo tu dah ada. Tak perlu la beli meja lain buat masa nih. Aku bukan nya nak beli hutang pon. Cuma, duit yang ada tu, elok la disimpan untuk perkara lain. Gi cuti2 langkawi ke kan. Ekekekek
Hari nih result upsr diumumkan. Ada yang mintak hadiah PS2, PSP, henpon, tv, redio, katil, kitchen cabinet, kereta honda civic, eh sape yang mintak hadiah nih? Anak ke mak? Hihihi saje je aku wat intro. Lagi nak nostalgia kan. Sebenonya aku nak cite pasal ganjaran. Syok nyer jadik budak zaman sekarang yang memiliki parent dari zaman aku dan 10-15 tahun sebelum tuh. Sebabnya, orang zaman dulu dah melalui susah payah untuk mencapai kejayaan seperti hari ini. Pergh! Ayat macam pejuang kemerdekaan la pulak. Jadi, ibu bapa hari ni menyedari, dulu kiter tak dapat, sekarang kiter bagi la kat anak2 kiter. Perasaan memberi tu mungkin seperti kiter yang dapat. Ye ker? Gitu lah kot. Bukan mak pak kiter dulu tak sayang kiter. Cuma derang tak mampu aje. Takleh salahkan derang la. Kerana tak dapat dulu lah, kiter berusaha keras untuk menjadi orang seperti hari ini. Aku (kalau boleh aku nak tulis ’kiter’, tapi rasanya lain orang, lain cerita) belajar bersungguh2 dulu sebab nak keluar dari kesusahan hidup dulu. Bukan sebab ganjaran. Bukan sebab nak naik pentas time hari ucapan dan penyampaian hadiah ( yang biasanya ucapan lebih panjang dari penyampaian hadiah). Bukan sebab dijanjikan basikal kalo dapat nombor satu. Tapi kerana takmo rasa susah. Lagi. Dalam pikiran masa tu, kalo pandai, leh masuk univesti. Pastu dapat keje best, gaji banyak. Best nyer. Masa tu tak pikir pun masalah pengangguran hehehe. Tak pikir pon great salary comes with great responsibility uhuksss.
Masa upsr, aku tak de dapat apa2 ganjaran sebab aku tak dapat 4A. Hahaha. Tapi kalo dapat 4A pon, rasanya tak dapat apa2 jugak kot. Alah, setakat upsr tu, apa lah sangat. Macam pekse pertengahan penggal jek. Huhuhu sedapkan ati ek. Time pmr, pon aku tak dapat 8A. Hahaha. Memang aku tak pandai sangat pon. Jadi, memang la takde saper nak kasik ko RM800 kan. Tapi masa abang tp tanya result aku, aku saje jelah ngengada mintak seploh hengget untuk satu A. Hihihi boleh la, lepas la buat beli baju raya. Tapi aku tak mintak sebelum pekse tau. Maknanya bukan aku berusaha kerana nak mendapat ganjaran tu. Hehehe lagi nak cover. Tapi sebelum tu aku cakap la, pmr ni ada 8 subjek, maknanya kalo sumer A, dia kena kasik RM80 la kan. Giler ko po main mintak gitu2 je. Buatnya dia tengah sengkek giler ker, tak pasal2 kena keje cuci pinggan lak nak kasik kat aku yang tiba2 je mintak tu kan. Time spm lak, langsung aku tak mintak apa2 kat sesiapa. Aku ingat, cukup la kalo sesiapa tu tolong masukkan aku ke univesti. Bayokan yuran ke, kasik duit belanja ke. Dan masuk lah aku ke institut teknologi mara yang sangat menolong melayu ituh. Sebagai ganjaran atas berjaya masuk itm, abang tp belikan aku kalkulator saintifik casio. Hehehe. Sampai sekarang aku masih menggunakan nyer lagi tau. Isy, takde pulak dalam laci nih. Kat rumah kot. Aritu aku bawak balik sebab nak kira duit. Banyak sangat duit sampai kena guna kalkulator saintifik tau. Abes, nak kira seploh kuasa pat kan. Hihihi sorry sorry jangan percaya sangat.
Nampak tak benda tergantung yang melintang kat tengah2 tuh? Itu lah dacing. Diperbuat daripada tudung saji dan dibalut dengan kain biru. Kreatif kan kempen pru12 nih?
Thursday, 13 November 2008
Mixed
Hasil karya AyunasiA pada 12:15 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment